28 October 2008

Anai-anai menyerang semula...


Kepada penduduk Anjung Kristal yang saya hormati, nampaknya masalah anai-anai ni datang semula. Sebelum ni saya dah tunjukkan gambar dan aduan anai-anai yang telah saya buat. Setelah lebih kurang 2 bulan menyepi, anai-anai ni muncul semula. Tapi kali ni dia menyerang pokok dihadapan rumah saya. Kesian pokok tu, dahla tak berapa nak sihat, sekarang ni diserang pula dengan anai-anai.


Setakat ni, saya tak berani nak usik sebab takut nanti dia pindah masuk rumah pula. InsyaAllah minggu ni saya akan buat laporan sekali lagi kepada PKNS. Saya berharap agar semua penduduk Anjung Kristal dapat membuat pemeriksaan ke atas rumah masing-masing kerana masalah ini bukan hanya di rumah saya sahaja. Kalau di rumah saya "makhluk" ni boleh masuk maka tidak mustahil dia akan "beraya" ke rumah tuan-tuan dan puan-puan juga.

Khalid,

No.9 Jln 7/78

15 October 2008

Lupa nak buat Makluman

Untuk pengetahuan semua penghuni, rumah kami (59, Jalan Kristal 7/78) telah cuba di 'gagau' dari luar pada malam raya ke-2. Malam itu ada 2 orang yang berada di dalam rumah tersebut..hasil gagauan itu hanyalah mosquito net yang koyak..takder yang terlebih atau yang terkurang. Polis dipanggil dan telah memeriksa bahagian belakang blok 5 dan lepak kat depan rumah kitorang sampai azan subuh..(waktu kejadian adalah lebih kurang jam 5 pagi).

Respon dari polis amat memberangsangkan. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang bertugas ketika waktu perayaan baru-baru ini(kalau ada anggota polis yang baca nih sampaikan pada rakan2 yang lain k).

Owh, di kesempatan ini saya dan rakan-rakan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin atas segala kekurangan atau kesalahan sepanjang kita mengenali antara satu sama lain.

Regards,
Mohd Hafiz Safwan (Busu)
& Rakan-Rakan (Cikun, Sudin, Din Kacak, En Otot, Dunn, Charles, Khalid, Ijat, Fathi Keyi, Iwe, Batu, Aperq)