15 November 2009

Rukun Tetangga a.k.a Panduan Kejiranan

Kul 1.45 pagi sekejapjap tadi baru sahaja habis berukun tetangga. Aktiviti seperti biasa cuma pada kali ini, aktiviti dimulakan dengan memakan buah-buahan terlebih dahulu. Semua ini ditaja oleh Mr. Panjang. Rekod kehadiran pada malam ini mencecah angka yang sama macam Selasa lepas iaitu lebih kurang 20 orang. Host kali ini adalah Mr. Panjang dan Alhamdulillah, aktiviti ini masih dapat diteruskan dan masih bernyawa. Mungkin kerana aktiviti tidak dilakukan secara serius tetapi lebih kepada bersosial sesama jiran tetangga.


Jika disemak rekod kehadiran, dianggarkan seramai lebih kurang 30 orang (minimum) pernah menyertai aktiviti ini.Alhamdulillah sambutan setakat ini masih menggalakkan. Diharap akan lebih ramai lagi jiran tetangga yang akan dapat menyertainya. Kehadiran tidak diwajibkan tetapi lebih kepada rasa tanggungjawab sesama kita.

Berdasarkan kepada pemerhatian Geng Peronda Anjung Kristal, didapati masih ramai lagi di antara kita yang membiarkan keadaan belakang rumah masing-masing bergelap. Keadaan ini boleh mengundang bahaya. Kami pihak Geng Peronda Anjung Kristal sangat berharap sekiranya tuan-tuan dan puan-puan memasang lampu di belakang rumah masing-masing. Bil elektrik rasanya tak lah mahal sangat terutama kalau hanya memasang lampu kalimantang. Kami pihak peronda boleh membantu menjaga dan memeriksa kawasan belakang rumah tuan-tuan dan puan-puan tetapi diharap pihak tuan-tuan dan puan-puan juga dapat membantu menjaga keadaan rumah masing-masing. Ia adalah kerana tempoh jagaan adalah sangat terhad.

Di samping itu, diharap dapatlah sekiranya mana-mana tuan punya rumah yang mempunya i tanaman lalang dan rumput yang subur di belakang rumah, supaya menuai hasilnya dengan segera terutama rumah-rumah yang membelakangi bukit NKVE. Apalah hak kami untuk menegur tetapi dari pemerhatian, kawasan di belakang rumah tuan-tuan dan puan-puan adalah merupakan buffer zone kepada highway. Ditakuti sekiranya haiwan ternakan liar yang menjalar berlindung di sebalik tanaman tuan-puan.

Rasanya itu sahajalah laporan yang boleh diberikan dan diharap dapat berjumpa lagi... TQ.

12 November 2009

CADANGAN PINDAAN KE ATAS STICKER KERETA

Berikut adalah cadangan logo baru. Kepada ahli Anjung Kristal, tuan-tuan dan puan-puan boleh nyatakan komen anda. Kepada yang bukan ahli, jangan nak menyebok...heeeee. Jangan marah, nanti kena juai!
(LOGO 1)

(LOGO 2)

(LOGO 3)