16 December 2008

Syarikat kawalan keselamatan meragukan..



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Merujuk kepada kerisauan beberapa rakan kita dan masalah yang sedia ada dan mungkin akan berlaku..., pada malam tadi, satu mesyuarat ringkas telah diadakan di kawasan padang permainan kanak2. Mesyuarat telah dihadiri oleh beberapa rakan kita.

Merujuk kepada mesyuarat tersebut, saya telah membuat beberapa semakan dan pertanyaan dengan pihak Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan pihak Sentral a.k.a Guard Peronda termasuk carian di dalam internet. Hasil dari itu, saya dapati laman web syarikat memaparkan gambar pihak pengurusan dan senarai nama pengurus cawangan. Lebih kurang 90% adalah ditadbirkan oleh pengurus berbangsa Melayu. Dinyatakan juga cawangan-cawangan yang berkaitan. Ianya nampak meyakinkan.

Walau bagaimanapun, saya telah menghubungi pihak Sentral Ibu Pejabat dan seorang pegawai India mengatakan bahawa Shah Alam diuruskan oleh pejabat Klang dan apabila saya meminta alamat, beliau tidak dapat memberikan dengan tepat. Kemudiannya saya telah menghubungi pejabat mereka di Klang (alamat yang berlainan dari apa yang tertera di laman web). Seorang pegawai mereka berbangsa India menyatakan bahawa En. Raj (Indian) adalah pegawai marketing mereka. Saya bertanya mengenai cawangan tersebut dan status En. Raj. Beliau menyatakan bahawa En. Raj adalah kakitangan mereka dan cawangan yang saya hubungi adalah satu2nya cawangan Klang.

Kemudiannya saya bangkitkan isu kenapa ada tertera alamat lain di laman web. Beliau kemudiannya terus menyatakan bahawa ada lagi satu pejabat cawangan terletak di Taman Sentosa yang juga tidak sama dengan apa yang tertera dalam laman web. Saya tanyakan antara pejabat di Taman Sentosa dan pejabat di Taman Saujana, yang mana satu 'main branch'? Beliau nyatakan bahawa Taman Saujana adalah main branch. Saya bertanyakan apakah status cawangan Taman Sentosa?,. Beliau dalam keadaan tergagap2 menyatakan dia tidak tahu sebab mereka semua adalah "FRANCHISE". Saya bertanya siapakah Pengurus cawangan atau region?, beliau nyatakan nama seorang lelaki India yang langsung tidak sama dengan apa yang tertera di laman web sama ada dari segi bangsa atau nama. Rumusannya, saya dapati apa yang tertera di laman web adalah sama sekali amat mengelirukan apabila panggilan telefon dibuat.

Saya bertanya adakah syarikat keselamatan dibenarkan untuk beroperasi secara franchise. Beliau menyatakan "BOLEH" sebab mereka dah bayar kepada pihak Sentral. Apabila saya bertanyakan sama ada telah dimaklumkan kepada pihak KDN, beliau dalam keadaan serba salah terus menjawab....."Encik, saya tak tahulah,... saya baru saja kerja disini".

Saya selepas itu telah menghubungi pegawai di Bahagian Keselamatan, Kem. Keselamatan Dalam Negeri iaitu Cik Rosmidar dan memaklumkan perkara tersebut. Beliau menyatakan bahawa konsep "FRANCHISE" adalah tidak dibenarkan sama sekali dan tindakan boleh diambil. Saya bertanya sama ada terdapat sebarang panduan yang boleh dirujuk. Beliau kemudiannya telah berjanji untuk menghantar maklumat tersebut melalui email. Beliau menyatakan sekiranya timbul keraguan, aduan boleh dibuat dengan mereka dan siasatan akan dibuat. Mereka mempunyai unit penguatkuasaan untuk menjalankan siasatan tersebut.

Untuk makluman rakan2 semua, Syarikat Sentral bagi tahun 2008 telah mempunyai lesen. Walau bagaimanapun, permohonan bagi mendapatkan lesen bagi tahun 2009 baru diterima. Oleh demikian, kepada semua rakan yang belum bersetuju dengan tawaran syarikat ini agar dapat menangguhkannya dahulu sehingga semua siasatan dan maklumat diperolehi. Kepada mereka yang telah bersetuju, sila buat semakan dan ujian terhadap perkhidmatan mereka. Ianya adalah untuk kebaikan bersama. Saya berharap kepada sesiapa yang mempunyai maklumat lain berkaitan dengan modus operandi mereka dapatlah berkongsi dengan kita semua. Terutama kepada Pegawai-pegawai Polis yang mempunyai pengalaman dan maklumat berkaitan.

Kepada rakan-rakan semua, saya memohon maaf sekiranya ayat saya ada menyentuh mengenai isu bangsa. Ia perlu dinyatakan untuk menunjukkan kekeliruan yang telah timbul. Saya juga bersetuju dengan cadangan untuk mengadakan mesyuarat tersebut. Sekian, terima kasih.

Khalid 9,7/78

(Artikel di atas adalah salinan dari topik yang telah saya kirimkan di email Anjung Kristal)

4 comments:

Nukilan ida said...

mmm..tima kasih bebanyak Khalid kerana menjadi PI(private investigator)!
Terlalu banyak perkara yang tak betul dan meragukan..
Nampaknya harini'orangluar' takde buat rondaan..
That an improvement...
Aku pun ada tanya security kat kompleks pkns pasal perkara ni.
Dia orang cakap mana ada perkhidmatan sampai ketuk depan rumah. Kalau adapun mereka ini dilantik oleh persatuan penduduk.
Saya berharap sangat penduduk anjung kristal prihatin dengan perkara ini dan selalu2 kan lah online untuk mengetahui perkara terkini.

Anonymous said...

Salam,

semalam 16 dec that indian guy sempat datang approach masa kitorang tengah sibuk nak tutup gate.. cara dioarng approach ialah masa maghrib dan macam tergesa2 promote sebab muka saya cam taknak layan diorang.. satu lagi diorang offer dulu untuk tampal sticker without confirming of acceptance of their service.. Pada komuniti anjung kristal saya harap kita dapat bertahan dulu dan kita start initiative unutk berkongsi maklumat bak kata abg khalid so that kita bole justify decision kita..

Akhir kata.. majulah anjung kristal untuk kita semua..

KHAIRIL, 19 7/78

Nukilan ida said...

Yup betul khairil..
semalam(16hb) kitaorang pun ternampak dua orang ni naik moto nak pi 'promo' servis diaorang. Kitaorang nak amik gambo tapi takut plak kene aim nanti.
Jangan la layan diaorang. Berhati2 bila di luar rumah sebab diaorang akan aim rumah yang terbuka.
Cakap aje dah ada alarm sistem.
Jangan terpedaya tipu helah diaorang!

**Anjung Kristal** said...

Jangan takut pada mereka...
Ikut jer panduan yang dah diberi. Tanya diaorang beberapa soalan tapi jangan permainkan mereka. Tanya scara serius, InsyaAllah mereka akan berundur...