Showing posts with label futsal. Show all posts
Showing posts with label futsal. Show all posts

10 March 2009

Makluman Berkaitan Futsal

Aktiviti Futsal sehingga sekarang masih diteruskan kerana masih mendapat sambutan. Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa aktiviti Futsal pada minggu ini akan diteruskan iaitu pada Hari Jumaat Malam Sabtu pada Jam 8.00 malam sehingga jam 9.00 malam bertempat di SportPlanet Seksyen 16 Shah Alam.




Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Brader BUSU di talian :013-4749056


Jika berminat, anda boleh juga membawa rakan-rakan, sedara mara, pak-pak sedara, tok-tok sedara atau sesiapa sahaja asalkan bukan girlfren bagi mereka yang dah berkahwin. Kalau nak bawak jugak, kami semua tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku Perang Dunia ke 3.

23 February 2009

The 5 minutes Club...

Permainan Futsal oleh Komuniti anjung Kristal yang dijadualkan pada Jumaat malam Sabtu 20hb February 2009 telah tidak dapat dijalankan kerana gelanggang telah penuh. Untuk mengatasi masalah tersebut, pengelola iaitu Pokcik Busu telah menjadualkannya semula pada pagi Sabtu dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi, 21hb February 2009.



Maka pada pagi Sabtu tersebut, berkumpullah ahli Anjung yang telah memberikan komitmen untuk bermain di kawasan "meja batu" pada jam 9.30 pagi. Setelah berkumpul dan dikumpulkan maka mereka telah bertolak ke Sportplanet seksyen 16 untuk permainan yang dijadualkan.



Berdasarkan rekod, didapati seramai 22 orang telah menyertai permainan ini dan masing-masing telah menyumbangkan RM10.00 bagi menampung kos sewa gelanggang. Rakan-rakan pelajar sepatutnya tidak dikenakan bayaran tetapi oleh kerana mereka ni dah kaya agaknya, maka mereka juga turut menyumbang sebanyak RM5.00. Walau bagaimanapun, berdasarkan gambar di atas, jumlah sebenar yang bermain adalah seramai 24 orang. (Busuu...!! cuba check nama sapa yang tertinggal nih?)


Alhamdulillah, penyertaan adalah terdiri dari berbagai umur, dari 20an hinggalah 50an. Pada hari tersebut, ramailah yang menunjukkan skill masing-masing dan tak kurang juga yang terlupa nak bawa 'pam'. Walaupun mengalami kepancitan, namun dari riak muka masing-masing kelihatan rasa seronok dan gumbira dengan acara tersebut.

(Agak-agaknya dalam gambar kat atas ni, sapa yang lupa bawak pam?...)

Akibat keseronokan yang tak terhingga, makanya pada minggu depan permainan ini akan diteruskan sehingga mana yang mampu atau sehingga pemain beralih kepada permainan lain pula.


Selain dari para pemain, terdapat juga warga Anjung yang turut hadir untuk menyaksikan permainan tersebut. adalah diharapkan pada masa depan, akan lebih ramai lagi warga Anjung yang akan dapat meyertai acara-acara sukan yang dianjurkan.

Kepada semua yang terlibat, saya memohon maaf kerana gambar yang kurang berkualiti. Al-maklumlah, amatur.... kalau "Pro" lainla. Gambar-gambar lain akan diuploadkan ke ruangan sebelah.


p/s ; Lepas nih ada rancangan pula nak main "Paintball"....

19 February 2009

Jom kita test stamina.....

Salam Sejahtera,

Kepada para penduduk Anjung Kristal, satu aktiviti futsal akan diadakan pada hari Jumaat malam Sabtu (20 Feb 2009) ini jam 8.30 malam hingga 10.00 malam bertempat di Sportplanet Seksyen 16 Shah Alam.


Aktiviti ini merupakan aktiviti sekali sekala dan tidak dijadualkan untuk setiap minggu seperti Tennis dan Aerobic. Oleh itu tuan-tuan dijemput untuk sama menyertainya. Permainan tidak dibuat secara formal dan setiap orang boleh bermain selama mana.....oooopppsss sesingkat mana pon masa. 10 minit,... 5 minit..., 3 minit..., atau 1 minit pon. Apa yang penting adalah bersama menyertainya disambil mengeratkan hubungan silaturrahim sesama jiran tetangga.

Oleh kerana Futsal ini dikatakan permainan yang amat meletihkan, maka tuan-tuan bolehlah datang dan membawa rakan atau sedara mara untuk turut meramaikannya. Bayaran bagi tempahan gelanggang adalah RM110 sejam dan bayaran setiap orang adalah bergantung kepada berapa ramai penyertaan. Lagi ramai lagi murah.....
Untuk makluman, sukan futsal ini dikelolakan oleh rakan student UiTM kita iaitu 'Pokcik Busu' (yang dalam gambar tu la). Sila hubungi Pokcik Busu di talian 013-4749056 untuk keterangan yang lebih lanjuttttttt.....


Anjung Kristal's Futsal Association......