05 March 2009

rintihan hati si ibu tiri...

Salam sejahtera...

saya dengan ini ingin meluahkan isi hati yang terbuku... baru2 ini hidup saya telah menjadi semakin ceria dengan kehadiran anak tiri menemani diri ini... hidup saya tidak lagi sunyi seperti hari2 terdahulu, semenjak kehadiran dirinya...

namun, keindahan itu singgah hanya seketika di dalam plot kehidupan insan kerdil ini... segala nikmat ditarik balik dalam sekelip mata... anak tiri yang selama ini melengkapkan naluri keibuan, tidak pulang berhari2...

keadaan saya yang kini sarat mengandung telah memburukkan lagi keadaan... semakin hari saya makin sugul dan tertekan... makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak berdengkur... diharapkan kepada mereka yang ada berjumpa anak tiri saya ini, sudilah kiranya membawa dia balik ke kediaman saya...

kesunyian ini turut dirasai oleh sugardaddy2 saya, iaitu pemuda2 kacak 59@7/78 anjung kristal... mereka terkilan kerana kini tidak lagi berpeluang untuk bergurau senda dengan anak tiri saya...

bantulah saya untuk kembali ceria...

yang binatang;
CHOKI
(bukan nama sebenar)

anak tiri yang dimaksudkan...

termenung jauh terkenangkan dirinya...

di saat2 indah bersama...

tidur yang terganggu dek igauan2 ngeri...

2 comments:

Farah said...

Beruntungnyer Chomel dpt 2 bonda! Dr Ida & Choki. Menitik ayor mata bace kisah jejak kasih nih.. touching uuu..

heretic preacher said...

hahaha... busu lagi a kak, sampai meleleh air hidung... sebab gelak a tapi hihi