19 February 2009

Jom kita test stamina.....

Salam Sejahtera,

Kepada para penduduk Anjung Kristal, satu aktiviti futsal akan diadakan pada hari Jumaat malam Sabtu (20 Feb 2009) ini jam 8.30 malam hingga 10.00 malam bertempat di Sportplanet Seksyen 16 Shah Alam.


Aktiviti ini merupakan aktiviti sekali sekala dan tidak dijadualkan untuk setiap minggu seperti Tennis dan Aerobic. Oleh itu tuan-tuan dijemput untuk sama menyertainya. Permainan tidak dibuat secara formal dan setiap orang boleh bermain selama mana.....oooopppsss sesingkat mana pon masa. 10 minit,... 5 minit..., 3 minit..., atau 1 minit pon. Apa yang penting adalah bersama menyertainya disambil mengeratkan hubungan silaturrahim sesama jiran tetangga.

Oleh kerana Futsal ini dikatakan permainan yang amat meletihkan, maka tuan-tuan bolehlah datang dan membawa rakan atau sedara mara untuk turut meramaikannya. Bayaran bagi tempahan gelanggang adalah RM110 sejam dan bayaran setiap orang adalah bergantung kepada berapa ramai penyertaan. Lagi ramai lagi murah.....
Untuk makluman, sukan futsal ini dikelolakan oleh rakan student UiTM kita iaitu 'Pokcik Busu' (yang dalam gambar tu la). Sila hubungi Pokcik Busu di talian 013-4749056 untuk keterangan yang lebih lanjuttttttt.....


Anjung Kristal's Futsal Association......

2 comments:

heretic preacher said...

oh model...

walaupon muke mu tidak ku kenal, tetapi ukur lilit perut mu tetap menjadi poojaana hatiku...

mantop!!!

Nukilan ida said...

wahhhhhh... model nampak!umh...
eleee..ada orang tu jeles takleh poco2!hehe