11 March 2009

Perlukan Perhatian dan Kasih Sayang....


Pada masa ini ramai dari penduduk Anjung Kristal menghadapi masalah dengan tikus a.k.a. Mak Menti atau Cik Ti. Memang banyak masalah yang telah dihadapi dan ianya sekarang menjadi salah satu topik hangat yang berkitar di dalam email Anjung Kristal (Siap ada gambar lagi).

So, ada berbagai-bagai cara telah dikemukakan seperti racun, perangkap dan ada juga yang menggunakan buah "Epal Malaysia". Namun ianya namapak agak kurang berkesan. Haiwan ini walaupun kecil dan comel, hehe.... tetapi membawa banyak masalah. Oleh itu, kepada sesiapa yang ada pengalaman dan kemahiran, silalah kongsikan bersama melalui email Group Anjung Kristal.

Kepada sesiapa yang membela kucing, pertajamkanlah kuku-kuku kucing masing-masing dan arahkannya supaya memerangi tikus ni. Itupun kalau kucing tu tau tikus tu amenda. Maklumlah kucing sekarang hanya kenal Friskies jer. Macam budak2 moden sekarang yang tahu makan ayam tapi tak pernah tgk ayam.

Orang tua2 kata, tikus ni jangan dimarah sebab nanti kalau dia dengar habis diamuknya semua. Sebab tu la diaorang panggil Mak Menti.....

1 comment:

Nukilan ida said...

pesanan orang tua tu memang lah betul.. kerana berpengalaman dok umah sewa kat tampin dulu..waduh.. habis semua penutup bekas tupperware dia gigit.. geram betul.. bila kita marah lagi dia buat.. yang lecehnya bagi racun ni kene jumpa mayatnya kat toilet.. waduh.. itu yang bercinta..