Showing posts with label PKNS. Show all posts
Showing posts with label PKNS. Show all posts

28 October 2008

Anai-anai menyerang semula...


Kepada penduduk Anjung Kristal yang saya hormati, nampaknya masalah anai-anai ni datang semula. Sebelum ni saya dah tunjukkan gambar dan aduan anai-anai yang telah saya buat. Setelah lebih kurang 2 bulan menyepi, anai-anai ni muncul semula. Tapi kali ni dia menyerang pokok dihadapan rumah saya. Kesian pokok tu, dahla tak berapa nak sihat, sekarang ni diserang pula dengan anai-anai.


Setakat ni, saya tak berani nak usik sebab takut nanti dia pindah masuk rumah pula. InsyaAllah minggu ni saya akan buat laporan sekali lagi kepada PKNS. Saya berharap agar semua penduduk Anjung Kristal dapat membuat pemeriksaan ke atas rumah masing-masing kerana masalah ini bukan hanya di rumah saya sahaja. Kalau di rumah saya "makhluk" ni boleh masuk maka tidak mustahil dia akan "beraya" ke rumah tuan-tuan dan puan-puan juga.

Khalid,

No.9 Jln 7/78

20 August 2008

Anai-anai oh anai-anai

Salam sejahtera,

Adakah tuan-tuan dan puan-puan tahu bahawa rumah yang kita duduki di Anjung Kristal telah diberi perlindungan dari anai-anai oleh PKNS melalui syarikat Kamal & Kamal Pest Control. Jaminan yang dinyatakan adalah sehingga tahun 2011.

.

.


Walau bagaimanapun, selepas beberapa bulan diduduki, beberapa rumah di Anjung Kristal telah mula diserang oleh anai-anai. Sehingga sekarang telah terdapat 4 aduan yang dihantar ke PKNS. Walau bagaimanapun sehingga hari ini, pihak PKNS masih belum mengambil tindakan sepatutnya kerana PKNS mendakwa pihak Kamal & Kamal Pest Control tidak mahu datang mengatasi masalah ini. Laporan pertama yang dibuat adalah pada 1 Ogos 2008. 2 minggu selepas itu pihak PKNS telah datang bersama syarikat lain dan hanya membuat semburan biasa. Pihak PKNS telah berjanji akan menghantar surat kepada pihak syarikat bagi mengatasi masalah ini.

.

.


Mungkin rumah tuan-tuan dan puan-puan masih belum mengalami masalah ini. Walau bagaimanapun, cubalah tuan-tuan dan puan-puan intai-intai di dalam kawasan rumah sekiranya terdapat tanda. Berikut adalah contoh gambar peringkat awal serangan anai-anai.










Adalah sangat pelik apabila rawatan dan jaminan telah diberikan tetapi masalah tetap berlaku.... Adakah rawatan Kamal & Kamal tak bagus? Adakah rawatan dibuat sambil lewa? adakah rawatan sebenarnya tidak dilakukan kerana........?

28 July 2008

Jamuan Potluck Anjung Kristal




TAHNIAH..!!!! Kepada semua penduduk Anjung Kristal yang telah menjayakan majlis sarapan pagi beramah mesra yang telah diadakan secara potluck. Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang yang telah membuat sumbangan ikhlas sama ada dari segi wang, masa dan tenaga. terima kasih juga kita ucapkan kepada para tetamu khas iaitu wakil PKNS (tidak secara rasmi)dan wakil PDRM yang telah turut sama memeriahkan suasana dan penyerahan poster keselamatan.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, program ini adalah merupakan program sulung jawatankuasa adhoc komuniti Anjung Kristal dan program seumpama ini akan terus diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim sesama jiran tetangga.

Di bawah ini adalah gambar-gambar yang telah sempat saya rakamkan dan tuan-tuan dan puan-puan boleh memuat turun gambar2 tersebut sekiranya mahu. Dimaklumkan juga bahawa terdapat satu set lagi gambar yang telah dirakamkan oleh saudara Edly. Gambar tersebut akan saya siarkan di dalam blog ini apabila saya telah mendapatkan salinannya.

Sekiranya anda tidak dapat memuat turun gambar2 tersebut, anda boleh berbuat demikian melalui folder photos di dalam Yahoo Group Anjung Kristal.







(waa...!!!! kenapa gambar aku takder....)