15 February 2009

Acara Selim-Melim di Anjung Kristal


Kawasan perumahan Anjung Kristal buat pertama kalinya pada 14 Februari 2009... semalam la tu, digegarkan dengan acara aerobic atau acara selim-melim. Sebelum ni acara poco-poco telah dilakukan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat. Namun mungkin kerana kesibukan, acara tersebut kurang mendapat sambutan tetapi InsyaAllah akan diteruskan juga nanti.

Acara ni sebagaimana acara Tennis adalah merupakan salah satu aktiviti penduduk dan senaman aerobic ini dianjurkan oleh penduduk sendiri di ketuai oleh Pn Zainatul dan Pn Nurul. Acara dimulakan dari jam 5.30 bertempat di gelanggang badminton bersebelahan taman permainan kanak2 Anjung Kristal. Senaman dirancangkan untuk diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Tenaga pengajar luar telah dipanggil dan bayaran dibuat secara berkongsi dengan semua peserta yang meyertainya. Bayaran adalah sangat murah. (Sila rujuk promo di dalam posting sebelum ini)

Penyertaan pertama ini telah dihadiri lebih dari 16 orang dan diharap ianya akan dapat diteruskan oleh kaum wanita Anjung Kristal.

Tidak seperti acara tennis, gambar yang dimasukkan adalah secara umum sahaja kerana tidak mendapat kebenaran dari mereka....hehehe.. Masa nak amik gambar pon, duduk dari jauh jer sebab taknak konsentrasi mereka terganggu.

Satuu.... Duaaaa.... Satu dua lagi ewahhh... Kepada sesiapa yang nak menyertainya tapi malu nak join terus, sila hubungi Pn Zainatul atau Pn Nurul di talian telefon 012-2017436




2 comments:

Mohd Hafiz Safwan said...

meriahnya...

Farah said...

dik bushu, klu ko teringin nk join bgtau je ler, jgn malu2.. hehee