Salam Sejahtera,
Sebagaimana sedia maklum dan sepatutnya maklum, kita akan mengadakan majlis potluck yang ke-3 pada bulan Januari yang akan datang. Beberapa perancangan sedang diatur bagi menjayakan majlis tersebut. Merujuk kepada mesyuarat ringkas yang telah diadakan pada malam minggu yang lalu, edaran kad jemputan sepatutnya telah dilakukan dan kutipan sumbangan minimum RM10.00 juga turut dilaksanakan. Tuan-tuan dan puan-puan tidak dihadkan jumlah untuk sumbangan tersebut dan boleh menyumbang lebih sekiranya berkemampuan. Sumbangan tersebut adalah merupakan sumbangan ikhlas dan tiada paksaan.
Sumbangan tersebut adalah bertujuan untuk menampung segala perbelanjaan bagi menjayakan potluck tersebut. Sumbangan boleh diserahkan kepada ketua blok masing-masing. Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan tidak tahu siapakah ketua blok masing-masing, maka janganlah segan silu bertanya dengan jiran sebelah rumah tuan-tuan dan puan-puan.
Segala perancangan bagi menjayakan potluck ini nanti adalah bergantung kepada sumbangan kita semua. Maklumat selebihnya mengenai potluck akan dinyatakan dari semasa ke semasa di dalam laman blog ini.
Sekian, terima kasih.
2 comments:
Aku OK.
Consider me in..I'll be around till end of January
Post a Comment