Mungkin ramai diantara kita yang beranggapan bahawa memboikot ini tidak akan berhasil.... Ekonomi negara kita akan merosot dan sebagainya. Tetapi adakah kita sanggup kalau diberi senjata untuk pergi berjihad ke GAZA? Berbagai alasan juga akan kita berikan. Mungkin kalau nak menyalurkan kewangan kita tidak "mampu" sebab CT Nurhaliza yang boleh beli jam RM250,000 pon hanya menyumbang RM2,000. Itu pun kecoh sana sini.
Oleh demikian tindakan MEMBOIKOT adalah salah satu cara yang mudah dan sekurang2nya kita menunjukkan kebencian kepada mereka yang meyokong ISRAEL LAKNATULLAH dan sekutunya.
Tanpa mengira kaum, agama atau bangsa, adakah anda semua sanggup melihat apa yang berlaku kepada anak2 kecil yang diperlakukan sedemikian. Apa yang dipaparkan cuma kurang 1% dari apa yang lebih menyayat hati. APAKAH PERASAAN ANDA kalau ini berlaku kepada anak2 anda? Kalau setakat..."ishh, dasatnya" lepas tu perasaan anda kembali seperti biasa, maka cubalah lihat kembali siapa diri kita.
Senarai nama barang yang dipaparkan sebelum ini oleh rakan kita adalah sebahagian tetapi pasarayanya yang mana satu? Berdasarkan kenyataan oleh TESCO Malaysia terhadap Isu Palestine pada 9 Januari 2008, maka saya berpendapat TESCO adalah antara musuh kita yang tertinggal. ......"fikirlah sendiri"....
Sekadar menyokong tindakan rakan2 yang tetap dengan pendirian...
4 comments:
Sekadar pendapat je..
Aku tak pasti 'saranan' boikot ini secara koletkifnya membawa apa-apa perubahan baik pada kita atau musuh kita. Sedangkan 'saranan' yang telah digezetkan menjadi undang-undang (menjadi kesalahan kalau tak diikut)pun ramai orang buat selamba badak je, inikan pula 'saranan' kosong je.
Merokok di tempat awam dan double parking merupakan contoh betapa 'saranan' senang macam ni pun orang buat tak peduli. Atau mungkin aku ni jenis saudara seagama yang tak perlu disimpati.
p/s: baru balik makan kat hakim yang penuh asap rokok, pas tu nak balik jem gila.
asap rokok tu sebab dah terlebih duit kot..
double parking tu kalau less than 5 minit n ada tetengok kete yang ko park double parking tu takper la..
kita pun orang yang considerate kalau orangnya considerate..
Yang dibengangkan kalu orang double parking dan dia buat deek macam tak buat salah.. itu nak kene la..
Hidup ini ketentuan diri sendiri, tak perlu peraturan untuk menetapkan apa yang perlu dan tak perlu dilakukan..
Even kementerian kesihatan tulis kat tepi kotak rokok tu MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN, masih lagi orang dok hisap rokok.. kenapa?? sebab utama sikap.. ini tak boleh ditukar oleh orang lain kecuali empunya diri itu sendiri...
Tapi kita tak boleh membandingkan apa yang berlaku di Palestin itu dengan keadaan kita di sini...Memang tak skit pun sama..Mereka tidur ke mana..makan apa ntah lagi.. nyawa dihujung tanduk..
Kalau en rafie rasa restoran hakim tu penuh sesak dengan orang hisap rokok maka jauhkan lah tempat-tempat yang slalunya menjadi pusat lepak dikalangan muda-mudi..
"Kalau ada dikalangan umat Islam kita berkata 'Buat apa disibuk-sibukkan pasal isu Palestin?' atau 'Orang Palestin tu siapa suruh serang Isrel?' maka mereka adalah dikalangan umat Islam yang amat cetek imannya dan tidak mengerti pengertian Ukhwah dalam Islam.Kalau kita sebagai umat Islam tak merasa sedikit pun 'kesedihan' dengan nasib sedara seislam kita dan tiada sedikit pun 'kebencian' pada Israel Laknatullah.. tepuk dada tanya iman.." itulah yang dikatakan oleh Ustaz Zawawi..
sesungguhnya tugas untuk menyampaikan sesuatu perkara baik itu adalah wajib walaupun ia terasa pahit.
(Sebelum ada salah faham, aku bukan cerita pasal israel bunuh palestin tapi pasal saranan boikot sahaja. Rokok dan jem tu hanya contoh. Peduli apa kalau orang nak hisap rokok depan aku)
Yep.. betul tu. Aku setuju tetapi setiap benda patut dilihat dari sudut pro and con. Yang pro seperti apa yang semua orang cerita. Aku cume cerita yang contra je. Barulah dapat membuat pertimbangan dari dua sudut berbeza serta belajar memahami kenapa usaha boikot ni tidak memberi kesan seperti yang diinginkan.
Dah berapa kali Palestin kena serang, dan pada setiap kali itu juga kita boikot barang mereka. Adalah agak tak logik kalau tindakan boikot ini tidak termasuk dalam 'calculated risk' Israel.
Untuk mengelakkan orang kata aku ni pandai komen je, meh aku mencadangkan kalau nak boikot jugak, apa kata kita boikot barang Arab Saudi pulak. Sekarang ni Arab Saudi bersifat 'pasif protector' kepada Palestin. Setiap kali Palestin kena bom, setiap kali itu juga Arab Saudi tolong bagi dana bangunkan balik apa yang dah musnah. Namun untuk mempertahankannya tidaklah pulak.
Hubungan US dengan Arab Saudi sangat kamcing dan Arab Saudi pulak terletaknya kiblat umat Islam. Susah le aku nak tulis kat sini, tapi secara amnya kalau kita gempak Arab Saudi tentu ini akan memaksanya menjadi lebih aktf menjalankan peranannya samada untuk melobi US supaya melobi Israel jangan serang Palestin atau mengangkat senjata mempertahankan Palestin.
Dengan cara tu pilihan US/Israel bukan lagi nak berperang dengan Palestin atau tak? Tapi nak berperang dengan Arab Saudi atau tak? Berperang dengan Arab Saudi berarti berperang dengan kiblat umat Islam sedunia. Itu adalah 'calculated risk' yang belum pernah teruji.
---
Azam tahun baru aku nak bukak blog sendiri masih tak kesampaian. Tak best le nak tulis panjang-panjang kat blog public.
Post a Comment