22 March 2009

Pengiraan Duti Setem


Salam Sejahtera,
Isu terkini di kalangan pemilik Anjung Kristal pada masa ini adalah mengenai pembayaran yang perlu dibuat kepada peguam masing2 yang melibatkan Duti Setem dan caj2 lain yang berkaitan.

Al maklumlah, rumah kita sekarang ni di dalam proses menukar nama di dalam hakmilik di mana nama perlu ditukar dari PKNS kepada individu2 yang sah (pembeli). So ramailah dikalangan kita termasuk saya yang risau dan pening kepala sebab duit tak berapa nak ada. Bagi rakan yang banyak duit dan berkepuk-kepuk, mereka tidaklah risau sangat.

Untuk makluman, rumah2 baru yang dipindahmilik dan dimajukan oleh pemaju yang berdaftar dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak memerlukan ianya dihantar ke Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta untuk dinilai. Kadar duti akan berdasarkan kepada harga jualan oleh pemaju sahaja. Pengenaan Duti Setem berdasarkan kepada Akta Setem 1949 berkaitan dengan pemindahan harta adalah seperti berikut;
  • RM100,000 yang pertama = 1%
  • RM100,001 - RM500,000 = 2%
  • RM500,001 dan selebihnya = 3%
Sebagai contoh, sekiranya rumah kita bernilai RM288,000.00, maka jumlah duti yang harus dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri adalah berjumlah RM4,760.00.

Itu baru duti setem yang perlu dibayar dan tidak termasuk bayaran2 lain seperti yuran guaman, yuran perserahan di pejabat tanah, 'stamping' dan lain-lain perbelanjaan.

Kepada rakan-rakan lain seperti Brader Chik, Razak dan Azman yang telah membeli rumah dengan harga yang lebih tinggi, bolehlah membuat kiraan sendiri. Sila klik link di bawah...


Diharap artikel ini akan dapat membantu dan saya akan kemukakan pula artikel berkaitan pembayaran yuran guaman di dalam artikel seterusnya untuk panduan kita semua.

No comments: