27 June 2008

Selamat ke makan ikan..



Tidak dapat dinafikan bahawa sebahagian besar ikan-ikan yang Kita makan setiap Hari adalah diimport dari negara Thai. Setelah ditangkap oleh perusahan para nelayan di sana, ikan-ikan itu dimasukan ke dalam kontena dan ditimbus dengan ketulan-ketulan air batu supaya ianya boleh bertahan lama sepanjang perjalanan ke Malaysia & Singapura. Perjalanan biasanya mengambil masa selama 6 atau 7 jam... Dan masa itu Ikan-ikan tersebut tiba di Malaysia Dan Singapura dengan keadaan lesu Dan kurang segar.
Untuk mengelakkan berlakunya perkara ini... Pihak pengusaha perikanan di negara Thai kini menggunakan teknik baru.Tahu kah anda semua.. Teknik baru yang digunakan itu? Sebelum dieksport.. Semua ikan-ikan direndam dulu di dalam air yang dicampur dengan kimia bernama FOMILIN. Ini adala bertujuan supaya ikan-ikan yang dieksport itu boleh bertahan jauh lebih lama Dan kelihatan masih "fresh", keras Dan segar bila sampai ke distinasinya.
Tahu kah anda semua... Apa itu kimia bernama FOMILIN? FOMILIN merupakan sejenis kimia yang disuntik ke dalam mayat supaya ianya boleh bertahan lama. Bahasa omputih "embalm".. Mayat-mayat insan Islam diharamkan disuntik dengan kimia ini. Sekarang.. Tanpa disedari... ikan-ikan yang Kita makan Hari-Hari mengandungi kimia itu. Apa hukumnya pulak?
Kalau Kita beli ikan di pasar... Ada caranya untuk kita mengesan. Kalau ikan² itu TIDAK dihinggapi lalat..Bermakna ikan² itu telah direndam dengan kimia Fomilin... Kerana .. Lalat lebih mengetahui.
(artikel ni diambil dari email yang aku terima tadi. Setakat mana betul atau tidak, Wallahuallam..)

26 June 2008

Salam Perkenalan..

Salam Sejahtera...
Berdasarkan kepada pertemuan sebahagian penduduk di Anjung Kristal pada 20hb Jun 2008 yang lalu, maka diwujudkan laman blog ini bagi menyalurkan apa-apa maklumat yang berguna untuk kita semua. Blog ini juga bertujuan bagi memberi peluang kepada semua penduduk Anjung Kristal yang ingin menulis, menyampaikan maklumat atau membuat iklan atau apa-apa saja lah.

Blog ini diharapkan akan dapat menjadi salah satu alat perhubungan yang boleh mengeratkan hubungan kita semua tak kira muda atau tua, kaya atau tak berapa kaya, pelajar atau pekerja, lelaki atau wanita, pemilik atau penyewa, bekerja atau tidak bekerja dan sebagainya. Saya sebagai salah seorang penduduk di kawasan ini dan yang memulakan kewujudan laman ini berharap bahawa hubungan kita semua sesama jiran akan dapat ditingkatkan dari sehari ke sehari.
Kepada sesiapa yang ingin memberikan sumbangan idea ke dalam blog ini, boleh berbuat demikian. Sila email kepada saya di anjungkristal7@gmail.com atau telefon sahaja. Idea atau maklumat yang ingin disampaikan boleh di dalam 2 bahasa dan 2 gaya bahasa iaitu english atau melayu, ...standard atau pasar. Apa yang penting adalah setiap penulisan kita perlu dijaga adab penulisannya supaya tidak menyentuh soal sensitiviti kaum dan parti politik.

sekian, terima kasih.
Khalid Abdul Mutalib
No.9 7/78