Pada hari Ahad dan Isnin yang lepas (8hb & 9hb) aktiviti mengempiskan perut sebagaimana yang dirancang dan diatur telah dijalankan. Aktiviti dilakukan di gelanggang tennis SIRIM Shah Alam. Walaupun penyertaan hanya melibatkan seramai 6 orang warga Anjung Kristal namun bagi tujuan permulaan ini, ianya sudah cukup bagus banget. Antara mereka yang nak mengempiskan perut tersebut adalah Azizi, Azean, Izuan, Zainuddin, Edly dan tak ketinggalan Brader Chik. (penulis tidak bercadang mengempiskan perutnya..kih..kih..kih..)
Permainan pada hari Isnin yang lalu terpaksa dihentikan sementara waktu pada peringkat awal kerana hujan turun di kawasan Shah Alam walaupun tidak begitu lebat. Permainan disambung kemudiannya sehingga ke jam 11.30 pagi. Walaupun tempat agak terhad dan pemain tidak ramai, namun sekurang2nya aktiviti riadah sesama jiran tetangga telah dapat dijalankan secara bersama dan akan diteruskan lagi pada setiap hari Ahad.
Berikut adalah beberapa aksi terlampau yang telah dirakamkan. Untuk makluman semua, tiada pemain yang telah tercedera pada hari tersebut.
( kepada pemain yang nak download gambar versi penuh, klik jer kat sebelah kanan blog )
4 comments:
takde org nk main badminton ker ??
Memang nak main badminton.... tapi perlu orang untuk jadi kovenor...
Tennis = Azizi, Futsal = Chik, Badminton = Shahrul...pergh dah cantik tu...
Apa lagi, war2kan lah dalam email
Badminton???
Aku pun nak join gaks... Kalau ada org tolong arrangekan lokasinyer...
Kalau dah set, inform dlm email atau blog dan cari ramai-ramai pemain badminton dr Anjung Kristal yg nk join niii...
nanti aku crkkan lokasinya....dah jumpa aku roger smua...
Post a Comment