20 July 2008

Anjung Kristal's Potluck Breakfast


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kepada semua penduduk Anjung Kristal, Seksyen 7 Shah Alam, tuan-tuan dan puan-puan adalah dijemput untuk hadir ke majlis sarapan pagi pada 27 Julai 2008 jam 8.45 pagi di Jalan Kristal 7/80B berhampiran dengan jalan masuk utama Anjung Kristal. Sarapan pagi ini akan diadakan secara "potluck". Sehubungan itu, tuan-tuan dan puan-puan dipohon agar dapat membawa makanan sendiri. Tidak perlu bawa terlalu banyak kerana setiap ahli yang hadir akan juga membawa makanan. Ini akan dapat mengelakkan pembaziran. Air akan disediakan oleh pihak urusetia. Walau bagaimanapun, sekiranya tuan-tuan dan puan-puan ingin membawa air untuk dikongsi bersama, "kecik tapak tangan, dulang saya tadahkan" .

1 comment:

syammim said...

Siapa ada set karaoke yg boleh di double sebagai PA system yg boleh dipinjamkan, harap dapat maklumkan agar majlis kita lebih lancar. Terima kasih!