23 February 2009

The 5 minutes Club...

Permainan Futsal oleh Komuniti anjung Kristal yang dijadualkan pada Jumaat malam Sabtu 20hb February 2009 telah tidak dapat dijalankan kerana gelanggang telah penuh. Untuk mengatasi masalah tersebut, pengelola iaitu Pokcik Busu telah menjadualkannya semula pada pagi Sabtu dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi, 21hb February 2009.



Maka pada pagi Sabtu tersebut, berkumpullah ahli Anjung yang telah memberikan komitmen untuk bermain di kawasan "meja batu" pada jam 9.30 pagi. Setelah berkumpul dan dikumpulkan maka mereka telah bertolak ke Sportplanet seksyen 16 untuk permainan yang dijadualkan.



Berdasarkan rekod, didapati seramai 22 orang telah menyertai permainan ini dan masing-masing telah menyumbangkan RM10.00 bagi menampung kos sewa gelanggang. Rakan-rakan pelajar sepatutnya tidak dikenakan bayaran tetapi oleh kerana mereka ni dah kaya agaknya, maka mereka juga turut menyumbang sebanyak RM5.00. Walau bagaimanapun, berdasarkan gambar di atas, jumlah sebenar yang bermain adalah seramai 24 orang. (Busuu...!! cuba check nama sapa yang tertinggal nih?)


Alhamdulillah, penyertaan adalah terdiri dari berbagai umur, dari 20an hinggalah 50an. Pada hari tersebut, ramailah yang menunjukkan skill masing-masing dan tak kurang juga yang terlupa nak bawa 'pam'. Walaupun mengalami kepancitan, namun dari riak muka masing-masing kelihatan rasa seronok dan gumbira dengan acara tersebut.

(Agak-agaknya dalam gambar kat atas ni, sapa yang lupa bawak pam?...)

Akibat keseronokan yang tak terhingga, makanya pada minggu depan permainan ini akan diteruskan sehingga mana yang mampu atau sehingga pemain beralih kepada permainan lain pula.


Selain dari para pemain, terdapat juga warga Anjung yang turut hadir untuk menyaksikan permainan tersebut. adalah diharapkan pada masa depan, akan lebih ramai lagi warga Anjung yang akan dapat meyertai acara-acara sukan yang dianjurkan.

Kepada semua yang terlibat, saya memohon maaf kerana gambar yang kurang berkualiti. Al-maklumlah, amatur.... kalau "Pro" lainla. Gambar-gambar lain akan diuploadkan ke ruangan sebelah.


p/s ; Lepas nih ada rancangan pula nak main "Paintball"....

3 comments:

Mohd Hafiz Safwan said...

2 orang lagi tuh datang last2 minit..Alan(berdiri 4 dari kanan) dan Charles (duduk 5 dari kanan)..saya tak amik kira sebagai peserta sebab dah tinggal 10 minit kot time tuh..diorang ada tournament kat kampus..dah habis game pgi tuh diorang datang laa nak tgk. Charles tu housemate saya jugak..Alan tu selalu la datang lepak kat umah kitorang.

**Anjung Kristal** said...

Orait... lagi ramai lagi baguzzz

Mohd Hafiz Safwan said...

Apa lak quality tak bagus..ni dah kena sumpahan DSLR la nih..ok aper..