Showing posts with label Kamal n Kamal Pest Control. Show all posts
Showing posts with label Kamal n Kamal Pest Control. Show all posts

14 September 2008

Akhirnya mereka datang juga...

Alhamdulillah.... akhirnya selepas beberapa tindakan yang saya lakukan, maka mereka telah datang ke rumah. Walau bagaimanapun mereka hanya merawat setakat minor sahaja dan ianya masih perlu dipantau. Wakil K&K menyatakan bahawa selepas ini pihak K&K patut dipanggil lagi kerana ianya masih didalam tempoh jaminan. Selepas raya ini, saya bercadang untuk memanggil mereka untuk membuat pemeriksaan dan ianya akan terus saya lakukan sehingga saya berpuashati.

So.... kepada sesiapa yang mendapati terdapat anai-anai dirumah masing2 maka jangan segan silu untuk melaporkannya kepada pihak PKNS sebelum ia menjadi barah.

"HARTA ANDA TANGGUNGJAWAB ANDA"

20 August 2008

Anai-anai oh anai-anai

Salam sejahtera,

Adakah tuan-tuan dan puan-puan tahu bahawa rumah yang kita duduki di Anjung Kristal telah diberi perlindungan dari anai-anai oleh PKNS melalui syarikat Kamal & Kamal Pest Control. Jaminan yang dinyatakan adalah sehingga tahun 2011.

.

.


Walau bagaimanapun, selepas beberapa bulan diduduki, beberapa rumah di Anjung Kristal telah mula diserang oleh anai-anai. Sehingga sekarang telah terdapat 4 aduan yang dihantar ke PKNS. Walau bagaimanapun sehingga hari ini, pihak PKNS masih belum mengambil tindakan sepatutnya kerana PKNS mendakwa pihak Kamal & Kamal Pest Control tidak mahu datang mengatasi masalah ini. Laporan pertama yang dibuat adalah pada 1 Ogos 2008. 2 minggu selepas itu pihak PKNS telah datang bersama syarikat lain dan hanya membuat semburan biasa. Pihak PKNS telah berjanji akan menghantar surat kepada pihak syarikat bagi mengatasi masalah ini.

.

.


Mungkin rumah tuan-tuan dan puan-puan masih belum mengalami masalah ini. Walau bagaimanapun, cubalah tuan-tuan dan puan-puan intai-intai di dalam kawasan rumah sekiranya terdapat tanda. Berikut adalah contoh gambar peringkat awal serangan anai-anai.










Adalah sangat pelik apabila rawatan dan jaminan telah diberikan tetapi masalah tetap berlaku.... Adakah rawatan Kamal & Kamal tak bagus? Adakah rawatan dibuat sambil lewa? adakah rawatan sebenarnya tidak dilakukan kerana........?