Salam to all penghuni Anjung Kristal.. Semoga dalam keadaan sihat dan semoga dirahmatiNya sentiasa..
Petang tadi perasan ada kenderaan fogging di depan rumah.. Ni mesti ada di kejiranan ini yang kene Denggi dan dimasukkan ke hospital sebab itu adalah prosedur kerja IK-inspektor kesihatan.
Saya rasa terpanggil untuk berkongsi ilmu mengenai Denggi.
Source: http://www.jknselangor.moh.gov.my
Ambil Tindakan Segera untuk Mencegah Jangkitan Kepada Orang Lain!
Demam denggi disebabkan oleh virus denggi melalui gigitan nyamuk Aedes yang mengandungi virus denggi. Seseorang yang dijangkiti membawa virus dalam sistem darah untuk tempoh hingga 5 hari selepas demam bermula.Virus dalam darah orang yang dijangkiti ini akan dibawa oleh nyamuk Aedes yang baru apabila ia menggigit orang tersebut. Untuk menghapuskan kitaran transmisi penyakit ini dan melindungi ahli keluarga serta komuniti anda daripada dijangkiti penyakit, ambillah tindakan segera sementara menunggu tindakan pihak berkuasa seperti berikut:
- Hapuskan nyamuk Aedes yang ada di rumah dengan racun serangga.
- Cari dan musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes di dalam dan sekitar rumah anda. Gunakan bahan pembunuh jentik-jentik seperti Abate di tempat-tempat yang menakung air
- Elakkan diri daripada gigitan nyamuk Aedes semasa anda sakit.
- Nasihatkan jiran dan rakan anda yang disyaki mengidap demam denggi untuk mengambil tindakan yang sama.
2 comments:
Suami saya kena denggi bulan 12 hari tu. Tapi sebeanrnya tak sure kena kat mana sebab masa tu dia sibuk berkursus kat Nilai, then ada jugak balik kampung.
kalau sebelum ni pernah kene denggi kene lebih berhati2.. sebab seseorang yg dah pernah kena confirm denggi dan dapat lagi, komplikasi penyakitnya adalah lebih dari masa first time dapat
Post a Comment