Showing posts with label SIRIM. Show all posts
Showing posts with label SIRIM. Show all posts

10 February 2009

Acara Kempis Perut di SIRIM...


Pada hari Ahad dan Isnin yang lepas (8hb & 9hb) aktiviti mengempiskan perut sebagaimana yang dirancang dan diatur telah dijalankan. Aktiviti dilakukan di gelanggang tennis SIRIM Shah Alam. Walaupun penyertaan hanya melibatkan seramai 6 orang warga Anjung Kristal namun bagi tujuan permulaan ini, ianya sudah cukup bagus banget. Antara mereka yang nak mengempiskan perut tersebut adalah Azizi, Azean, Izuan, Zainuddin, Edly dan tak ketinggalan Brader Chik. (penulis tidak bercadang mengempiskan perutnya..kih..kih..kih..)

Permainan pada hari Isnin yang lalu terpaksa dihentikan sementara waktu pada peringkat awal kerana hujan turun di kawasan Shah Alam walaupun tidak begitu lebat. Permainan disambung kemudiannya sehingga ke jam 11.30 pagi. Walaupun tempat agak terhad dan pemain tidak ramai, namun sekurang2nya aktiviti riadah sesama jiran tetangga telah dapat dijalankan secara bersama dan akan diteruskan lagi pada setiap hari Ahad.

Berikut adalah beberapa aksi terlampau yang telah dirakamkan. Untuk makluman semua, tiada pemain yang telah tercedera pada hari tersebut.

Chik berpasangan dengan Edly

Gaya Pro atau beginner nih... ke tgh menari poco-poco?

Tugu peringatan ke nih?

Kaki tak jejak bumi tu... pergh.!

Kenapa bang?, reket putus ker?

Aktiviti seterusnya kemudian telah disambung ke Khulafa Sek. 7 dengan aktiviti mengembangkan semula perut. Kepada sesiapa yang berminat nak join boleh hubungi Brader Azizi di talian 016-2631362.




( kepada pemain yang nak download gambar versi penuh, klik jer kat sebelah kanan blog )