26 June 2008

Salam Perkenalan..

Salam Sejahtera...
Berdasarkan kepada pertemuan sebahagian penduduk di Anjung Kristal pada 20hb Jun 2008 yang lalu, maka diwujudkan laman blog ini bagi menyalurkan apa-apa maklumat yang berguna untuk kita semua. Blog ini juga bertujuan bagi memberi peluang kepada semua penduduk Anjung Kristal yang ingin menulis, menyampaikan maklumat atau membuat iklan atau apa-apa saja lah.

Blog ini diharapkan akan dapat menjadi salah satu alat perhubungan yang boleh mengeratkan hubungan kita semua tak kira muda atau tua, kaya atau tak berapa kaya, pelajar atau pekerja, lelaki atau wanita, pemilik atau penyewa, bekerja atau tidak bekerja dan sebagainya. Saya sebagai salah seorang penduduk di kawasan ini dan yang memulakan kewujudan laman ini berharap bahawa hubungan kita semua sesama jiran akan dapat ditingkatkan dari sehari ke sehari.
Kepada sesiapa yang ingin memberikan sumbangan idea ke dalam blog ini, boleh berbuat demikian. Sila email kepada saya di anjungkristal7@gmail.com atau telefon sahaja. Idea atau maklumat yang ingin disampaikan boleh di dalam 2 bahasa dan 2 gaya bahasa iaitu english atau melayu, ...standard atau pasar. Apa yang penting adalah setiap penulisan kita perlu dijaga adab penulisannya supaya tidak menyentuh soal sensitiviti kaum dan parti politik.

sekian, terima kasih.
Khalid Abdul Mutalib
No.9 7/78

No comments: