13 February 2009

Peringatan Untuk Tahun Ini

Assalamualaikum wbr..
Esok 14 February, maka ramai lah umat islam akan turut mera'ikan Hari Memperingat Kekasih yang dianjurkan oleh kafir musyrikin... nauzubillah.. Untuk pengajaran kita semua... dan setiap tahun kena ingatkan kpd anak2 kita agar mereka faham HALAL dan HARAM..



Hukum Rai Valentine & Jual Bunga
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Soalan
Assalamualaikum ustaz,
Benarkah hukum menyambut hari Valentine adalah haram, bagaimana pula hukum menjual hadiah dan bunga kepada pasangan-pasangan bukan Islam?

JAWAPAN
Saya telah menyertakan jawab di ruangan artikel bahasa Inggeris, bagi membantu rakan-rakan yang kurang selesa memahami bahasa inggeris, disertakan jawapan ringkas saya berkenaan sambutan hari valentine.
Asal-usul Valentine
Tindakan mengaitkan pertengahan bulan Februari dengan cinta dan kesuburan sudah ada sejak dahulukala. Menurut tarikh kalender Athena kuno, periode antara pertengahan Januari dengan pertengahan Februari adalah bulan Gamelion, yang dipersembahkan kepada pernikahan suci Dewa Zeus dan Hera.
Di Roma kuno, 15 Februari adalah hari raya Lupercalia, sebuah perayaan Lupercus, dewa kesuburan, yang dilambangkan setengah telanjang dan berpakaian kulit kambing. Sebagai bagian dari ritual penyucian, para pendeta Lupercus meyembahkan korban kambing kepada sang dewa dan kemudian setelah minum anggur, mereka akan lari-lari di jejalanan kota Roma sembari membawa potongan-potongan kulit domba dan menyentuh siapa pun yang mereka jumpai. Terutama wanita-wanita muda akan maju secara sukarela karena percaya bahwa dengan itu mereka akan dikarunia kesuburan dan bisa melahirkan dengan mudah. (http://id.wikipedia.org/wiki/Hari_Valentine)
Justeru, secara ringkasan saya boleh simpulkan seperti berikut :-
1) Perayaan dalam Islam telah disebutkan oleh Nabi iaitu dari sabdaan Nabi SAW :

(إن لكل قوم عيدا وإن هذا عيدنا)

Ertinya : Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan masing-masing, dan ini (IdilFitri dan Idiladha) adalah perayaan kita" ( Riwayat AL-Bukhari, 952 ; Muslim, 1892)
Justeru, sebarang perayaan yang disambut oleh umat Islam mestilah terhad kepada dua perayaan ini sahaja.
Bagaimanapun, jika sesuatu majlis, keraian dan sambutan itu dianjurkan bukan atas asas atau nama agama serta tiada kaitan dengannya bahkan dibuat atas dasar adat semata-mata. Ianya boleh dan harus diraikan dengan syarat sambutannya tidak diserapi apa jua unsur maksiat dan syirik. Sebagai contoh sambutan kemerdekaan Negara, sambutan ulangtahun penubuhan sesebuah syarikat dan sebagainya. Cuma ia bukanlah disambut sebagai hari raya ketiga atau keempat, tetapi hanya sebagai majlis keraian setaraf dengan majlis perkahwinan dan sepertinya sahaja.
Ini bermakna, tujuan dan asal usul perayaan itu perlulah disemak. Maka jika disemak perayaan Valentine ini. Ternyata ia berasal dari cerita dongeng, karut dan syirik berakitan dewa dan sebagainya.
2) Tidak harus pula meniru orang Kafir dan ahli maksiat dalam meraikan majlis yang dianjurkan. Imam Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim telah menyebut bahawa telah Ijma' (sepakat keseluruhan Ulama) melarang penyerupaan dalam meraikan perayaan agama ( atas asas agama) selain Islam. ( Iqtidha, 1/454 ; Ahkam Ahli Zimmah, 2/722)
3) Islam tidak mengiktiraf hari kasih sayang. Kasih sayang dalam Islam bersifat universal, tidak dibatasi waktu dan tempat dan tidak dibatasi oleh objek dan motif. Hal ini sesuai dengan hadis :
"Cintailah saudara seislam seperti kamu mencintai dirimu sendiri." (Riwayat Bukhari).
Islam sangat melarang keras untuk saling membenci dan bermusuhan, namun sangat menjunjung tinggi akan arti kasih sayang terhadap umat manusia.
Rasulullah saw. bersabda : "Janganlah kamu saling membenci, berdengki-dengkian, saling berpalingan, dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Juga tidak dibolehkan seorang muslim meninggalkan (tidak bertegur sapa) terhadap saudaranya lebih dari tiga hari" (Muslim)
Kasih sayang dalam Islam diwujudkan dalam bentuk yang nyata seperti silaturahmi, menjenguk yang sakit, meringankan beban tetangga yang sedang ditimpa musibah, mendamaikan orang yang berselisih, mengajak kepada kebenaran (amar ma'ruf) dan mencegah dari perbuatan munkar
4) Sambutan hari Valentine hari ini menjadi semakin terkeji apabila ia menjurus kepada perlakuan maksiat, mengadaikan ‘dara' kepada kekasih yang bernafsu ‘syaitan' dan sepertinya.
5) Islam juga melarang umatnya dari terlibat, duduk serta bersekongkol dalam majlis yang mempersendakan Islam dan bercanggah dengannya. Ini dari firman Allah yang bererti :

وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا

"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam" ( An-Nisa : 140 )
Diriwayatkan dari Umar r.a. bahwa dia pernah mendengar Rasulullah s,a.w. bersabda:
"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah duduk pada suatu hidangan yang padanya diedarkan arak." (Riwayat Ahmad)
Maka majlis arak yang haram itu adalah sama hukumnya dengan majlis Valentine yang juga haram.
6) Hukum memberikan hadiah sempena hari Valentine juga adalah menjadi haram berdasarkan kaedah dari firman Allah : "Janganlah kamu bantu membantu dalam perkara dosa dan permusuhan"
Bagaimanapun hukum menjual bunga sahaja, ia tidak kurang dari kategori jualan yang syubhah, makruh atau haram khas di hari Valentine.
Diriwayatkan, ada seorang laki-laki yang memberi hadiah satu bekas arak kepada Nabi s.a.w., kemudian Nabi memberitahu bahwa arak telah diharamkan Allah. Orang laki-laki itu bertanya:
Lelaki: Bolehkah saya jual?
Nabi: Zat yang mengharamkan meminumnya, mengharamkannya juga menjualnya.
Lelaki: Bagaimana kalau saya hadiahkan raja kepada orang Yahudi?
Nabi: Sesungguhnya Allah yang telah mengharamkan arak, mengharamkan juga untuk dihadiahkan kepada orang Yahudi.
Lelaki: Habis, apa yang harus saya perbuat?
Nabi: Tuang saja di dalam parit air. (Al-Humaidi dalam musnadnya)
Justeru, kita dapat melihat bahawa benda yang haram, maka haram juga dijualnya mahupun dihadiahkan. Dalam hal menjual bunga, ia juga boleh menjadi syubhah di hari Valentine seperti ini, kerana diketahui ianya dibeli khas untuk mearikan Valentine yang haram. Seperti juga hokum menjual anggur kepada tukang buat arak yang telah diketahui. Ia tidak dibenarkan dalam Islam menurut pendapat yang terkuat.
7) Dilarang juga saling mengirim ucapan bersempena hari ini.

Sekian
Ust Zaharuddin
26 Muharram 1428 = 14 Feb 2007

Salam Jumaat 13 Feb 09/ 17 Safar 1430H

Salam kepada penduduk anjung kristal, semoga dilimpahi rahmat dan keberkatan selalu hendaknya..


Buat renungan minggu ini:
1.Kenapa perlu suka cium anak?
2.Kisah amalan dari Dr Fadhilah yang boleh dicontohi..
3. Nikmat memperbanyakkan sujud


Kenapa suka cium anak?
Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.
Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan.
Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."
Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail ..
Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."

Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."


2. Dr.Fadhilah Kamsah menulis ....

Assalamualaikum. .......

Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ...

Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan... either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain... samada kami perasan atau tidak ....so satu hari itu tergerak nak Tanya pasal isu ini kat mak ....

Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ....arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ....mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya ... makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..

Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam me
mbisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok... jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik... dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang
Qiam ... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ... Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali .....tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib .... dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya. ..dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.

"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu!

So,it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly....

Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you'll lose nothing. Wallahu A'lam...

Terima Kasih,

3. Nikmatnya Memperbanyak Sujud

Bersujud di hadapan Allah SWT termasuk ibadah yang paling mulia sekaligus sebagai saranan paling baik untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Karena, kata Rasulullah Saw, "Saat dimana seorang hamba paling dekat kepada Tuhannya, Allah Azza Wajalla, adalah ketika dia bersujud...." (HR. Muslim dari Abu Hurairah ra)

Namun, tahukah Anda bahwa dengan banyak bersujud maka muatan-muatan listrik yang ada dalam tubuh kita akan kelaur karena diserap oleh bumi (tanah)?

Abdurrahman Al-Asymawi, seorang ulama terkemuka berkebangsaan Mesir dalam bukunya yang berjudul Basysyiru Wa La Tunffiru mengatakan, setiap hari tubuh menyerap cahaya dan tenaga listrik magnetis yang tak sedikit jumlahnya melalui perangkat-perangkat listrik yang kita gunakan. Sehingga dengan demikian tubuh ini menjadi alat untuk menyerap cahaya listrik magnetis dalam jumlah banyak. Artinya, tubuh mengangkut sejumlah tenaga listrik tanpa kita sadari.

Ketika kita mengalami influenza, badan terasa pegal, berat, sesak, malas dan lemah, hal ini menandakan bahwa tubuh sedang merasakan sesuatu dari muatan magnetis tersebut. Lalu bagaimana jalan keluarnya?

Melalui riset ilmiahnya, seorang peneliti Barat yang non-muslim mengemukakan bahwa metode paling jitu untuk "mensucikan" tubuh dari kandungan listrik positif (yang berbahaya bagi tubuh) adalah dengan mengarahkan ubun ke bumi(tanah) lebih dari sekali. Karena, tanah itu sifatnya negatif maka ia akan menarik muatan lsitrik yang positif, yang terdapat dalam tubuh. Hal yang sama juga terjadi pada aliran (kabel) listrik dari gedung-gedung yang dialirkan ke dalam tanah. Tujuannaya adalah untuk menarik muatan listrik yang ada pada petir ke arah tanah.

Lebih jaun dia menjelaskan metode paling tepat adalah menempelkan ubun-ubun ke tanah secara langsung seraya memfokuskan arah pandangan ke arah pusat bumi. Karena, dalam keadaan seperti itu, muatan lsitrik yang ada dalam tubuh akan terserap oleh bumi sacara lebih kuat dan dalam jumlah yang banyak. Dan yang lebih mengagumkan adalah seperti yang kita ketahui bersama bahwa secara ilmiah pusat bumi adalah Makkah Al-Mukarramah. Lebih tepatnya lagi adalah Ka'bah, sebagaimana yang terdapat dalam kajian-kajian geografis dan disepakati oleh mereka yang ahli di bidangnya.

Jika demikian, sujud kepada Allah SWT yang kita lakukan setiap kali melaksanakan shalat adalah merupakan sarana yang paling tepat untuk membuang muatan-muatan listrik berbahaya tersebut, sekaligus menjadi sarana yang paling utama untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, Yang Maha Pancipta. "....maka, perbanyaklah oleh kalian bersujud," perintah Rasulullah (HR. Muslim dari Abu Hurairah).

Manfaat lain dari banyak bersujud adalah ampunan dan derajat yang tinggi di Allah SWT. Rasulullah saw bersabda, "Hendaklah kamu memperbanyak sujud. Sesungguhnya jika kamu sujud satu kali saja karena Allah, maka Allah akan mengangkatmu satu derajat dan menghapuskan satu kesalahanmu.'" (HR. Muslim dari Tsauban Abu Abdullah)

Maka, dengan memperbanyak sujud, dua beban tubuh yang berbahaya, yaitu muatan listrik dan dosa, akan berkurang sehingga tubuh pun terasa ringan.

Dalam Shahih-nya, Muslim meriwayatakan bahwa Abu Firâs Rabi'ah bin Ka'ab Al-Aslamiy-khadim (pelayan) Rasulullah SAW dan termasuk ahlusshuffah-berkata, Suatu kali saya bermalam bersama Rasulullah SAW. Saya menyediakan air untuk beliau berwudhu dan untuk kepentingan beliau yang lain. Melihat hal tersebut, Rasulullah saw bersabda,
"Mintalah!" Saya menjawab, "Saya mohon agar dapat menemanimu di dalam surga." Maka beliau bertanya, 'Apakah ada permohonan lainnya?" Saya menjawab, "Hanya itu, wahai Rasulullah." Beliau lalu bersabda, "Bantulah aku untuk mewujudkan permintaanmu itu dengan banyak bersujud."

Demikianlah Allah SWT mempersembahkan balasan yang terbaik bagi hamba-hamba-Nya banyak bersujud di hadapan-Nya

12 February 2009

Awas kepada para "pecengkerama"...

Berita ini hanyalah sekadar makluman mengenai apa yang sering berlaku di kawasan Anjung Kristal khusus kepada kawasan di penghujung Jalan Kristal 7/78 iaitu di sekitar taman permainan kanak-kanak. Seringkali dilihat kawasan ini telah cuba digunakan oleh para "pecengkerama" untuk `berehat-rehat mencari ketenangan' disebabkan kawasan yang agak strategik. Namun usaha mereka telah berjaya dibanteras oleh sebahagian para penduduk Anjung Kristal sendiri. Tahniah diucapkan kepada Brader Amir yang duduk dikawasan tersebut yang setakat ini telah berjaya menyoalsiasat dan menghalau para pecengkerama tersebut. Saya mewakili seluruh Anjung Kristal mengucapkan ribuan terima kasih di atas usaha dan keberanian beliau. Tidak ketinggalan juga ucapan tahniah kepada ahli-ahli squad cegah maksiat lain yang turut sama membantu.

Di antara kenderaan yang pernah digunakan dan kantoi adalah sebuah MyVi plet no. BHV 7581 dan Proton Waja plet no. WAJA 7014 (sengaja dimasukkan no kenderaan tersebut sebagai tanda peringatan kepada pecengkerama lain yang berniat nak buat benda yang sama, kerana sesungguhnya kawasan ini sentiasa dijaga dan dikawal bersama oleh seluruh penduduk Anjung Kristal. Mungkin di lain kali, kita akan masukkan gambar muka sekali).

10 February 2009

Sinar Harian Edisi KL & Selangor 8/2/2009


Di atas usaha salah seorang jiran tetangga kita yang juga merupakan salah seorang kakitangan Karangkraf iaitu Pn. Norhayati Ismail, berita mengenai aktiviti Potluck II telah dimasukkan ke dalam akhbar Sinar Harian Edisi KL & Selangor pada 8 Februari 2009. Atas persetujuan semua AJK, sebanyak 100 naskah akhbar telah dibeli dan diedarkan kepada sebahagian penduduk Anjung Kristal. Keutamaan telah diberikan kepada mereka yang telah membuat sumbangan minimum RM10.00 pada tempoh hari dan yang terdahulu.

Kepada warga Anjung Kristal yang tidak menerima salinan akhbar tersebut atau tidak berkesempatan membelinya pada hari tersebut, di bawah ini dimasukkan artikel berkenaan untuk dikongsi bersama. Untuk makluman semua, pihak editor akhbar Sinar Harian telah membuat keputusan memasukkan gambar kaum wanita kerana bilangan yang tidak ramai membolehkan gambar yang dicetak adalah lebih besar dan mudah dikenali.


Acara Kempis Perut di SIRIM...


Pada hari Ahad dan Isnin yang lepas (8hb & 9hb) aktiviti mengempiskan perut sebagaimana yang dirancang dan diatur telah dijalankan. Aktiviti dilakukan di gelanggang tennis SIRIM Shah Alam. Walaupun penyertaan hanya melibatkan seramai 6 orang warga Anjung Kristal namun bagi tujuan permulaan ini, ianya sudah cukup bagus banget. Antara mereka yang nak mengempiskan perut tersebut adalah Azizi, Azean, Izuan, Zainuddin, Edly dan tak ketinggalan Brader Chik. (penulis tidak bercadang mengempiskan perutnya..kih..kih..kih..)

Permainan pada hari Isnin yang lalu terpaksa dihentikan sementara waktu pada peringkat awal kerana hujan turun di kawasan Shah Alam walaupun tidak begitu lebat. Permainan disambung kemudiannya sehingga ke jam 11.30 pagi. Walaupun tempat agak terhad dan pemain tidak ramai, namun sekurang2nya aktiviti riadah sesama jiran tetangga telah dapat dijalankan secara bersama dan akan diteruskan lagi pada setiap hari Ahad.

Berikut adalah beberapa aksi terlampau yang telah dirakamkan. Untuk makluman semua, tiada pemain yang telah tercedera pada hari tersebut.

Chik berpasangan dengan Edly

Gaya Pro atau beginner nih... ke tgh menari poco-poco?

Tugu peringatan ke nih?

Kaki tak jejak bumi tu... pergh.!

Kenapa bang?, reket putus ker?

Aktiviti seterusnya kemudian telah disambung ke Khulafa Sek. 7 dengan aktiviti mengembangkan semula perut. Kepada sesiapa yang berminat nak join boleh hubungi Brader Azizi di talian 016-2631362.




( kepada pemain yang nak download gambar versi penuh, klik jer kat sebelah kanan blog )

07 February 2009

Salam Jumaat 6 Feb 09 / 10 Safar 1430H


ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ

Buat renungan minggu ini..

1. Madu Lebah - kajian Barat yang bertepatan dgn al-Qur'an.

2. Bagaimana menghilangkan marah


1. Madu

Bersesuaian dengan sabda Rasullullah SAW dan seperti yang dianjurkan dalam al-Quran tentang Madu Lebah, hasil kajian dunia barat yang dimuatkan didalam majalah Weekly World news, Kanada, mendapati bahawa Madu merupakan satu bahan yang boleh digunakan untuk apa saja jenis penyakit tanpa risiko kesan sampingan.. Walaupun madu itu manis, namun ia tidak memudaratkan walaupun kepada pengidap penyakit kencing manis.

Berikut dikongsi bersama hasil2 kajian tersebut dimana ia menyenaraikan beberapa kaedah penyembuhan penyakit yang boleh di amalkan dengan menggunakan kombinasi Madu dan kulit kayu manis.

Semoga bermanafa'at kepada semua

-ida-

Honey and Cinnamon

HERE'S THE CURE!!!!!!


~ Bet the drug companies won't like this one getting around ~


Facts on Honey and Cinnamon: It is found that a mixture of honey and cinnamon cures most diseases. Honey is produced in most of the countries of the world. Scientists of today also accept honey as a 'Ram Ban' (very effective) medicine for all kinds of diseases. Honey can be used without any side effects for any kind of diseases.


Today's science says that even though honey is sweet, if taken in the right dosage as a medicine, it does not harm diabetic patients. Weekly World News, a magazine in Canada, in its issue dated 17 January,1995 has given the following list of diseases that can be cured by honey and cinnamon as researched by western scientists:


HEART DISEASES:

Make a paste of honey and cinnamon powder, apply on bread, instead of jelly and jam, and eat it regularly for breakfast. It reduces the cholesterol in the arteries and saves the patient from heart attack. Also those who have already had an attack, if they do this process daily, they are kept miles away from the next attack.

Regular use of the above process relieves loss of breath and strengthens the heart beat. In America and Canada, various nursing homes have treated patients successfully and have found that as you age, the arteries and veins lose their flexibility and get clogged; honey and cinnamon revitalize the arteries and veins.


sambungan di sini


2. Bagaimana menghilangkan Marah

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair

"Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.".

Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu.

Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hamba nya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qais, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi mulai hari ini aku akan membebaskan kamu." Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.


sambungan di sini

05 February 2009

Program Kempis Perut Kaum Bapa...



Salam Sejahtera kepada semua penduduk Anjung Kristal. Satu cadangan dan usaha susulan dari Potluck 2 tempoh hari, iaitu program sukan (Tennis) sedang bergerak. Kepada semua ahli Yahoo Group Anjung Kristal dan yang masih belum menjadi ahli dah tentu telah menerima usulan tersebut melalui email pada tempoh hari.

Usaha sedang giat dirancangkan oleh Brader Azizi (gambar seperti kat sebelah nih..) dan dibantu oleh Brader Azian (bendahari). Setakat kini, respon belum menggalakkan walaupun ramai yang telah memberikan nama tempoh hari. Oleh itu, kepada mereka yang perutnya tak kempis2 dan mereka yang berperut kempis dan berminat, silalah bagi respon kepada brader azizi. Email beliau adalah askeasy@yahoo.com.

Pesanan kepada mereka yang berperut kempis..... "Perut anda tidak akan semestinya sentiasa kempis kerana satu hari nanti ia tidak lagi akan kempis. Oleh itu, bantulah mereka yang perutnya belum kempis".

Perut ku pon tak kempis gak tapi partner ku suka untuk mengekalkan keadaan yang tak kempis2 nih....