28 July 2008

Jamuan Potluck Anjung Kristal




TAHNIAH..!!!! Kepada semua penduduk Anjung Kristal yang telah menjayakan majlis sarapan pagi beramah mesra yang telah diadakan secara potluck. Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang yang telah membuat sumbangan ikhlas sama ada dari segi wang, masa dan tenaga. terima kasih juga kita ucapkan kepada para tetamu khas iaitu wakil PKNS (tidak secara rasmi)dan wakil PDRM yang telah turut sama memeriahkan suasana dan penyerahan poster keselamatan.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, program ini adalah merupakan program sulung jawatankuasa adhoc komuniti Anjung Kristal dan program seumpama ini akan terus diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim sesama jiran tetangga.

Di bawah ini adalah gambar-gambar yang telah sempat saya rakamkan dan tuan-tuan dan puan-puan boleh memuat turun gambar2 tersebut sekiranya mahu. Dimaklumkan juga bahawa terdapat satu set lagi gambar yang telah dirakamkan oleh saudara Edly. Gambar tersebut akan saya siarkan di dalam blog ini apabila saya telah mendapatkan salinannya.

Sekiranya anda tidak dapat memuat turun gambar2 tersebut, anda boleh berbuat demikian melalui folder photos di dalam Yahoo Group Anjung Kristal.







(waa...!!!! kenapa gambar aku takder....)

20 July 2008

Anjung Kristal's Potluck Breakfast


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kepada semua penduduk Anjung Kristal, Seksyen 7 Shah Alam, tuan-tuan dan puan-puan adalah dijemput untuk hadir ke majlis sarapan pagi pada 27 Julai 2008 jam 8.45 pagi di Jalan Kristal 7/80B berhampiran dengan jalan masuk utama Anjung Kristal. Sarapan pagi ini akan diadakan secara "potluck". Sehubungan itu, tuan-tuan dan puan-puan dipohon agar dapat membawa makanan sendiri. Tidak perlu bawa terlalu banyak kerana setiap ahli yang hadir akan juga membawa makanan. Ini akan dapat mengelakkan pembaziran. Air akan disediakan oleh pihak urusetia. Walau bagaimanapun, sekiranya tuan-tuan dan puan-puan ingin membawa air untuk dikongsi bersama, "kecik tapak tangan, dulang saya tadahkan" .

Tempoh Tanggungan Kerosakan (DLP)


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ramai di antara kita di kalangan penduduk Anjung Kristal telah terkeliru sama ada rumah yang kita duduki ini masih dibawah Tempoh Tanggungan Kecacatan atau tidak lagi. Kekeliruan mungkin timbul akibat maklumat yang telah disampaikan oleh "orang tertentu" secara salah. Untuk makluman semua, berdasarkan pertanyaan dengan pihak PKNS, kontrak pihak syarikat kontraktor sedia ada dan PKNS sebenarnya yang tamat. Segala kerosakan selepas ini perlulah dilaporkan terus kepada pihak PKNS dengan mengisi borang aduan. Pihak PKNS akan melantik mana-mana kontraktor lain untuk membaiki kerosakan tersebut. Tindakan serta merta mungkin tidak dapat dilakukan seperti sebelum ini.

Untuk makluman semua, Tempoh Tanggungan Kerosakan ini adalah selama 18 bulan selepas tarikh Penyerahan Milikan Kosong dan/ atau Penyerahan Kunci diberikan kepada pembeli. Sila rujuk kembali dokumen Perjanjian Jualbeli tuan-tuan dan puan-puan. Untuk memudahkan, di bawah ini saya masukkan ayat-ayat yang berkaitan:


SYARAT-SYARAT DALAM
TEMPOH TANGGUNGAN KECACATAN
  1. Merujuk kepada klausa26 di dalam Perjanjian Jual Beli yang telah ditandatangani di antara Perbadanan dan Pembeli, Perbadanan dengan ini menegaskan bahawa Perbadanan tidak akan bertanggung jawab ke atas apa-apa kerosakan, kekusustan atau kecacatan yang berlaku ke atas harta tersebut yang disebabkan oleh Pembeli terhadap harta tersebut sebelum tamatnya tempoh lapan belas (18) bulan kalendar selepas tarikh Penyerahan Milikan Kosong dan/ atau Penyerahan Kunci diberikan kepada pembeli.
  2. Sekiranya pengubahsuaian yang dilakukan oleh Pembeli terhadap Harta tersebut sebelum tamatnya tempoh tempoh yang tersebut di atas kemudiannya menyebabkan kerosakan dan kecacatan terhadap struktur bangunan harta yang bersebelahan dengannya, Pembeli akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang kerja yang perlu untuk membaik pulih harta tersebut.

Sekian, diharap tidak akan timbul kekeliruan di kalangan kita selepas ini. Setiap aduan seharusnya disusuli dengan "follow up" agar ianya akan dilakukan dengan lebih segera.

12 July 2008

Tentang Pelajar NR UiTM


Salam,

Sedikit Intro tentang NR


Unit Pengurusan NR (atau dahulunya dikenali dengan nama Unit Kebajikan NR).
NR adalah acronym bagi Non-Residents, atau NO-RUMAH..hihihihi...

Kes kami (Rumah 59, Jalan Kristal 7/78), semuanya adalah lepasan diploma dari UiTM Pulau Pinang. Dapat jer surat tawaran, dimaklumkan bahawa tiada tempat penginapan(kemudahan kolej) akan diberikan kepada kami. Untuk memberi laluan kepada pelajar lain yang mungkin lebih kurang bernasib baik daripada kami, dengan redha kami dok kat umah sewa. Hasrat UiTM untuk menampung 200 000 pelajar menjelang 2010 perlu dilihat secara positif meskipun pelbagai rintangan terpaksa dihadapi (chewah).

Bagi tujuan itu, pelajar yang tidak mendapat kemudahan penginapan dahulunya dianaktirikan (macam cerita indon petang2 tuh) sekarang ini diberi fokus kerana bilangan yang menyewa sekarang ini hampir 1/3 (kalau tak silap laa) daripada jumlah keseluruhan pelajar di UiTM.

Unit ini masih baru dan kekurangan tenaga kerja yang pada hemat saya serius (4 orang PPP-Pegawai Pembangun Pelajar) untuk menjaga sekitar Shah Alam dan Kelang dan seramai 7 orang Staf. (Sangat tak cukup..kalau jaga satu kolej boleh laa staf banyak tuu).

Saya dan rakan-rakan yang masih hijau tentang UiTM Malaysia(Shah Alam) nih sedang memikirkan tentang satu sistem komunikasi antara NR di Anjung Kristal. Paperwork on the way..

Berikut adalah pamphlet berkenaan Unit Pengurusan NR. (CLICK TO ENLARGE)



Muka Hadapan




Muka Belakang
P/S: Pegawai Pembangunan Pelajar(PPP) yang bertanggungjawab untuk segala masalah pelajar NR di Seksyen 7 adalah En. Ahmad Rais Bin Hj. Johari

Kalau ada apa2 pertanyaan atau apa-apa tentang NR UiTM bolehlah hubungi saya..

Regards,
MOHD HAFIZ SAFWAN MD RIJANI
Busu
59, 7/78

Back Lane Grill Quotation

Pemasangan grill di laluan belakang rumah adalah merupakan salah satu cara untuk mengurangkan risiko kecurian. Sehubungan itu Sdr. Azian Rohaidi jiran kita No. 3, 7/78 telah mengambil langkah proaktif untuk mendapatkan sebut harga bagi pemasangan tersebut. Pemasangan grill tersebut perlulah mendapat persetujuan kesemua ahli blok yang terlibat. Sekiranya semua bersetuju tetapi terdapat seorang yang tidak bersetuju, maka pemasangan tersebut tidak boleh dilaksanakan.

Oleh demikian, persepakatan dan permuafakatan adalah sangat perlu bagi menjayakannya. InsyaAllah, pemasangan tersebut akan dimulakan oleh Blok 1 dan Blok 2.



Kepada sesiapa yang mempunyai cadangan dan sebutharga lain yang lebih menarik, diminta mengemukakan kepada anjung kristal di alamat email - anjungkristal7@gmail.com



09 July 2008

Wireless Home Alarm System..






Berikut adalah surat quotation berkenaan sistem keselamatan yang dimaksudkan. Klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas.


Don’t take crime for granted. There’s no substitute for life and dignity. You work so hard to make your home a comfortable place to stay and not to put your family into trouble.

CAUTION ! !
PREVENTION IS THE BEST SOLUTION.




(kalau yang ini pon mahal gak, alternatif lain... jom ke Jalan Pasar atau Co ket bersama Adely!)

07 July 2008

Hotline.....



Sekiranya anda mendapati sesuatu yang mencurigakan atau mendapati orang-orang yang berada di dalam keadaan yang mencurigakan, maka tuan-tuan dan puan-puan dinasihatkan terus menalipon polis di talian seperti di bawah :-







BILIK GERAKAN Sek7 SHAH ALAM
- 03-55102220 -


BILIK GERAKAN IPK SHAH ALAM
- 03-55145206 -

CHIEF INSPECTOR ZAMRI
- 016-3768396

Berdasarkan perjumpaan dengan pihak polis tempoh hari di Surau Ar-Ryyan Seksyen 7, pihak polis memberi jaminan bahawa tindakan segera akan dilakukan sebaik sahaja menerima panggilan. Setakat ini tindakan seperti yang dijanjikan telah dilaksanakan. Syabbbaasss Inspector sahhab..

04 July 2008

Mrsclean Seksyen 7..

Salah seorang jiran aku nak buka kedai dia hari ahad ni 6/8/2008. Kedai dobi katanya... Erm berikut adalah kata-kata iklannya seperti yang diemailkan :
-
-
-


Salam Kpd Smua Penduduk Anjung Kristal,

Saya mengambil kesempatan ini untuk membuat sedikit promosi.

Buat makluman, sebuah kedai cucian kering dan cucian biasa, Mrsclean akan dibuka pd hari ahad ini, 06.07.08.

Alamat : No9, Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, 40000 Shah Alam. Bersebelahan Restoran Nasi Ayam Linda Onn.
Waktu perniagaan : 8.30 AM to 9.30 PM

Terdapat promosi sempena dengan pembukaan. Sila refer attached file dan juga blog syarikat
, www.mrsclean7.blogspot.com

Fokus Mrsclean :
1. Express Dry Cleaning
2. Laundry Wash
3. Household Wash

Jika terdapat pertanyaan, sila hubungi 0122000429/0162081745, Shahrul.

Harap maaf & sekian terima kasih
-
-
-

(Teringat plak gelaran Paklah masa dulu-dulu, depa panggil "Mr Clean". Ingatkan clean....rupanya sapu bersih sampai licin..kih..kih...kih.. Anyway, anyhow, pada sesapa yang tinggal di Shah Alam ni, korang pegilah cuba kat kedai dia. Cuba dulu baru tau.... Kalau nak diskaun, cari jer owner tu, tapi awal2 ni aku rasa jangan mintak diskaun. Kasi chancelah dia nak hidupkan kedai dia dulu. Esok dia dah maju, barulah kita mintak diskaun.)