ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ
(Credit to En Ahmad Shukri Ghazali,e-mail: shukri@sapuracrest.com.my )
Kandungan buat renungan minggu ini: Kegunaan ayat2 Allah.......
1. Amalan para wali terdahulu... ayat 6 surah Al 'Ala.
2. Surah utk bacaan ibu2 hamil
3. Antara kelebihan Al Fatihah
4. Tujuh Kalimah
5. Ayat2 lain yang boleh diamalkan..
6. Reminder (lampiran pdf)
7. Satu analisa ringkas menarik mengenai Yahudi vs Melayu... bacalah bila ada kelapangan (lampiran pdf)
Semuga bermanafa'at.
Wasalam.
1.Amalan para wali yang terdahulu..ayat 6 Surah Al'Ala
Minggu lepas, penceramah jemputan kuliah Zohor al fadhil Ustaz Abdul Rahim Nasir ada memberi sedikit panduan untuk kita dan anak-anak kita amalkan, tujuannya untuk cerdaskan otak, kuatkan daya ingatan. Baca ayat 6 surah Al 'Ala (Sanuq ri uka fala tansa) sebanyak 9 kali selepas solat subuh dan isyak.. sambil berniat dalam hati.. cerdaskanlah otak ku dan kuatkanlah daya ingatan ku.. insyaAllah.. ini adalah salah satu amalan para wali terdahulu...
2. Surah untuk bacaan ibu2 mengandung
Juga disarankan bagi ibu2 yang mengandung untuk rajin membaca surah-surah seperti surah Mariam, Yusuf dan Lukman.
3. Kelebihan Al-Fatihah
Antara kelebihan Al-Fatihah yang dipetik dari buku yang ditulis oleh Azahari Ibrahim dari Al-Azhar, semoga sedikit sebanyak dapat melapangkan fikiran serta membantu kita bermunajat kehadrat ilahi...insyaallah.
Menurut pendapat Al-Alamah Ibnu Qayyim mengenai Surah Al-Fatihah :
Tiap2 penyakit ada ubatnya, melainkan bila sampai ajalnya, walaupun begitu saya dapati pada surat Al-Fatihah beberapa kesan yang sangat menghairankan. Masa saya tinggal di Mekah, saya telah mendapat penyakit. Tidak ada doktor yang dapat mengubatinya. Dari sinilah mula saya mengubati diri saya dengan Al-Fatihah. Bukan sahaja saya mengamalkan sendiri, tetapi saya ajarkan kepada beberapa orang kawan dan sahabat2 yang mengidap penyakit berubat dengan Al-Fatihah. Maka merekapun sembuh dengan segera dengan izin Allah swt. Pada pendapat saya, berkesan atau tidaknya satu2 amalan dari ayat-ayat Al-Quran itu adalah terpulang kepada semangat orang yang mengamalkannya, jika dengan penuh keyakinan dengan satu-satu ayat itu bertauhidlah dan berserahlah kepada Allah. Semangat ayat-ayat itu akan memberi kesan dengan izinNya.
Syarat-syarat diterima amalan ini:-
1. Berwuduk, bersihkan pakaian, badan dan tempat duduk.
2. Mengadap kiblat
3. Jangan memutuskan/mencelah bacaan dengan sesuatu perkataan yang bukan darinya.
4. Baca mengikut bunyi huruf dan makhrajnya.
5. Tumpukan dengan penuh keyakinan kepada Allah dan berserah kepadanya.
6. Banyakkan permintaan itu dengan penuh harapan.
7. Yakinkan diri bahawa Allah akan mengkabulkannya.
Al-Fatihah dan Faedah-Faedahnya:-
Jika amalkan dan dikekalkan dengan membacanya sebanyak 41 kali di antara selepas sembahyang Subuh dengan sembahyang fardhu Subuh, insya'Allah akan:-
1. Dinaikkan pangkat jika dihajati sedemikian dengan izin Allah
2. Dimurahkan rezeki sehingga menjadi kaya dengan izin Allah
3. Dilepaskan dari hutang piutang yang banyak
4. Disembuhkan dari penyakit yang susah diubati
5. Dikuatkan semangat/tenaga jika sebelumnya lemah
6. Dimuliai dan disanjung ketika musafir/berdagang dan tetap tercapai cita-cita.
Kebaikan Wirid Al-Fatihah
Jika membaca Al-Fatihah sebanyak 100 kali sehari pada setiap selepas sembahyang sebanyak 200 kali akan :-
1. Dibersihkan akan hatinya
2. Dimudahkan pekerjaan
3. Dilepaskan dari dukacita
4. Dijauhkan dari mudarat
5. Diberikan kerajinan dan semangat
6. Tidak kecewa
7. Dijauhkan dari hasutan syaitan
8. Diilhamkan kebajikan
9. Diperbaiki kedudukannya
10. Dan lain-lain lagi.
Hikmah Air Fatihah
Bacakan Al-Fatihah sebanyak 40 kali ke dalam bekas yang ada air (airnya hendaklah sejuk, jangan masak). Setelah itu airnya disapukan ke bahagian muka, kepala, dua belah tangan dan kaki, perut dan mana-mana bahagian anggota yang nyata. Insyaallah dengan keberkatanNya penyakit-penyakit itu akan sembuh. Sesiapa mengidap sesuatu penyakit, maka bacakanlah Al-Fatihah sebanyak yang tersebut selepas itu bacakan doa ya berikut :-
"Ya Allah sembuhkan, kerana Engkaulah Yang Maha Penyembuh, Ya Allah lindungkan kerana Engkaulah Yang Maha Pelindung. Ya Allah, pulihkan kerana Engkaulah Yang Maha Pelindung".
Diberi minum air Al-Fatihah itu kepada orang yang mengidap penyakit itu dan disapukan ke muka serta ke seluruh badan.
Al Fatihah Bagi Menyelesaikan Segala Kerja Yang Rumit / Sulit
Bacakan Al-Fatihah 41 kali di waktu tengah malam, insyallah dimudahkan kerja atau urusannya itu.
Kebaikan Minyak Yang Dibacakan Al-Fatihah
Bacakan Al-Fatihah sebanyak 70 kali ke dalam apa juga minyak dan setelah itu disimpan. Amat baik bagi mengubati penyakit lumpuh, angin, bagi menguatkan saraf, sakit belakang dan pinggang. Caranya : Gosokkan minyak tersebut ke tempat-tempat sakit.
Al-Fatihah Bagi Meminta Sesuatu Hajat
Bacakan Al-Fatihah sebanyak 41 kali selepas sembahyang Maghrib dan jangan bergerak dari tempat duduknya sehingga selesai bacaan tersebut. Selepas itu bermohonlah pada Allah apa-apa hajat yang dikehendaki. Insyaallah diterima Allah dengan seberapa segera.
4. Tujuh Kalimah
Sabda Rasulullah SAW:"barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan."
1. Bismillahhirrahmanni rrahim: Pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Alhamdulliah: Pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
3. Astagfirrullah: Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4. Insyaallah: Jika ingin muelakukan sesuatu pada masa akan datang.
5. Lahaulawalaquatailla billah: Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
6. Innalillah... : Jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
7. Laailaahaillallah: Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah
Sambungan disini
23 January 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment