21 October 2009

Percubaan Pertama - Rukun Tetangga

Aidil Fitri dah berlalu, makanya tiada lagi open house yang akan diadakan. Jika ada sekalipun, ianya tidak berkaitan dengan sambutan Aidil Fitri tetapi mungkin atas sebab yang lain.

Lanjutan dari sembutan/ jamuan Aidil Fitri yang telah diadakan oleh penghuni Jalan 7/81 yang lalu, satu mesyuarat tidak rasmi telah diadakan. Mesyuarat tersebut bertujuan untuk membincangkan cadangan Potluck 3 yang akan diadakan. Selain itu kami juga telah membincangkan beberapa perkara mengenai keselamatan. Mesyuarat telah dihadiri oleh lebih kurang 20-25 orang.

Hasil dari perjumpaan tersebut yang berlarutan sehingga 2 pagi tempoh hari, persetujuan telah dicapai untuk kita mengadakan percubaan RUKUN TETANGGA. Alhamdulillah, pada malam tadi (20/10/2009) ia telah dapat dimulakan. Ada lebih kurang 13 orang semuanya termasuklah yang menulis ni jugak...hehe.

Perjumpaan dimulakan dengan duduk berkumpul di Jalan 7/81, rumah no. 15 bermula pukul 10.00. Dekat pukul 11.00 kami semua telah berpindah berkumpul di pondok taman permainan. Setelah beberapa ketika, kami bergerak pula menyusuri jalan belakang di tepi bukit. Kepada penduduk yang tidak mengetahui, mungkin agak risau kerana kami berjalan di dalam keadaan meriah..(memang itu tujuannya supaya kawasan kejiranan kita nampak ada movement). Acara berakhir di Restoran Khulafa pekena Teh sebelum balik iaitu lebih kurang pukul 1.00 pagi. Di bawah ni antara acara permulaan yang sempat dirakamkan.


RT Intro

Abg Mat a.k.a 'kepala santan' telah mengetuai percubaan ini tapi dialah yang lambat sampai...kih..kih..kih.. Nasib baik dia ada basikal laju yang guna bateri..

RT Chief
Semasa gambar ni diambil, si 'Panjang' belum sampai. Walaupun rumahnya boleh nampak kat dalam gambar tu..

RT Team A
Percubaan ini juga telah dimeriahkan dengan kehadiran 'Chik' dan anak kucing tu....

RT Chik
Alhamdulillah, acara percubaan Rukun Tetangga ini telah berjaya mewujudkan perasaan tanggung jawab, mengeratkan hubungan, mengeluarkan peluh serta diharap ianya akan dapat diteruskan lagi.
Untuk makluman Penduduk Anjung Kristal, Acara sama akan diadakan pada hari Sabtu malam Ahad ini. Pada kali ini, host adalah Abg Mat di mana semua yang berminat dikehendaki berkumpul di rumah Abg Mat pada jam 11.00. Tak tahu di mana rumah Abg Mat? Tanya-tanyalah jiran sebelah tu. Ada berani????

2 comments:

Anonymous said...

la...ingatkan aper semalam...dengan kayu sorang satu .......ingatkan kejarrr pencuri...

Mohd Hafiz Safwan said...

Nak JOIN!!!!!!!!!!!