Salam kepada semua anjung kristal neighbours,
Pada suatu malam lebih kurang pukul 8 malam seseorang memanggil diluar pagar, memberitahu bahawa dia menawarkan khidmat GUARD PERONDA, keselamatan, round the neighbourhood diwaktu malam. Bayaran adalah RM30 sebulan. Siap tanya lagi kereta ada berapa buah? sedangkan kita belum nak bayar lagi pun. Nampak macam takde ape2 kan? Tapi bila ditanya nombor telefon kompeni atau nombor telefon untuk dihubungi tidak pula diberitahu. Bila ditanya awak kompeni dari mana? mana pamplet atau servis yang diberikan dalam bentuk hitam putih, dia berkata kene daftar dulu baru dapat. Aiks??? Macam paksaan pulak??
Katanya semua jiran2 kiri kanan dah berdaftar dan dah bayar. Tapi berdaftar dengan siapa?? Adakah GUARD PERONDA ini sebuah syarikat yang sah?? Macamana monitoring itu dilakukan?? Siapa yang monitor kerja2 yang dilakukan?? Kemudian individu itu berkata, dia akan 'cover' car breaking dengan house breaking. Cover macamana tak dijelaskan?? Suruh bayar dulu RM30. Apa fungsi polis then??? Kalau berlaku apa2 tetap dilaporkan kepada polis. Dia hanya sebagai orang tengah yang mengutip untung? ataukah diakah yang akan menyebabkan semua car breaking atau house breaking di kawasan perumahan ini?? Korang pernah terpikir tak tentang 'duit perlindungan'?? These people are Gangster Bukit Raja. Pernah korang dengar?
Mereka ini menggunakan cara halus a.k.a pow kita secara terhormat. Adakah rumah yang bayar itu akan mendapat perlindungan lebih?? Siapa yang membenarkan mereka berada di kawasan perumahan kita ini yang rata2 didiami oleh orang Melayu, sedangkan mereka bukan daripada bangsa kita. Adakah begitu mudah kita memberi kepercayaan kepada mereka untuk menjaga keselamatan rumah dan harta benda kita?? Jangan2 diaorang yang menjadi mata2 kepada mat2 pecah rumah melihat kita tiada dirumah!
Saya mencadangkan isu keselamatan ini perlu lebih kolektif, mendengar suara setiap orang penduduk di anjung kristal. Saya berharap mesyuarat tergempar berkenaan perkara ini perlu dilakukan. Jika inginkan keselamatan adakah ini cara yang terbaik?? Di dapati di Jalan 7/78 sudah ada tidak kurang 19 buah rumah telah tertempel signboard GUARD PERONDA nya itu.
Saya berharap kita dapat berbincang dan Rukun Tetangga dapat berfungsi lebih aktif. Boleh sahaja pondok2 pengawal diadakan di 2 jalan masuk utama dikawasan perumahan anjung kristal ini. Semua penduduk mendapat faedah keselamatan secara ini. Banyak lagi syarikat2 kawalan keselamatan yang berlesen yang diketuai oleh orang melayu yang boleh kita upah untuk menjaga keselamatan kita bersama. Saya harap perkara ini dapat diberi perhatian setiap penduduk.
SekianSila hubungi saya (azizi ) untuk perbincangan.
5 comments:
Brader Azizi,
Pertama sekali saya mohon maaf kerana telah mengubahsuai artikel supaya ia nampak lebih kemas.
Berkenaan Guard Peronda ni, saya telah dihubungi sebelum ni oleh jiran kita no. 103 dan bertanyakan pendapat saya. Saya nyatakan bahawa ada keburukannya (sama seperti apa yang ada di dalam pemikiran anda)Namun demikian, saya nyatakan bahawa apa2 pun terpulanglah kepada individu kerana itu hak mereka.
Saya rasa, patut sudara kemukakan kepada penduduk anjung melalui Yahoo Group atau alamat email biasa. Senarai nama seperti di dalam database Yahoo Group. Ia kerana tidak semua ahli Anjung Kristal yang membaca blog kita ni.
Semalam, jiran kita a.k.a Pengerusi Jawatankuasa Adhoc telah buat semakan dan didapati ada 33 buah rumah yang telah menerima perkhidmatan tersebut.
Saya akan berikan bantuan sekiranya saudara memerlukan bantuan.
TQ, Khalid
Memang la hak individu, tapi maklumat saya berfakta(saya boleh jelaskan lebih terperinci kalau nak tahu). Saya ingin mengajak penghuni anjung kristal berfikir apa yang patut kita buat. Bukan dengan sewenang2nya membenarkan bangsa asing menjaga keselamatan perumahan orang melayu.Lagi2 saya orang pkns,Dah tentu saya taknak lihat keadaan begini.kita membenarkan orang luar masuk ke perkarangan perumahan kita.. rasanya tak perlu.. Orang luar pulak jenis yang 'high performance' dalam kes2 jenayah plak tu.. kalau nak selamat pakai la alarm system kat rumah, selamat jugak..
Kalau nak kira hak individu payah la, sebab kita hidup berjiran.Nak jugak berpesan2.Setidaknya mesej ini perlu dipanjang-panjangkan agar penghuni anjung kristal yang lain tidak mudah terpedaya.
Fyi, saya sudahpun email kepada semua penduduk melalui Yahoo Group.
Boleh ke kita letak pondok pengawal di dua jalan keluar masuk anjung kristal? dan penghuni2 anjung kristal ada pelekat pada kereta masing2. Siapa pelawat2 yang datang inform ajer nak pergi umah mana.Semua penghuni dapat manfaatnya.
Saya berharap EnKhalid memanjangkan perkara ini kepada Pengerusi Jawatankuasa Adhoc untuk beliau bincangkan dengan semua penduduk.Jangan sampai satu hari nanti kita ketakutan di kejiranan sendiri.
-Kejiranan kita,adalah tanggungjawab kita BERSAMA-
AziziFarish
erk... ni nk kire cmni ni? klu umah yg tak bayar yuran perlindungan cm umah bujang kami yg sengkek2 ahlinya ni, kire 'terdedah' kpd ancaman ke cmne? waduh ini sudah bikin gawat ni sih, nggak keruan gwe
saya nampak ada dua perkara yang menarik untuk dilihat. pertama ada 33 buah rumah yang telah membayar RM30 sebulan kepada individu yang tidak dikenali. Ini menunjukkan secara kasar memang kejiranan anjung kristal bersedia membayar sekurang-kurangnya RM30 untuk tujuan kawalan keselamatan walaupun backgroundnya diragui/tidak terbukti. Cuba bayangkan jika yang mengutip bayaran itu adalah dari j/kuasa yang dilantik dengan tujuan yang jelas, saya pasti lebih ramai bersedia untuk bekerjasama.
kedua, perkara keselamatan ini sudah ditimbulkan semenjak sebelum raya lagi. Tapi Tiada kemajuan kerana respon yang lambaT melalui email. apa kata guna sms pula, pakai duiT Tabung aTau pakai pampleT macam dulu.
Tq
Good input rafie. Nampaknya mmg benar kebanyakan penduduk sanggup untuk baya RM 30 sebulan untuk keselamatan. Kalau ada 100 buah rumah dah ada RM3000. Boleh mengupah guard dari syarikat yang boleh dipercayai. Saya sendiri boleh usaha dapatkan syarikat keselamatan kalau kita semua mahu dan sepakat.
Harapan saya keputusan yang akan diambil adalah keputusan sepakat. Bulat air kerana pembentung,Bulat suara kerana Muafakat.
Note: Kepada Pengerusi Jawatankuasa Adhoc,tolong la bawak berbincang perkara ini segera.Saya bercadang kita edarkan pamplet secepat yang mungkin supaya jangan ada orang yang terpedaya lagi.
Post a Comment