Showing posts with label anjung kristal. Show all posts
Showing posts with label anjung kristal. Show all posts

09 April 2010

Gambar Foto Sekitar Sukan Kristal

Assalamualaikum,

Selepas tuan-tuan dan puan-puan bersabar, maka saya telah mengambil keputusan untuk menggunakan 'Slide' bagi mengongsikan sebanyak 100 keping gambar kita semua. Tuan-tuan boleh memuatturun untuk kegunaan peribadi sahaja. Sebarang kegunaan untuk tujuan lain perlulah mendapat kebenaran pemilik. Di harap kepada warga Anjung Kristal yang terlibat khususnya dan seluruh warga Anjung Kristal akan berpuashati dengan gambar-gambar yang dikongsikan ini.

Sekian terima kasih..


"Amaran dan Peringatan"... Mereka yang berbaju merah di dalam gambar ini bukanlah penyokong kuat Thaksin tetapi sekadar tema pasukan Anjung Kristal.... "MERAH"







08 April 2010

Karnival Sukan KRISTAL

Assalamualaikum,


Sabtu lepas telah diadakan karnival sukan yang telah dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Kristal Seksyen 7 dengan kerjasama PDRM. Anjung Kristal juga telah turut menghantar wakil. Gambar-gambar masih lagi difikirkan bagaimana hendak dikongsikan bersama. Tunggu dan bersabar... Sabar itu separuh dari imannnn.....


21 January 2010

Lagi gambar Potluck oleh Bro Meor...


Pada hari biasa, Bro Osman selalunya menguruskan bank tetapi pada hari potluck, beliau bertanggungjawab khusus (kira ketua la) menjaga air di samping Bro Hizam a.k.a Bro Hizam SB (Sirap Bandung) dan Bro-bro lain.

Berikut adalah gambar tambahan yang telah diambil oleh Jiran kita Bro Meor. Gambar ini adalah merupakan sebahagian sahaja kerana sebahagian lagi di dalam fail yang besar. InsyaAllah nanti kalau berkelapangan akan saya tolong masukkan.

Anjung Kristal Potluck 027


Gambar di atas ni adalah sebahagian rakan-rakan jiran kita yang turut menjayakan acara potluck ke 3 kita.


Gambar di bawah ni adalah "Busu & Geng Bas Sekolah". Terima kasih di atas bantuan mereka kerana turut menyumbangkan tenaga untuk pendaftaran.

Anjung Kristal Potluck 022


Gambar di bawah ini adalah sebahagian lagi gambar-gambar kita semua....




13 January 2010

Gambar Foto Potluck 3 -Set 2

Semasa majlis potluck tempoh hari, ada ramai jurugambar-jurugambar tidak rasmi. Wahh...! selain dari group memancing, boleh juga kalau kita wujudkan group photographer.. Boleh keluar outing mana-mana dan belajar antara satu sama lain.

Paparazzi

Kat bawah ni, kamera termuda... baru beli tu... pergh! Meleleh hingus Bro Edly menengoknya.

DSC_0283

Dibawah ni adalah slide gambar-gambar selebihnya. Saya tak sempat nak pilih dan oleh itu saya uploadkan semuanya sekali.


12 January 2010

Gambar Foto Potluck 3 - Set 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kumpulan manakah yang seronok sangat masa potluck hari tu?

XXL

Atau

Anak 7

Apa-apa pun, di bawah ni adalah sebahagian gambar potluck 3 yang telah diadakan di Anjung Kristal yang lalu pada 10.01.10. Gambar lain akan saya tambahkan kemudian untuk kita kongsikan bersama.



Lagi gambar potluck








Sila ke sini

15 December 2009

Maklumat Berkaitan MAJLIS POTLUCK 3

Jemputan Potluck 3


Salam Sejahtera,

Sebagaimana sedia maklum dan sepatutnya maklum, kita akan mengadakan majlis potluck yang ke-3 pada bulan Januari yang akan datang. Beberapa perancangan sedang diatur bagi menjayakan majlis tersebut. Merujuk kepada mesyuarat ringkas yang telah diadakan pada malam minggu yang lalu, edaran kad jemputan sepatutnya telah dilakukan dan kutipan sumbangan minimum RM10.00 juga turut dilaksanakan. Tuan-tuan dan puan-puan tidak dihadkan jumlah untuk sumbangan tersebut dan boleh menyumbang lebih sekiranya berkemampuan. Sumbangan tersebut adalah merupakan sumbangan ikhlas dan tiada paksaan.

Sumbangan tersebut adalah bertujuan untuk menampung segala perbelanjaan bagi menjayakan potluck tersebut. Sumbangan boleh diserahkan kepada ketua blok masing-masing. Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan tidak tahu siapakah ketua blok masing-masing, maka janganlah segan silu bertanya dengan jiran sebelah rumah tuan-tuan dan puan-puan.

Segala perancangan bagi menjayakan potluck ini nanti adalah bergantung kepada sumbangan kita semua. Maklumat selebihnya mengenai potluck akan dinyatakan dari semasa ke semasa di dalam laman blog ini.

Sekian, terima kasih.

07 December 2009

Al Fatihah...



Sabtu lepas kita semua telah dikejutkan dengan berita kematian rakan kita iaitu Allahyarham Rosli. Beliau dikatakan meninggal akibat masalah jantung. Mungkin masih ada yang tidak mengetahui dan tidak pasti rakan kita ini yang mana satu. Sila rujuk di gambar.


Setiap dari kitra akan merasinya sekali cuma bezanya beliau telah merasainya dahulu sebelum kita. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah... Aminnnn





Al-Fatihah....

02 December 2009

JEMPUTAN KE MAJLIS POTLUCK 3

Malam semalam, satu perbincangan ringkas telah diadakan secara bersama bagi mengadakan majlis Potluck 3 yang dijadualkan akan diadakan pada 10/01/10. Alhamdulillah, pada malam tadi komitmen telah diberikan oleh ramai ahli anjung dan diharapkan ianya akan dapat berterusan.


(Kalau tak nampak, takpa. Semua akan dapat. Sila lihat di peti surat anda minggu hadapan)

Perbincangan seterusnya akan diadakan pada malam minggu ini di tempat yang sama. Sekiranya cuaca tidak mengizinkan, perjumpaan akan diadakan di rumah Tn Hj Mohamad Stapar. Waktu...? Seperti biasa, malam minggu, pada jam 11.00 malam.

15 November 2009

Rukun Tetangga a.k.a Panduan Kejiranan

Kul 1.45 pagi sekejapjap tadi baru sahaja habis berukun tetangga. Aktiviti seperti biasa cuma pada kali ini, aktiviti dimulakan dengan memakan buah-buahan terlebih dahulu. Semua ini ditaja oleh Mr. Panjang. Rekod kehadiran pada malam ini mencecah angka yang sama macam Selasa lepas iaitu lebih kurang 20 orang. Host kali ini adalah Mr. Panjang dan Alhamdulillah, aktiviti ini masih dapat diteruskan dan masih bernyawa. Mungkin kerana aktiviti tidak dilakukan secara serius tetapi lebih kepada bersosial sesama jiran tetangga.


Jika disemak rekod kehadiran, dianggarkan seramai lebih kurang 30 orang (minimum) pernah menyertai aktiviti ini.Alhamdulillah sambutan setakat ini masih menggalakkan. Diharap akan lebih ramai lagi jiran tetangga yang akan dapat menyertainya. Kehadiran tidak diwajibkan tetapi lebih kepada rasa tanggungjawab sesama kita.

Berdasarkan kepada pemerhatian Geng Peronda Anjung Kristal, didapati masih ramai lagi di antara kita yang membiarkan keadaan belakang rumah masing-masing bergelap. Keadaan ini boleh mengundang bahaya. Kami pihak Geng Peronda Anjung Kristal sangat berharap sekiranya tuan-tuan dan puan-puan memasang lampu di belakang rumah masing-masing. Bil elektrik rasanya tak lah mahal sangat terutama kalau hanya memasang lampu kalimantang. Kami pihak peronda boleh membantu menjaga dan memeriksa kawasan belakang rumah tuan-tuan dan puan-puan tetapi diharap pihak tuan-tuan dan puan-puan juga dapat membantu menjaga keadaan rumah masing-masing. Ia adalah kerana tempoh jagaan adalah sangat terhad.

Di samping itu, diharap dapatlah sekiranya mana-mana tuan punya rumah yang mempunya i tanaman lalang dan rumput yang subur di belakang rumah, supaya menuai hasilnya dengan segera terutama rumah-rumah yang membelakangi bukit NKVE. Apalah hak kami untuk menegur tetapi dari pemerhatian, kawasan di belakang rumah tuan-tuan dan puan-puan adalah merupakan buffer zone kepada highway. Ditakuti sekiranya haiwan ternakan liar yang menjalar berlindung di sebalik tanaman tuan-puan.

Rasanya itu sahajalah laporan yang boleh diberikan dan diharap dapat berjumpa lagi... TQ.

12 November 2009

CADANGAN PINDAAN KE ATAS STICKER KERETA

Berikut adalah cadangan logo baru. Kepada ahli Anjung Kristal, tuan-tuan dan puan-puan boleh nyatakan komen anda. Kepada yang bukan ahli, jangan nak menyebok...heeeee. Jangan marah, nanti kena juai!
(LOGO 1)

(LOGO 2)

(LOGO 3)

26 October 2009

Percubaan Kedua - Rukun Tetangga

Mengadakan Rukun Tetangga ni sebenarnya amat baik tetapi kalau ditanya kepada mana-mana orang kat Malaysia ni, semuanya akan kata... "Alaaa... takkan lama bertahan punya! Mula2 ramai lah, lepas tu tinggallah ko sorang....". Betul tu dan sesiapapun tidak boleh menafikannya sama sekali. Namun begitu, kalau semua orang berfikir negatif macam tu, makanya semua benda takyah buat. Jika diperingkat awal lagi dah tak bagi sokongan, makanya benda yang boleh pun pasti takkan menjadi. Malahan mungkin ada sesetengah dari kita yang menanti dan berharap supaya ianya gagal supaya ia dapat membenarkan kata-kata mereka.......

RT Dusun2

Kepada mereka-mereka yang tertentu, cadangan mengadakan Rukun Tetangga ni telah pun dikemukakan pada peringkat awal kawasan Anjung Kristal ini diduduki. Dari borang soal selidik yang pernah diedarkan kepada lebih dari 100 buah rumah, hanya 2 orang sahaja yang bersetuju untuk mengadakan RUKUN TETANGGA ini. Ahli-ahli Anjung Kristal ini seterusnya secara majoriti bersetuju untuk tidak mengadakan Rukun Tetangga ini. Namun masalah keselamatan masih perlu diatasi dan ianya masih tidak dapat diselesaikan kerana sebahagian dari ahli Anjung Kristal yang berprinsip "Enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing". Ramai yang jadi penunggang dan mengikut sahaja tetapi tidak mahu memberikan idea. Tidak kurang juga ada yang tidak mahu jadi penunggang pun malahan mempertikaikan usaha untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan penduduk Anjung Kristal. Ada juga yang berprasangka serong terhadap cadangan penubuhan 'Jawatankuasa adhoc" ini. Namun hasil dari kesabaran dan sokongan sesama beberapa ahli, ianya diteruskan dan hasilnya boleh kita lihat sebagaimana sekarang di mana kita mengenali sesama lain.

RT5

Mungkin ada yang menyatakan bahawa dia tak kenalpun jirannya. Oleh itu, apa pula yang dimaksudkan dengan berjaya?.... Jawapannya mudah. Kalau kita nak kenal orang maka kita kenalah kenal orang dahulu. Kalau balik rumah asyik terperap sahaja dalam rumah, rumah sebelah kena pecah rumahpun kita takkan tahu. Kadang-kadang tu saya pun tidak faham kenapa mesti ada orang yang berperasaan sombong sesama jirannya. Kita semua maklum bahawa dia adalah bos besar ditempat kerjanya tetapi bila di Anjung Kristal, dia bukanlah bos sesiapapun.... Namun masih lagi ada yang beranggapan dia adalah bos besar dan semua orang kena dengar cakap dia. Ada pepatah melayu, "Ular menyusuri akar takkan hilang bisanya".

RT6

Saya memohon maaf sekiranya ada ayat yang mengusik jiwa tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Tajuk lain, caerita lain.... apa hal ni? Biasalah, kalau tak selit menyelit makanya takkan ada yang berminat nak baca pon.

RT3

Sabtu malam Ahad yang lalu, rakan-rakan kita masih berjaya mengadakan rukun tetangga di kawasan kita ni. Walaupun tempohnya terhad, namun sekurang-kurangnya ada juga orang yang sanggup nak meronda di belakang kawasan rumah tuan-tuan dan puan-puan yang gelap tu tatkala pemilik rumah tersebut enak dibuai mimpi. Namun saya ingin mengambil peluang untuk memberi komen sedikit. Apabila cadangan dikemukakan oleh beberapa rakan baru kita di Jalan 7/81 untuk mengadakan Rukun Tetangga, kami telah menyatakan bahawa cadangan tersebut agak sukar kerana kita pernah mencadangkannya dahulu dan tidak berjaya. Namun untuk tidak menghampakan, makanya kita telah mencadangkan supaya ianya diubahsuai dan lebih disosialkan supaya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim. Saya tidak akan ceritakan di dalam artikel ini dan biarlah mereka yang meyertainya sahaja yang tahu. Cerita panjang lebarpun tapi kalau kena tembak, nak buat apa.

RT4

Berbalik semula kepada cadangan tersebut, pandangan saya adalah: " Kalau kita mencadangkan sesuatu, maka sepatutnya kita ini sendiri bersungguh. Kalau cakap berdegar-degar tapi penghujungnya sunyi, maka ubah-ubahlah sikap tu. Janji pukul 11 maka silalah tepati. Nasib baik datang juga walaupun 1 1/2 jam lewat. Kalau sendiri pun lewat, apakan lagi orang lain....."

RT9

RT10

Walau apa pun, acara Rukun Tetangga Kedua boleh dianggap berjaya. Rondaan dibuat sehingga jam 2.00 pagi. Selepas tu kami semua menuju ke Kg Budiman untuk mengutip buah durian. Kembali semula ke Anjung lebih kurang jam 3.30 pagi di Meja Batu. Makan durian ramai-ramai mengeratkan hubungan silaturrahim. Alhamdulillah dapatllah 11 biji. Itupun ramai tak habis makan.

RT13

Apa-papun, Alhamdulillah diucapkan namun, lain kali kalau lepas makan, tolonglah bersihkan, penat Kak Zah nak bersihkan meja batu dia...hehehe

Rabu malam Khamis ni giliran Azman pula, amacam? ada yang berani? atau masih nak suruh kami yang tolong jagakan rumah kamu semua lagi?.....hehe. Kalau ada rezeki, lepas ronda kita gi kebun lagi....

RT Dusun1

Chik kata.." KONTOT TAPI TAJAM" laaaa kontot rupanya...hehe

21 October 2009

Percubaan Pertama - Rukun Tetangga

Aidil Fitri dah berlalu, makanya tiada lagi open house yang akan diadakan. Jika ada sekalipun, ianya tidak berkaitan dengan sambutan Aidil Fitri tetapi mungkin atas sebab yang lain.

Lanjutan dari sembutan/ jamuan Aidil Fitri yang telah diadakan oleh penghuni Jalan 7/81 yang lalu, satu mesyuarat tidak rasmi telah diadakan. Mesyuarat tersebut bertujuan untuk membincangkan cadangan Potluck 3 yang akan diadakan. Selain itu kami juga telah membincangkan beberapa perkara mengenai keselamatan. Mesyuarat telah dihadiri oleh lebih kurang 20-25 orang.

Hasil dari perjumpaan tersebut yang berlarutan sehingga 2 pagi tempoh hari, persetujuan telah dicapai untuk kita mengadakan percubaan RUKUN TETANGGA. Alhamdulillah, pada malam tadi (20/10/2009) ia telah dapat dimulakan. Ada lebih kurang 13 orang semuanya termasuklah yang menulis ni jugak...hehe.

Perjumpaan dimulakan dengan duduk berkumpul di Jalan 7/81, rumah no. 15 bermula pukul 10.00. Dekat pukul 11.00 kami semua telah berpindah berkumpul di pondok taman permainan. Setelah beberapa ketika, kami bergerak pula menyusuri jalan belakang di tepi bukit. Kepada penduduk yang tidak mengetahui, mungkin agak risau kerana kami berjalan di dalam keadaan meriah..(memang itu tujuannya supaya kawasan kejiranan kita nampak ada movement). Acara berakhir di Restoran Khulafa pekena Teh sebelum balik iaitu lebih kurang pukul 1.00 pagi. Di bawah ni antara acara permulaan yang sempat dirakamkan.


RT Intro

Abg Mat a.k.a 'kepala santan' telah mengetuai percubaan ini tapi dialah yang lambat sampai...kih..kih..kih.. Nasib baik dia ada basikal laju yang guna bateri..

RT Chief
Semasa gambar ni diambil, si 'Panjang' belum sampai. Walaupun rumahnya boleh nampak kat dalam gambar tu..

RT Team A
Percubaan ini juga telah dimeriahkan dengan kehadiran 'Chik' dan anak kucing tu....

RT Chik
Alhamdulillah, acara percubaan Rukun Tetangga ini telah berjaya mewujudkan perasaan tanggung jawab, mengeratkan hubungan, mengeluarkan peluh serta diharap ianya akan dapat diteruskan lagi.
Untuk makluman Penduduk Anjung Kristal, Acara sama akan diadakan pada hari Sabtu malam Ahad ini. Pada kali ini, host adalah Abg Mat di mana semua yang berminat dikehendaki berkumpul di rumah Abg Mat pada jam 11.00. Tak tahu di mana rumah Abg Mat? Tanya-tanyalah jiran sebelah tu. Ada berani????

20 September 2009

Salam Aidilfitri

Kepada semua penduduk Anjung Kristal Seksyen 7 Shah Alam dan semua pembaca blog ini, saya mengucapkan Salam Aidilfitri. Ampunkan segala kesalahan dan kesilapan. Sebagai manusia, kesalahan tetap akan dilakukan walaupun dah memohon sejuta kemaafan.....

30 March 2009

Siapa yang tak bayar bil elektrik?


28 Mac 2009 adalah hari sabtu terakhir di dalam bulan Mac. Oleh itu, sambutan Earth Hour telah berjalan serentak di seluruh dunia. Di Anjung Kristal juga tidak ketinggalan. Tahniah kepada mereka yang telah bersama2 menutup lampu selama 1 jam. Walau bagaimanapun, keseluruhan Anjung masih terang dan panas sebab lampu jalan masih bernyala.....

22 March 2009

Yuran Guaman & Kos Berkaitan....

Isu berkaitan bayaran kepada peguam bagi tujuan perserahan Memorandum Of Transfer (MOT) pada masa ini adalah merupakan isu perbualan sesama jiran kita pada masa ini. Ianya mula dibincangkan secara bersama bermula semasa majlis sambutan hari ulangtahun anak kepada Syammim pada hari Ahad yang lalu di rumah beliau.

Ramai di antara kita yang telah menerima surat mengenai pembayaran duti setem dan yuran guaman serta kos-kos berkaitan. Secara keseluruhannya didapati kadar yang dikenakan adalah berbeza-beza bergantung kepada syarikat guaman yang terlibat. Kadar keseluruhan adalah diantara RM5,900 hingga RM7,800 (Kadar bagi rumah yang harganya RM288,000).

Namun begitu, tidak semua pemilik yang telah menerima surat dari peguam masing2 termasuklah saya. Isu ini kemudiannya telah dibincangkan sekali lagi semasa sessi minum selepas perlawanan futsal pada hari Jumaat malam Sabtu yang lepas di Khulafa Restoren. Ianya telah dibincangkan bersama-sama di mana pada ketika itu, masing-masing kelihatan sebagai seorang "Profesional Loyar Buruk"...heehe.

Dipendekkan cerita, beberapa orang peguam yang betul telah dihubungi dan nasihat telah diperolehi. Akhirnya, kami bersetuju untuk mengumpulkan salinan photostat bil dan akan kita bincangkan item2 di dalamnya dengan bantuan peguam yang sebenar. Ianya bertujuan agar kita semua dikenakan bayaran yang lebih munasabah dan sebanding di antara satu sama lain.

Hasil dari itu, saya telah membuat semakan berkenaan yuran sebenar yang kita perlu bayar. Maklumat yang saya kemukakan ini adalah berdasarkan kepada rujukan di Malaysian Bar Council dan maklumat lain di dalam internet beserta maklumat dari beberapa orang peguam yang mempraktiskan bidang ini a.k.a. "
coveyancing practise".


Berdasarkan kepada 'Solicitor Remuneration Order 2005', bayaran yang boleh dikenakan oleh syarikat guaman adalah seperti di dalam jadual di sebelah. Syarikat guaman tidak dibenarkan sama sekali memberikan diskaun. Oleh itu, sekiranya terdapat syarikat guaman yang memberikan diskaun, maka ssyyy!!! diam2 jer. Jangan bising-bising tau.




Berdasarkan peraturan yang sama, ada dinyatakan bahawa;
"dalam hal apa-apa transaksi yang dokumen hakmilik individu atau hakmilik strata tidak dikeluarkan pada masa transaksi itu mula disempurnakan, saraan peguamcara yang menjalankan penyediaan dan penyempurnaan surat cara pindah hakmilik yang berikutnya hendaklah mengikut kaedah 2 atau 3 Jadual Keenam" (Situasi ini adalah sebagaimana situasi kita di mana hakmilik dikeluarkan kemudian)

Apakah yang dinyatakan di dalam Kaedah 2 atau 3 Jadual Keenam?. Sila baca di bawah;
"Jumlah saraan yang patut dan munasabah bagi peguamcara yang menyediakan dan meyempurnakan suratcara pindah hakmilik atau gadaian yang berikutnya hendaklah suatu fi yang tidak melebihi 25% daripada skala fi berkenaan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama"
Oleh itu, bayaran yang perlu kita buat adalah seperti berikut;
  1. Bayaran Duti Setem (kiraan seperti di dalam artikel sebelum ini)
  2. Bayaran guaman (25% dari yuran guaman semasa kita menandatangani S&P)
  3. Bayaran perserahan di Pejabat Tanah (lebih kurang RM300)
  4. 'Stamping' (RM10 satu dokumen) &
  5. Kos-kos lain ( Sila rujuk Solicitor's Remuneration Order 2005)
Sila semak sama ada peguam yang sama adalah peguam yang kita gunakan semasa membuat urusan pinjaman di bank. Sekiranya sama, maka bayaran yang tertera di dalam bil berkemungkinan lebih tinggi kerana caj yang sama akan juga dikenakan. Sekiranya kita menggunakan peguam yang lain semasa berurusan dengan bank, maka bersiap sedialah untuk menerima bil yang hampir sama bagi maksud memasukkan gadaian. Pendek kata, bagi rumah standard cam saya punya nih, bayaran semua sekali adalah lebih kurang RM7,000 - RM7,500. Bagi memudahkan rakan-rakan untuk menganggarkan bayaran yuran guaman, sila klik di bawah;


Untuk memuat turun Solicitor's Remuneration Order 2005, sila klik di bawah;




Maklumat yang dinyatakan di atas adalah ringkasan dan panduan asas sahaja. Perbincangan seterusnya akan kita lakukan sesama jiran dari semasa ke semasa. Untuk mengikuti perkembangan lanjut, pastikan yang anda telah mendaftar di Anjung Kristal's Yahoo Group.