Showing posts with label SalamJumaat. Show all posts
Showing posts with label SalamJumaat. Show all posts

23 June 2009

Salam Jumaat 19 Jun2 2009/ 25 Jamadil Akhir 1430 H

Assalamualaikum wbr…
Utk renungan minggu yang lalu..
(lambat update sori)

1.Rejab datang lagi…
2.Bersyukur…

Sekadar mengingatkan akan kedatangan Bulan REJAB

Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini..........
BULAN REJAB
Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt," Marilah kita amalkan amalan-amalan sunnah seperti berpuasa dalam bulan Rejab… “Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas,maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt”


Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih
harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau
menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?"
Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas
mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya
mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab
sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan
mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan
mengerjakan solat malam satu tahun."

p:s Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara
- Waktu Muda sblm Tua

- Waktu Sihat sblm Sakit
- Waktu Lapang sblm Sibuk
- Waktu Kaya sblm Miskin
- Waktu Hidup sblm Mati

Insyaallah..mudah-mudahan Allah SWT memberkati segala amalan baik.. WALLAHU A’LAM

  1. Bersyukur…

Pernah kah kita berduka apabila kehilangan sesuatu yg bernilai dan kita sayang.. tiba2 hilang.. atau musnah…

Pernah kah kita bersungut walaupun didalam hati… apabila ada ketikanya anda tertekan….

- Apabila anda yg bekerja keras dapat 1 bulan, sdgkan rakan anda yg sama level dgn anda dapat 2 bulan bonus..

- Apabila anda yang jujur dapat kenaikan gaji yg jauh lebih rendah drpd rakan anda..sedangkan dia kaki curi tulang..

- Apabila anda terpaksa menumpang kwn ke pejabat akibat kereta buruk anda sering rosak..

- apabila anak isteri di rumah terpaksa makan nasi berlauk telur goreng sahaja..

- apabila anak2 kita berpakaian lusuh dan bertampung ke sekolah, beriringan dgn kwn2 nya yg serba berada..

- apabila satu masa kita tidak mampu utk membeli susu utk bayi kita yg kelaparan.. maka diganti dgn air suam utk hentikan tangisnya..

- apabila satu masa anak2 kita asyik melihat ke sebelah pagar melihat anak2 jiran makan durian umpamanya.. sdgkan kita tak mampu utk membelinya..

- apabila disebabkan tidak mampu, maka kita terpaksa berbasikal sejauh 5 batu utk ketempat kerja sdgkan kwn2 kita bermotosikal..

- apabila anak kecil kita yg belum faham erti kesusahan meminta kita utk dibelikan sebuah basikal kecil seperti yg dimiliki oleh anak2 jiran.. sedangkan wang kita hanya cukup utk makan..

- apabila ahli-ahli keluarga kita asyik ditimpa sakit dan kita asyik terbeban utm membiayai perubatan mereka.. sdgkan jiran2 lain sihat2 …

- apabila kita terpaksa membawa anak2 kita yg ramai berderet-deret naik bas untuk ke Bandar atau balik kampong kerana tidak mampu membeli atau menyewa kenderaan..

- DAN APABILA BERBAGAI-BAGAI DUGAAN LAIN YANG ALLAH TURUNKAN…….

ATAU…

ADAKAH ANDA TETAP BERSYUKUR KEHADRAT ILAHI BILA MENGHADAPI KEPERITAN-KEPERITAN TERSEBUT????

TATAPI LAH MESEJ DI BAWAH.. NESCAYA ANDA AKAN FAHAM APAKAH ERTI KESYUKURAN DAN NIKMAT ALLAH…..


PLEASE DON'T WASTE FOOD AND WATER - Unbelievable!

Don't keep this email to your self, forward it to your friends, so our friends and all people will thank God for food and water that they already have.

image013.jpg


image014.jpg

image015.jpg

image016.jpg

This is o
ne more reason why we have to thank God for the food that we can have easily.
But in the otherhand....ironicly, we still waste
the food that we buy
I feel very GRATEFUL for what I have today.......

We are so Blessed for the wonderful works of God's hand in our life today, just think of this ..............

image017.jpg

'I felt very fortunate to live in this part of the world. I promise I will never waste my food no matter how bad it can taste and how full I may be. I promise not to waste water. I pray that this little boy be alleviated from his suffering.


I pray that we will be more sensitive towards the suffering in the world around us and not be blinded by our own selfish nature and interests. I hope this picture will always serve as a reminder to us about how fortunate we are and that we must never ever take things for granted.

image019.jpg
Think & look at this...when you complain about your food and the food we waste daily...' MAY ALL HUMAN BEINGS BE FREE FROM SUFFERING!!!!
Please don't break this, keep on forwarding it to all our friends. On this good day, let's make a prayer for the suffering in any place around the globe and send this friendly reminder to others.


image020.jpg

Credit to:

Thanks and Regards

Ahmad Shukri Ghazali | RESQHSE | TL Offshore Sdn. Bhd. (A SapuraCrest Petroleum Company) | Sapura @ Mines, No 7, Jalan Tasik, The Mines Resort City, 43300 Seri Kembangan, Selangor. | DID +60... | Fax +603 8656 8255 | Mobile: +6019 315 2915 | Email: shukri@sapuracrest.com.my For attachment > 2 MB, pls Email to: maiesafety@yahoo.com

Salam Jumaat 12 June 2009/18 JamadilAkhir 1430H

Assalamualaikum wbr.

Utk renungan minggu ini.

  1. Agak lama issue Israel tidak lagi “hangat” dimainkan di dada media… namun, apakah itu bermakna kita juga harus melupakan issue Palestine ? Kalau kita tidak berupaya utk menyumbang wang ringgit, cukuplah sekadar menyokong sedikit sebanyak kempen yg dijalankan di seluruh dunia.. insyaAllah, Allah akan memberkatinya…. Sila klik setiap “link” yg dipamirkan utk keterangan lanjut.

  1. Pemandangan indah sekitar Gua dimana wahyu pertama di turunkan…. Follow the instruction…. Jgn lupa zoom….

Empayar Nestle & Kejahilan Umat Islam


Posted on Saturday, June 06 @ 17:41:23 MYT
Oleh ateq

"

Izinkan saya membawa anda semua kembali ke sekitar 100 tahun yang lalu.
boikot-nestle-sahabat-israel

Nestle memulakan dinastinya di Malaysia seawal tahun 1912 di Pulau Pinang yang dikenali sebagai Anglo-Swiss Condensed Milk Company.

Ini bermakna 97 tahun, iaitu hampir 100 tahun Nestle berada di Malaysia .

Saya yakin anda yang sedang membaca artikel ini belum dilahirkan lagi ketika itu, dan kemungkinan juga tidak ada upaya untuk hidup sehingga 100 tahun.

Nestle telah meletakkan batu asas empayarnya di sini jauh sebelum perkataan Malaysia itu dapat dieja.

Ini juga bermakna produk Nestle telah pun disuapkan ke mulut rakyat Islam Malaysia sejak zaman nenek moyang kita lagi. Ia masih lagi disuapkan ke mulut kita yang masih hidup pada hari ini, mungkin juga ke mulut anak-anak kita yang akan menjadi generasi baru pada masa hadapan.

Malangnya setiap suapan itu akhirnya diterjemahkan oleh Nestle sebagai peluru yang digunakan untuk menembak dada saudara kita di Palestin. Dan ini berlaku hampir setiap hari di Palestin, sedang kita begitu enak dan santai sekali menikmati Nescafe untuk minuman pagi dan Milo pada malamnya.
Ada pula yang menikmati minuman Neslo, iaitu gabungan Nescafe dan Milo dalam satu gelas dimana kedua-duanya juga adalah produk Nestle. Gandingan dua produk ini barangkali memberi kepuasan berganda-ganda kepada peminumnya, dimana setiap tegukan itu serentak dengan bedilan berganda-ganda juga ke atas bumi Palestin oleh Yahudi Laknatullah.

Milo dan Nescafe Menjadi Darah Daging Umat Islam Malaysia ?

Bukan satu rahsia bahawa rakyat Malaysia adalah pengguna terbesar minuman Milo di dunia. Fakta ini dijelaskan apabila Nestle menerima anugerah Pingat Emas untuk Malaysia-Canada Business Excellence Award (atau klik untuk gambar) pada 2006. Dinyatakan pada laman web itu:

Malaysia consumes 90% of worldwide consumption of Milo. It is so popular that almost all households have a tin of Milo and it would be almost impossible to find a restaurant that doesn't sell Milo beverages.

Saya terjemahkan di sini:

Malaysia menggunakan 90% daripada penggunaan Milo di seluruh dunia. Ianya amat popular sehingga hampir setiap rumah mempunyai satu tin Milo dan hampir mustahil untuk mencari restoran yang tidak menghidangkan minuman Milo .

Bukankah gila atau lahapnya umat Islam di Malaysia ini sehinggakan sebesar-besar dunia ini, 90% penggunaan Milo itu datang dari rakyat Malaysia semata-mata?

Fakta ini juga pernah dimasukkan dalam Wikipedia berkenaan Milo, tetapi jika anda pergi ke pautan itu kelihatannya fakta tersebut telah dihapuskan.

Pautan rujukan ke Anugerah MCBC juga telah dihapuskan dari Wikipedia itu. Saya tidak tahu mengapa dan bila ia dihapuskan dari Wikipedia, tetapi mujurlah saya sempat untuk mengambil screenshot semasa ianya masih ada.

Jika anda bandingkan dengan Wikipedia yang terkini, ayat yang menyatakan Malaysia menggunakan 90% Milo itu sudah dihapuskan, atas sebab-sebab yang saya sendiri pun tidak tahu.

Saya tidak fikir jika ada pihak Wikipedia yang menganggap fakta itu salah, memandangkan ianya diakui oleh Pengarah Urusan Nestle Malaysia, Sullivan O'Carrol dalam akhbar TheStar Online (atau klik untuk gambar)baru-baru ini:

O'Carrol said Milo has been available in the country for almost 60 years and Malaysians were the world's largest consumers of Milo .

Saya terjemahkan di sini:

O'Carrol berkata Milo telah berada di negara ini hampir 60 tahun dan rakyat Malaysia merupakan pengguna Milo terbesar di dunia.

Adakah kita berbangga dengan kenyataan ini? Kita, rakyat Malaysia , yang beragama Islam terutamanya, begitu berjasa kepada Nestle melalui penggunaan Nescafe dan Milo selama ini.

Produk Nescafe dan Milo ini menyumbangkan keuntungan kepada Nestle sebanyak 63% di Malaysia berbanding produk Nestle yang lain. Dan keuntungan ini digunakan oleh Nestle untuk membantu Israel melenyapkan bumi Palestin.

Hasil jasa baik kita semua ini telah membawa Nestle ke tahap yang tinggi sehingga kini. Sudah tiba masanya untuk kita menjatuhkannya.

Nestle Ketawa Melihat Jahilnya Umat Islam


dato-shahrir-minum-milo

Dato Shahrir sedang menikmati
darah umat Palestin
Milo dihadapan Sullivan.

Sumber rujukan : InMinds >> Semasa kita umat Islam Malaysia masih setia menggunakan produk Nestle menjadi sebahagian darah daging kita, syarikat itu telah bekerjasama dengan syarikat pengeluar makanan dari Israel iaitu Osem Investment pada tahun 2000 untuk membina sebuah fasiliti R&D di Sderot, Israel.

R&D itu digunakan sebagai pusat pembangunan bagi makanan snek (ya, makanan yang kita semua jamah setiap hari itu) dan jutaan dollar dilaburkan untuk operasi R&D tersebut.
Pusat R&D itu dibina di atas tanah haram di bawah kerajaan haram Israel . Dan jutaan dollar dilaburkan ke atas pusat R&D haram itu tiap-tiap tahun. Tanah yang dirampas dari tangisan dan darah umat Palestin itu senang-senang sahaja digunakan oleh Nestle untuk kemudahan dirinya, malah memberi manfaat pula kepada kerajaan haram Israel .

Sebangsat mana lagi kelakuan Nestle yang diperlukan sebelum kita mahu memboikotnya?
boikot-nestle
Setiap produk Nestle yang kita jamah itu mengandungi satu lagi kandungan ramuan yang terlindung, iaitu darah umat Palestin!

Pada 1998, Peter Brabeck-Letmathe (salah seorang Lembaga Pengarah Nestle, kini sebagai Pengerusi), mewakili syarikat Nestle telah menerima Jubilee Award disampaikan oleh Perdana Menteri Israel sendiri iaitu Benjamin Netanyahu.

Anugerah Jubli ini adalah yang tertinggi pernah diberikan oleh kerajaan haram Israel sebagai tanda penghargaan kepada individu atau organisasi yang berjasa kepada kerajaan haram tersebut, samada melalui perdagangan atau pelaburan.

Berjasa di sini bermakna individu atau organisasi itu telah membantu ekonomi Israel, meningkatkan kewangannya untuk membeli lebih banyak senjata api untuk membunuh rakyat Palestin, menghalau mereka dari tanahair sendiri dan membina binaan haram di atas tanah yang dirampas.

Membeli produk Nestle bermakna membantu dan mengiktiraf kerajaan haram Israel . Setiap sen yang dibelanjakan untuk membeli produk mereka akan sampai kepada kerajaan haram Israel . Dan Israel akan menyampaikan setiap sen yang kita berikan dalam bentuk peluru yang dibedil ke atas umat Islam Palestin.

Apa Pendirian Kita?

Ramai di antara kita yang hanya pandai merungut.

  • Macam mana nak boikot kalau dah kedai makan cuma jual Milo je, mana ada produk lain?
  • Macam mana nak boikot kalau dah kedai runcit cuma ada produk Nestle je, mana ada produk lain?

Pernahkah kita bersuara kepada tauke kedai meminta mereka menukar menu minuman dari Milo kepada jenama lain? Pernahkah kita berkata kepada mereka yang kita tidak mahu jenama Milo , Nescafe, Nesquik, Maggi dan sebagainya? Pernahkah kita mendesak mereka menyediakan jenama lain?

Kebanyakannya akan menjawab TIDAK. Bermakna kita TIDAK melakukan apa-apa tindakan tetapi hanya pandai merungut. Kita tidak bertindak, apatah lagi menyuarakannya.

Lebih malang lagi jika kita langsung tidak peduli untuk memboikot. Mungkin juga menjadi lebih bangsat apabila kita memperlekehkan pula usaha memboikot.

Berapa lama lagi perlu kita tunggu sebelum kita mahu mula memboikot produk Nestle?

Jika kita masih mahu menunggu sehingga Palestin hancur, maka ketahuilah bahawa Palestin telah lama hancur!!

29 May 2009

Salam Jumaat 29 Mei 2009/4 Jamadil Akhir 1430H



Salam dan selamat sejahtera kepada semua penduduk anjung kristal, semoga dilimpahi rahmat dan keberkatan olehNya...
Sori last week tak terupdate..To share this week..Doa Nabi Sulaiman yang dibincangkan dalam radio IKIM semasa otw back..

Doa Nabi Sulaiman:

"Wahai Pemeliharaku, sediakanlah aku supaya aku berterima kasih atas rahmat Engkau, yang dengannya Engkau merahmati aku, dan bapaku, dan ibuku; dan supaya aku membuat kerja-kerja kebaikan yang sangat memuaskan hati Engkau, dan masukkanlah aku, dengan pengasihan Engkau, di kalangan hamba-hamba Engkau yang salih." (27:19)

15 May 2009

Salam Jumaat 15Mei2009/ 21 JamadilAwal 1430H

Assalamualaikum wbr…

Untuk renungan minggu ini

-----Original Message-----
From: noor aini raimi [mailto:nraimi02@yahoo.com]
Sent: Thursday, May 14, 2009 9:20 PM
Subject: How To Dance In The Rain

Salam,

It was a busy morning, about 8:30, when an elderly gentleman in his 80's, arrived to have stitches removed from his thumb.He said he was in a hurry as he had an appointment at 9:00 am. I took his vital signs and had him take a seat, knowing it would be over an hour before someone would be able to see him.I saw him looking at his watch, and decided, since I was not busy with another patient, I would evaluate his wound.

On exam, it was well healed, so I talked to one of the doctors, got the needed supplies to remove his sutures and redress his wound. While taking care of his wound, I asked him if he had another doctor's appointment this morning, as he was in such a hurry.The gentleman told me no, that he needed to go to the nursing home to eat breakfast with his wife.I inquired as to her health; he told me that she had been there for a while and that she was a victim of Alzheimer's Disease.

As we talked, I asked if she would be upset if he was a bit late. He replied that she no longer knew who he was, that she had not recognized him in five years now. I was surprised, and asked him,

'And you still go every morning, even though she doesn't know who you are'?

He smiled as he patted my hand and said,

'She doesn't know me, but I still know who she is'.

I had to hold back tears as he left; I had goose bumps on my arm, and thought, 'That is the kind of love I want in my life'.True love is neither physical, nor romantic. True love is an acceptance of all that is, has been, will be, and will not be.With all the jokes and fun that are in e-mails, sometimes there is one that comes along that has an important message.

This one I thought I could share with you.

The happiest people don't necessarily have the best of everything; they just make the best of everything they have.

I hope you share this with someone you care about. I just did.

'Life isn't about how to survive the storm, but how to dance in the rain.'

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KATA IBU...

Masih ku ingat kata-kata ibu sambil memberi wang dan berpesan, Sayang,

'Pergilah ke kedai Pak Mamat beli sekati gula dan sekati tepung kalau tiada pergi ke kedai Maniam kalau tiada jua belilah di kedai Ah Chong'.

Sambil berlari girang dicelah-celah pepohon nyiuryang melambai indah dengan sarang-sarang tempua berhayunan bagaikan buaian aku membeli gula dan tepung di kedai Pak Mamat bertahun-tahun begitu sesekali aku kekedai Maniam dan Ah Chong.

Kata Ibu: 'Beli dikedai Pak Mamat kita dapat berkat Pak Mamat membayar zakat kalau beli di kedai Maniam dan Ah Chong siapa menanggung dosa kalau mereka jadi kaya raya wang tadi dibina patung-patung dewa kita terheret percuma masuk neraka hanya sedikit yang masuk syurga selainnya masuk neraka kerana subahat membina Muruga dan dewa'.

Kata Ibu: 'Kalau mereka menjadi kaya raya nanti mereka menjadi ceti diberi Melayu pinjamnya wang habis dilelongnya tanah warisan kerana Melayu tak mampu bayar hutang'.


Kata Ibu: 'Kalau mereka kaya raya habis dibelinya tanah dan bendang padi naik harga kerana Melayu hanya jadi kuli bukan tuan kilang bukan kita punya. kedai juga bukan kita punya tengok tu minum kopi pun kata mereka sedap dikedai Cina'.

Kata Ibu: 'Kalau mereka kaya raya habis dibelinya pekan dan kampung kita nantinya tinggal dipinggir sungai bakau dan berumah di bukit bukau tapi kini sungai juga dibeli dijadikan kolam udang bukit juga dibeli dibina kondo mewah Melayu mahu tinggal di mana dalam hutan belantara?'.

Kata Ibu: 'Tanamlah kucai kita dapat berkat kerana makan sayur yang tidak subahat kucai di kedai Cina disiram najis babi kalau kita tanam kucai kita gemukkan kucai dengan tahi kambing'


Kata Ibu: Jangan makan tokua kalau tak tahu siapa pembuatnya jangan makan mi kalau Ah Chai yang membuatnya kalau makan makanan subahat hati hilang sinarnya kerana memakan makanan subahat hati dipenuhi bintik-bintik hitam penuh noda dan dosa hati akhirnya mati kita nantinya semakin renggang dari kekasih tuhan kita nantinya menjauhkan diri yang Maha Pencipta dosa kita berganda-ganda lalu tuhan turunkan bala'..


Itulah, bila ibu berkata rupanya benar-benar belaka. Fikir-fikirkan. Wallahualam.

09 May 2009

Salam Jumaat 8 Mei 2009/ 13 Jamadil Awal 1430H


Assalamu’alaikum wbr…

Untuk perkongsian minggu ini(maaf lewat)

Artikel pertama - Bersempena Hari Ibu 10 May 2009, Sama-sama lah kita insafi

Artikel kedua (rujuk gambar) Kesihan…. Mungkin dia tak faham bahasa inggeris.. dan tak faham tata susila dalam islam / solat.

Dalam islam, kita tidak digalakkan memakai pakaian yang bertulis/gambar/corak di belakang baju ketika solat, ditakuti makmum yang dibelakang kita tidak khusyuk bersembahyang apabila melihat/membaca semasa solatnya… apatah lagi kalau tulisan itu berbentuk sedemikian"BORN TO ROCK DRINK AND F***" …( Inilah perang mentaliti secara senyap yang dilakukan oleh Laknatullah) wallahu’alam

Thanks and Regards

Sent: Tuesday, May 05, 2009 8:16 AM
Subject: Selamat Hari Ibu

From: Syed Nasimudin

Orang kata aku lahir dari perut mak..

(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....
mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .
mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....
Mak
Bila bangun tidur, aku cari....
mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .
mak
Bila nak bermanja, aku dekati....
mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....
mak
Bila nakal, yang memarahi aku....
mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....
mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
mak
Bila takut, yang tenangkan aku....
mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....
mak

Aku selalu teringatkan ....
mak
Bila sedih, aku mesti talipon....
mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....
mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..
mak
Bila takut, aku selalu panggil...
"mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....
mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....
mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....
mak
Bila ada masalah, yang paling risau....
mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....
mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....
mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku..
..mak
Yang selalu berleter kat aku...
mak
Yang selalu puji aku....
mak
Yang selalu nasihat aku....
mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....
mak


Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....
mak


Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....
mak


Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....
emakku


Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
mak


Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku


Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon
mak


Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
emak


Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........


Tapi kalau mak sudah tiada..........

MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu".

Kemudian si anak mengambil pen dan menulis

"Telah Dibayar"


pada mukasurat yang sama ditulisnya