12 February 2009

Awas kepada para "pecengkerama"...

Berita ini hanyalah sekadar makluman mengenai apa yang sering berlaku di kawasan Anjung Kristal khusus kepada kawasan di penghujung Jalan Kristal 7/78 iaitu di sekitar taman permainan kanak-kanak. Seringkali dilihat kawasan ini telah cuba digunakan oleh para "pecengkerama" untuk `berehat-rehat mencari ketenangan' disebabkan kawasan yang agak strategik. Namun usaha mereka telah berjaya dibanteras oleh sebahagian para penduduk Anjung Kristal sendiri. Tahniah diucapkan kepada Brader Amir yang duduk dikawasan tersebut yang setakat ini telah berjaya menyoalsiasat dan menghalau para pecengkerama tersebut. Saya mewakili seluruh Anjung Kristal mengucapkan ribuan terima kasih di atas usaha dan keberanian beliau. Tidak ketinggalan juga ucapan tahniah kepada ahli-ahli squad cegah maksiat lain yang turut sama membantu.

Di antara kenderaan yang pernah digunakan dan kantoi adalah sebuah MyVi plet no. BHV 7581 dan Proton Waja plet no. WAJA 7014 (sengaja dimasukkan no kenderaan tersebut sebagai tanda peringatan kepada pecengkerama lain yang berniat nak buat benda yang sama, kerana sesungguhnya kawasan ini sentiasa dijaga dan dikawal bersama oleh seluruh penduduk Anjung Kristal. Mungkin di lain kali, kita akan masukkan gambar muka sekali).

6 comments:

heretic preacher said...

tadapapa... cinta2 saja ma... muahahahaha...

Anonymous said...

"Jangan Bergerak!!!!" "Saya polis Anjung Kristal!!!"... Amir berkata...
Demikianlah sedikit petikan dari novel saya.... hehehe!!!!

Mentari, Hujan dan Pelangi said...

Bagus jugak ada Pencegah Maksiat kat Anjung Kristal. Ya lah orang darah muda ni kenalah kontrol-kontrol sikit. Cepat sangat nak menjalar...

Nukilan ida said...

mmmm...elok la..sakit mata pun melihat pemandangan..bleh study ke di bawah lampu kuning tiang lampu di waktu malam??

Anonymous said...

Dr Ida!!!
Pemandangan mana yg menyakitkan mata tuuu??? (OOOOoooo!!!! Sbb tu si Amer ber"tugas" pakai spek hitam!!!)
Sapa nk study bawah lampu kuning?? kat mana???
(Berbunge-bunge ayat nyerrrr!!!!)

Nukilan ida said...

hehe...
i balik kojo terus nampak.. huhu
anyhow, i sebenarnya tak kesah kalu nak melepaskan rindu( iyorlerr kiter pun penah bercinto)...petang2 siang2 takper lerr... tapi kalu udah gelap lagi2 pas maghrib tu udah2 ler.....nak sonang cerito hantar rombongan jer ler...

ps: best and takut tgk cerita kat tv3 kul 9pm semalam!