Showing posts with label Potluck. Show all posts
Showing posts with label Potluck. Show all posts

21 January 2010

Lagi gambar Potluck oleh Bro Meor...


Pada hari biasa, Bro Osman selalunya menguruskan bank tetapi pada hari potluck, beliau bertanggungjawab khusus (kira ketua la) menjaga air di samping Bro Hizam a.k.a Bro Hizam SB (Sirap Bandung) dan Bro-bro lain.

Berikut adalah gambar tambahan yang telah diambil oleh Jiran kita Bro Meor. Gambar ini adalah merupakan sebahagian sahaja kerana sebahagian lagi di dalam fail yang besar. InsyaAllah nanti kalau berkelapangan akan saya tolong masukkan.

Anjung Kristal Potluck 027


Gambar di atas ni adalah sebahagian rakan-rakan jiran kita yang turut menjayakan acara potluck ke 3 kita.


Gambar di bawah ni adalah "Busu & Geng Bas Sekolah". Terima kasih di atas bantuan mereka kerana turut menyumbangkan tenaga untuk pendaftaran.

Anjung Kristal Potluck 022


Gambar di bawah ini adalah sebahagian lagi gambar-gambar kita semua....




13 January 2010

Gambar Foto Potluck 3 -Set 2

Semasa majlis potluck tempoh hari, ada ramai jurugambar-jurugambar tidak rasmi. Wahh...! selain dari group memancing, boleh juga kalau kita wujudkan group photographer.. Boleh keluar outing mana-mana dan belajar antara satu sama lain.

Paparazzi

Kat bawah ni, kamera termuda... baru beli tu... pergh! Meleleh hingus Bro Edly menengoknya.

DSC_0283

Dibawah ni adalah slide gambar-gambar selebihnya. Saya tak sempat nak pilih dan oleh itu saya uploadkan semuanya sekali.


12 January 2010

Gambar Foto Potluck 3 - Set 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kumpulan manakah yang seronok sangat masa potluck hari tu?

XXL

Atau

Anak 7

Apa-apa pun, di bawah ni adalah sebahagian gambar potluck 3 yang telah diadakan di Anjung Kristal yang lalu pada 10.01.10. Gambar lain akan saya tambahkan kemudian untuk kita kongsikan bersama.



Lagi gambar potluck








Sila ke sini

15 December 2009

Maklumat Berkaitan MAJLIS POTLUCK 3

Jemputan Potluck 3


Salam Sejahtera,

Sebagaimana sedia maklum dan sepatutnya maklum, kita akan mengadakan majlis potluck yang ke-3 pada bulan Januari yang akan datang. Beberapa perancangan sedang diatur bagi menjayakan majlis tersebut. Merujuk kepada mesyuarat ringkas yang telah diadakan pada malam minggu yang lalu, edaran kad jemputan sepatutnya telah dilakukan dan kutipan sumbangan minimum RM10.00 juga turut dilaksanakan. Tuan-tuan dan puan-puan tidak dihadkan jumlah untuk sumbangan tersebut dan boleh menyumbang lebih sekiranya berkemampuan. Sumbangan tersebut adalah merupakan sumbangan ikhlas dan tiada paksaan.

Sumbangan tersebut adalah bertujuan untuk menampung segala perbelanjaan bagi menjayakan potluck tersebut. Sumbangan boleh diserahkan kepada ketua blok masing-masing. Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan tidak tahu siapakah ketua blok masing-masing, maka janganlah segan silu bertanya dengan jiran sebelah rumah tuan-tuan dan puan-puan.

Segala perancangan bagi menjayakan potluck ini nanti adalah bergantung kepada sumbangan kita semua. Maklumat selebihnya mengenai potluck akan dinyatakan dari semasa ke semasa di dalam laman blog ini.

Sekian, terima kasih.

02 December 2009

JEMPUTAN KE MAJLIS POTLUCK 3

Malam semalam, satu perbincangan ringkas telah diadakan secara bersama bagi mengadakan majlis Potluck 3 yang dijadualkan akan diadakan pada 10/01/10. Alhamdulillah, pada malam tadi komitmen telah diberikan oleh ramai ahli anjung dan diharapkan ianya akan dapat berterusan.


(Kalau tak nampak, takpa. Semua akan dapat. Sila lihat di peti surat anda minggu hadapan)

Perbincangan seterusnya akan diadakan pada malam minggu ini di tempat yang sama. Sekiranya cuaca tidak mengizinkan, perjumpaan akan diadakan di rumah Tn Hj Mohamad Stapar. Waktu...? Seperti biasa, malam minggu, pada jam 11.00 malam.

10 February 2009

Sinar Harian Edisi KL & Selangor 8/2/2009


Di atas usaha salah seorang jiran tetangga kita yang juga merupakan salah seorang kakitangan Karangkraf iaitu Pn. Norhayati Ismail, berita mengenai aktiviti Potluck II telah dimasukkan ke dalam akhbar Sinar Harian Edisi KL & Selangor pada 8 Februari 2009. Atas persetujuan semua AJK, sebanyak 100 naskah akhbar telah dibeli dan diedarkan kepada sebahagian penduduk Anjung Kristal. Keutamaan telah diberikan kepada mereka yang telah membuat sumbangan minimum RM10.00 pada tempoh hari dan yang terdahulu.

Kepada warga Anjung Kristal yang tidak menerima salinan akhbar tersebut atau tidak berkesempatan membelinya pada hari tersebut, di bawah ini dimasukkan artikel berkenaan untuk dikongsi bersama. Untuk makluman semua, pihak editor akhbar Sinar Harian telah membuat keputusan memasukkan gambar kaum wanita kerana bilangan yang tidak ramai membolehkan gambar yang dicetak adalah lebih besar dan mudah dikenali.


18 January 2009

PotLuck II..18/1/09..




Salam to all komuniti anjung kristal..
Potluck II selamat diadakan pagi tadi..Dapatlah berjumpa dengan semua sahabat baru dan lama..Put a face to a name...
Macam2 ada! Yang pasti makanan mewah... Alhamdulillah..
Disini ingin membuat pengumuman mengenai aktiviti kesukanan a.k.a poco2 a.k.a senamrobik dirancang seperti dibawah:
Sabtu: 5.00-6.00ptg
Ahad: 7.30-8.30pagi

Kepada sesiapa yang rasanya nak membakar kalori meh ler join aktiviti ini!
Terbuka kepada semua!

*Gambar-gambar lain semasa Potluck II boleh lihat disini
Sekian
Wassalam


09 January 2009

Pelekat Kenderaan Anjung Kristal


Pelekat kenderaan di atas akan diedarkan pada Majlis Potluck 2 18hb Januari 2009. Sekeping pelekat akan diedarkan kepada setiap ahli/rumah. Untuk ahli/rumah yang perlukan pelekat tambahan, bayaran minimum 'at cost' akan dikenakan.
Kepada ahli yang memiliki motosikal, pelekat kenderaan berkaitan sedang diusahakan dan akan dibincangkan bergantung kepada kos dan keperluan.

06 January 2009

Jemputan ke Majlis Potluck 2


Wahai penduduk anjung kristal!! Potluck kembali lagi. Jangan lupa untuk bersama-sama memeriahkan majlis ini. Sumbangan amat dialu-alukan dan kutipan akan dibuat tidak lama lagi. Kepada ketua-ketua blok, tuan-tuan diharap agar dapat menghebahkan berita ini kepada jiran-jiran berdekatan anda.

28 July 2008

Jamuan Potluck Anjung Kristal




TAHNIAH..!!!! Kepada semua penduduk Anjung Kristal yang telah menjayakan majlis sarapan pagi beramah mesra yang telah diadakan secara potluck. Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang yang telah membuat sumbangan ikhlas sama ada dari segi wang, masa dan tenaga. terima kasih juga kita ucapkan kepada para tetamu khas iaitu wakil PKNS (tidak secara rasmi)dan wakil PDRM yang telah turut sama memeriahkan suasana dan penyerahan poster keselamatan.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, program ini adalah merupakan program sulung jawatankuasa adhoc komuniti Anjung Kristal dan program seumpama ini akan terus diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim sesama jiran tetangga.

Di bawah ini adalah gambar-gambar yang telah sempat saya rakamkan dan tuan-tuan dan puan-puan boleh memuat turun gambar2 tersebut sekiranya mahu. Dimaklumkan juga bahawa terdapat satu set lagi gambar yang telah dirakamkan oleh saudara Edly. Gambar tersebut akan saya siarkan di dalam blog ini apabila saya telah mendapatkan salinannya.

Sekiranya anda tidak dapat memuat turun gambar2 tersebut, anda boleh berbuat demikian melalui folder photos di dalam Yahoo Group Anjung Kristal.







(waa...!!!! kenapa gambar aku takder....)

20 July 2008

Anjung Kristal's Potluck Breakfast


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kepada semua penduduk Anjung Kristal, Seksyen 7 Shah Alam, tuan-tuan dan puan-puan adalah dijemput untuk hadir ke majlis sarapan pagi pada 27 Julai 2008 jam 8.45 pagi di Jalan Kristal 7/80B berhampiran dengan jalan masuk utama Anjung Kristal. Sarapan pagi ini akan diadakan secara "potluck". Sehubungan itu, tuan-tuan dan puan-puan dipohon agar dapat membawa makanan sendiri. Tidak perlu bawa terlalu banyak kerana setiap ahli yang hadir akan juga membawa makanan. Ini akan dapat mengelakkan pembaziran. Air akan disediakan oleh pihak urusetia. Walau bagaimanapun, sekiranya tuan-tuan dan puan-puan ingin membawa air untuk dikongsi bersama, "kecik tapak tangan, dulang saya tadahkan" .