Isu berkaitan bayaran kepada peguam bagi tujuan perserahan Memorandum Of Transfer (MOT) pada masa ini adalah merupakan isu perbualan sesama jiran kita pada masa ini. Ianya mula dibincangkan secara bersama bermula semasa majlis sambutan hari ulangtahun anak kepada Syammim pada hari Ahad yang lalu di rumah beliau.
Ramai di antara kita yang telah menerima surat mengenai pembayaran duti setem dan yuran guaman serta kos-kos berkaitan. Secara keseluruhannya didapati kadar yang dikenakan adalah berbeza-beza bergantung kepada syarikat guaman yang terlibat. Kadar keseluruhan adalah diantara RM5,900 hingga RM7,800 (Kadar bagi rumah yang harganya RM288,000).
Namun begitu, tidak semua pemilik yang telah menerima surat dari peguam masing2 termasuklah saya. Isu ini kemudiannya telah dibincangkan sekali lagi semasa sessi minum selepas perlawanan futsal pada hari Jumaat malam Sabtu yang lepas di Khulafa Restoren. Ianya telah dibincangkan bersama-sama di mana pada ketika itu, masing-masing kelihatan sebagai seorang "Profesional Loyar Buruk"...heehe.
Dipendekkan cerita, beberapa orang peguam yang betul telah dihubungi dan nasihat telah diperolehi. Akhirnya, kami bersetuju untuk mengumpulkan salinan photostat bil dan akan kita bincangkan item2 di dalamnya dengan bantuan peguam yang sebenar. Ianya bertujuan agar kita semua dikenakan bayaran yang lebih munasabah dan sebanding di antara satu sama lain.
Hasil dari itu, saya telah membuat semakan berkenaan yuran sebenar yang kita perlu bayar. Maklumat yang saya kemukakan ini adalah berdasarkan kepada rujukan di Malaysian Bar Council dan maklumat lain di dalam internet beserta maklumat dari beberapa orang peguam yang mempraktiskan bidang ini a.k.a. "coveyancing practise".
Berdasarkan kepada 'Solicitor Remuneration Order 2005', bayaran yang boleh dikenakan oleh syarikat guaman adalah seperti di dalam jadual di sebelah. Syarikat guaman tidak dibenarkan sama sekali memberikan diskaun. Oleh itu, sekiranya terdapat syarikat guaman yang memberikan diskaun, maka ssyyy!!! diam2 jer. Jangan bising-bising tau.
Berdasarkan peraturan yang sama, ada dinyatakan bahawa; "dalam hal apa-apa transaksi yang dokumen hakmilik individu atau hakmilik strata tidak dikeluarkan pada masa transaksi itu mula disempurnakan, saraan peguamcara yang menjalankan penyediaan dan penyempurnaan surat cara pindah hakmilik yang berikutnya hendaklah mengikut kaedah 2 atau 3 Jadual Keenam" (Situasi ini adalah sebagaimana situasi kita di mana hakmilik dikeluarkan kemudian)
Apakah yang dinyatakan di dalam Kaedah 2 atau 3 Jadual Keenam?. Sila baca di bawah; "Jumlah saraan yang patut dan munasabah bagi peguamcara yang menyediakan dan meyempurnakan suratcara pindah hakmilik atau gadaian yang berikutnya hendaklah suatu fi yang tidak melebihi 25% daripada skala fi berkenaan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama" Oleh itu, bayaran yang perlu kita buat adalah seperti berikut;

- Bayaran Duti Setem (kiraan seperti di dalam artikel sebelum ini)
- Bayaran guaman (25% dari yuran guaman semasa kita menandatangani S&P)
- Bayaran perserahan di Pejabat Tanah (lebih kurang RM300)
- 'Stamping' (RM10 satu dokumen) &
- Kos-kos lain ( Sila rujuk Solicitor's Remuneration Order 2005)
Untuk memuat turun Solicitor's Remuneration Order 2005, sila klik di bawah;
No comments:
Post a Comment