18 February 2009

Kemalangan yang menimpa warga Anjung Kristal

Salam sejahtera kepada semua warga Anjung Kristal. Berita ini baru sahaja saya terima beserta gambar yang telah sempat dirakam oleh Brader Adely. Kemalangan ini berlaku pada waktu tengah hari tadi dan melibatkan salah seorang rakan jiran kita yang baru sahaja berpindah ke kawasan ini. Saya diberitahu bahawa beliau datang dari jalan besar dan akibat kemalangan tersebut, kereta telah tercampak sehingga ke Jalan Kristal 7/80B. Bagaimana kemalangan berlaku tidak dapat saya pastikan. Namun begitu, saya sertakan gambar tersebut untuk dikongsi bersama.

Untuk makluman semua, makcik yang terlibat di dalam kemalangan ini tinggal di rumah No. 23 Jalan Kristal 7/78. Kepada sesiapa yang berkelapangan, bolehlah menziarahi jiran kita ini, kerana pada hari ini, beliau yang menimpa musibbah ini dan esok kita tidak tahu lagi apa akan berlaku.













No comments: