Showing posts with label Poco-poco. Show all posts
Showing posts with label Poco-poco. Show all posts

04 March 2009

Aerobik Petang Ahad yang penuh semangat!

Salam dan selamat sejahtera to all penduduk anjung kristal.. semoga dilimpahi rahmat hendaknya..

Disini saya ingin bagitau aktiviti untuk aerobik setiap petang sabtu dan ahad berjalan dgn jayanya hasil usaha orang-orang kuatnya...terima kasih bebanyak..

Pada ahad yang lalu, senaman diketuai oleh Dr Fauziah ( kalo tak silap ler).. best la!... ada thai chi skali! dan hujan tidak memadamkan semangat tok bersenam hingga habis! hehe...

Marilah terus mengamalkan CARA HIDUP SIHAT! (macam promo kat tv tu!)


dah hujan berpindah kat pondok beratap tu untuk cooldown..hehe
Jumpa lagi Geng Aerobik (poco2)! [Bukan upin dan ipin tau]

23 January 2009

SENAMTARI POCO-POCO

MINTA PERHATIAN


Sebagaimana yang telah dipersetujui, aktiviti Senamtari Poco-Poco bagi komuniti Anjung Kristal akan dijalankan dan butirannya adalah seperti berikut:-


~Lokasi~
Gelanggang Badminton Anjung Kristal


~Masa~
Jam 6.00 Petang hingga 7.00 Petang (Isnin - Jumaat)


~Tarikh Mula~
23 Januari 2009 (Jumaat)


~Pengelola Aktiviti~
Kak Ani (Isteri Hj Mohamad Stapar)
(019-2853317)
No. 14 Jalan Kristal 7/80B


~Yuran~
Percuma


AKTIVITI INI HANYA DIBUKA KEPADA PENDUDUK DAN PENYEWA ANJUNG KRISTAL SAHAJA.


Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah datang ke tempat seperti tertera di atas atau sila hubungi Kak Ani untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan.



Sekian, dimaklumkan.