Showing posts with label cengkerama. Show all posts
Showing posts with label cengkerama. Show all posts

12 February 2009

Awas kepada para "pecengkerama"...

Berita ini hanyalah sekadar makluman mengenai apa yang sering berlaku di kawasan Anjung Kristal khusus kepada kawasan di penghujung Jalan Kristal 7/78 iaitu di sekitar taman permainan kanak-kanak. Seringkali dilihat kawasan ini telah cuba digunakan oleh para "pecengkerama" untuk `berehat-rehat mencari ketenangan' disebabkan kawasan yang agak strategik. Namun usaha mereka telah berjaya dibanteras oleh sebahagian para penduduk Anjung Kristal sendiri. Tahniah diucapkan kepada Brader Amir yang duduk dikawasan tersebut yang setakat ini telah berjaya menyoalsiasat dan menghalau para pecengkerama tersebut. Saya mewakili seluruh Anjung Kristal mengucapkan ribuan terima kasih di atas usaha dan keberanian beliau. Tidak ketinggalan juga ucapan tahniah kepada ahli-ahli squad cegah maksiat lain yang turut sama membantu.

Di antara kenderaan yang pernah digunakan dan kantoi adalah sebuah MyVi plet no. BHV 7581 dan Proton Waja plet no. WAJA 7014 (sengaja dimasukkan no kenderaan tersebut sebagai tanda peringatan kepada pecengkerama lain yang berniat nak buat benda yang sama, kerana sesungguhnya kawasan ini sentiasa dijaga dan dikawal bersama oleh seluruh penduduk Anjung Kristal. Mungkin di lain kali, kita akan masukkan gambar muka sekali).