20 July 2008

Tempoh Tanggungan Kerosakan (DLP)


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ramai di antara kita di kalangan penduduk Anjung Kristal telah terkeliru sama ada rumah yang kita duduki ini masih dibawah Tempoh Tanggungan Kecacatan atau tidak lagi. Kekeliruan mungkin timbul akibat maklumat yang telah disampaikan oleh "orang tertentu" secara salah. Untuk makluman semua, berdasarkan pertanyaan dengan pihak PKNS, kontrak pihak syarikat kontraktor sedia ada dan PKNS sebenarnya yang tamat. Segala kerosakan selepas ini perlulah dilaporkan terus kepada pihak PKNS dengan mengisi borang aduan. Pihak PKNS akan melantik mana-mana kontraktor lain untuk membaiki kerosakan tersebut. Tindakan serta merta mungkin tidak dapat dilakukan seperti sebelum ini.

Untuk makluman semua, Tempoh Tanggungan Kerosakan ini adalah selama 18 bulan selepas tarikh Penyerahan Milikan Kosong dan/ atau Penyerahan Kunci diberikan kepada pembeli. Sila rujuk kembali dokumen Perjanjian Jualbeli tuan-tuan dan puan-puan. Untuk memudahkan, di bawah ini saya masukkan ayat-ayat yang berkaitan:


SYARAT-SYARAT DALAM
TEMPOH TANGGUNGAN KECACATAN
  1. Merujuk kepada klausa26 di dalam Perjanjian Jual Beli yang telah ditandatangani di antara Perbadanan dan Pembeli, Perbadanan dengan ini menegaskan bahawa Perbadanan tidak akan bertanggung jawab ke atas apa-apa kerosakan, kekusustan atau kecacatan yang berlaku ke atas harta tersebut yang disebabkan oleh Pembeli terhadap harta tersebut sebelum tamatnya tempoh lapan belas (18) bulan kalendar selepas tarikh Penyerahan Milikan Kosong dan/ atau Penyerahan Kunci diberikan kepada pembeli.
  2. Sekiranya pengubahsuaian yang dilakukan oleh Pembeli terhadap Harta tersebut sebelum tamatnya tempoh tempoh yang tersebut di atas kemudiannya menyebabkan kerosakan dan kecacatan terhadap struktur bangunan harta yang bersebelahan dengannya, Pembeli akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang kerja yang perlu untuk membaik pulih harta tersebut.

Sekian, diharap tidak akan timbul kekeliruan di kalangan kita selepas ini. Setiap aduan seharusnya disusuli dengan "follow up" agar ianya akan dilakukan dengan lebih segera.

No comments: