Showing posts with label Geng Peronda Anjung Kristal. Show all posts
Showing posts with label Geng Peronda Anjung Kristal. Show all posts

02 December 2009

JEMPUTAN KE MAJLIS POTLUCK 3

Malam semalam, satu perbincangan ringkas telah diadakan secara bersama bagi mengadakan majlis Potluck 3 yang dijadualkan akan diadakan pada 10/01/10. Alhamdulillah, pada malam tadi komitmen telah diberikan oleh ramai ahli anjung dan diharapkan ianya akan dapat berterusan.


(Kalau tak nampak, takpa. Semua akan dapat. Sila lihat di peti surat anda minggu hadapan)

Perbincangan seterusnya akan diadakan pada malam minggu ini di tempat yang sama. Sekiranya cuaca tidak mengizinkan, perjumpaan akan diadakan di rumah Tn Hj Mohamad Stapar. Waktu...? Seperti biasa, malam minggu, pada jam 11.00 malam.

15 November 2009

Rukun Tetangga a.k.a Panduan Kejiranan

Kul 1.45 pagi sekejapjap tadi baru sahaja habis berukun tetangga. Aktiviti seperti biasa cuma pada kali ini, aktiviti dimulakan dengan memakan buah-buahan terlebih dahulu. Semua ini ditaja oleh Mr. Panjang. Rekod kehadiran pada malam ini mencecah angka yang sama macam Selasa lepas iaitu lebih kurang 20 orang. Host kali ini adalah Mr. Panjang dan Alhamdulillah, aktiviti ini masih dapat diteruskan dan masih bernyawa. Mungkin kerana aktiviti tidak dilakukan secara serius tetapi lebih kepada bersosial sesama jiran tetangga.


Jika disemak rekod kehadiran, dianggarkan seramai lebih kurang 30 orang (minimum) pernah menyertai aktiviti ini.Alhamdulillah sambutan setakat ini masih menggalakkan. Diharap akan lebih ramai lagi jiran tetangga yang akan dapat menyertainya. Kehadiran tidak diwajibkan tetapi lebih kepada rasa tanggungjawab sesama kita.

Berdasarkan kepada pemerhatian Geng Peronda Anjung Kristal, didapati masih ramai lagi di antara kita yang membiarkan keadaan belakang rumah masing-masing bergelap. Keadaan ini boleh mengundang bahaya. Kami pihak Geng Peronda Anjung Kristal sangat berharap sekiranya tuan-tuan dan puan-puan memasang lampu di belakang rumah masing-masing. Bil elektrik rasanya tak lah mahal sangat terutama kalau hanya memasang lampu kalimantang. Kami pihak peronda boleh membantu menjaga dan memeriksa kawasan belakang rumah tuan-tuan dan puan-puan tetapi diharap pihak tuan-tuan dan puan-puan juga dapat membantu menjaga keadaan rumah masing-masing. Ia adalah kerana tempoh jagaan adalah sangat terhad.

Di samping itu, diharap dapatlah sekiranya mana-mana tuan punya rumah yang mempunya i tanaman lalang dan rumput yang subur di belakang rumah, supaya menuai hasilnya dengan segera terutama rumah-rumah yang membelakangi bukit NKVE. Apalah hak kami untuk menegur tetapi dari pemerhatian, kawasan di belakang rumah tuan-tuan dan puan-puan adalah merupakan buffer zone kepada highway. Ditakuti sekiranya haiwan ternakan liar yang menjalar berlindung di sebalik tanaman tuan-puan.

Rasanya itu sahajalah laporan yang boleh diberikan dan diharap dapat berjumpa lagi... TQ.