05 February 2009

Program Kempis Perut Kaum Bapa...



Salam Sejahtera kepada semua penduduk Anjung Kristal. Satu cadangan dan usaha susulan dari Potluck 2 tempoh hari, iaitu program sukan (Tennis) sedang bergerak. Kepada semua ahli Yahoo Group Anjung Kristal dan yang masih belum menjadi ahli dah tentu telah menerima usulan tersebut melalui email pada tempoh hari.

Usaha sedang giat dirancangkan oleh Brader Azizi (gambar seperti kat sebelah nih..) dan dibantu oleh Brader Azian (bendahari). Setakat kini, respon belum menggalakkan walaupun ramai yang telah memberikan nama tempoh hari. Oleh itu, kepada mereka yang perutnya tak kempis2 dan mereka yang berperut kempis dan berminat, silalah bagi respon kepada brader azizi. Email beliau adalah askeasy@yahoo.com.

Pesanan kepada mereka yang berperut kempis..... "Perut anda tidak akan semestinya sentiasa kempis kerana satu hari nanti ia tidak lagi akan kempis. Oleh itu, bantulah mereka yang perutnya belum kempis".

Perut ku pon tak kempis gak tapi partner ku suka untuk mengekalkan keadaan yang tak kempis2 nih....

2 comments:

Anonymous said...

Wallauweeehhhh...

Anonymous said...

Aura BERAPI tuuuu!!!!!!!