28 February 2009

Rumah Anak-Anak Yatim/Miskin TamanBaiduri,Dengkil

Salam dan selamat sejahtera kepada semua penduduk di Anjung Kristal..
Semoga sihat2 selalu hendaknya..

Disini saya ingin membuat pengumuman..
Kepada sesiapa yang ada pakaian2 terpakai untuk kanak2 lelaki yang masih elok dan ada barang2an seperti dibawah untuk disedekahkan kepada anak2 yatim bolehlah menghantar kepada saya kerana saya akan berkunjung ke rumah anak yatim ini Insyallah hujung minggu depan..

Barangan keperluan adalah seperti di blog dibawah:

http://rumahanakyatimdengkil.blogspot.com

Sekian, terima kasih atas kesudian tuan/puan.

Salam Jumaat 27 Feb/ 2 RabiulAwwal 1430H


Assalamualaikum wbr.
Renungan untuk minggu ini.

PENTINGNYA SOLAT ISTIKHARAH DALAM KEHIDUPAN HARIAN KITA


Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.


Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;

Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: "Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran.

Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

"Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya."


Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.

Sebagai satu iktibar dan renungan penulis ingin berkongsi beberapa contoh kisah benar yang berlaku di kalangan sahabat-sahabat yang terlupa mengamalkan solat istikharah. Nama dalam kisah ini bukan nama sebenar.

Kisah-1

Setelah berpindah randah dari satu rumah sewa ke rumah sewa, akhirnya tergerak hati Salim untuk memiliki rumah sendiri. Lalu dia melihat iklan di surat khabar dan berkenan dengan tawaran rumah yang agak munasabah harganya. Rumah tersebut masih belum dibina lagi tetapi pihak pemaju telah menawarkan pakej jualan yang istimewa. Pihak pemaju perumahan memberi jaminan rumah tersebut akan siap dalam masa dua tahun. Salim berminat dengan rumah tersebut lalu terus membelinya. Kini lima tahun telah berlalu, projek perumahan itu telah terbengkalai kerana pemaju telah bankrupt. Salim terpaksa membayar ansuran bulanan hutang kepada bank walaupun rumah yang diidamkan masih tidak wujud.


Kisah-2

Abu dan Salmah telah berkahwin selama 4 tahun. Mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata. Anak yang sulung telah berumur 3 tahun dan yang kedua masih 8 bulan. Mereka berasa agak susah hendak ke sana kemari kerana hanya memiliki motosikal. Satu hari Salmah mencadangkan kepada Abu untuk membeli kereta. Abu lalu terus pergi ke Perodua Show room untuk melihat-lihat kereta. Dia berkenan dengan model Kelisa lalu terus membelinya. Selang sebulan keretanya kena curi. Dah enam bulan berlalu keretanya masih tidak ditemui, tetapi dia masih membayar ansuran bulanan dengan pihak bank kerana pampasan yang pihak insurans bagi tidak mencukupi untuk melangsaikan bayaran baki hutang dengan pihak bank.


Kisah-3

Munirah akhirnya terpikat dengan pujukan rakan satu ofisnya Hafsah untuk melabur dalam satu skim pelaburan di internet. Dia akhirnya mengeluarkan sehingga RM10,000 untuk pelaburan tersebut. Dua tahun telah berlalu duit pelaburannya lesap tak nampak bayang.


Kisah-4

Rashid dan Zakiah telah mempunyai tiga orang anak. Mereka bercadang untuk mengambil pembantu rumah Indonesia. Mereka pergi ke agensi pembantu rumah dan terus memilih seorang pembantu rumah yang terdapat dalam senarai biodata. Selang dua bulan pembantu rumah pun sampai dan berkhidmat kepada mereka seperti yang dijangkakan. Tiga bulan berlalu tiba-tiba pada satu hari didapati pembantunya telah lari dari rumah.


Kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar di mana penulis sendiri bertanya kepada mereka adakah mereka telah melakukan Solat Istikharah sebelum memilih atau membuat keputusan. Mereka kata langsung tak terfikir hendak melakukannya.


Kisah -5

Iskandar berumur 40 tahun telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak. Suatu hari dia mendapat telefon dari kawan baiknya Jaafar. Jaafar hendak memberikan satu hadiah istimewa kerana jasa Iskandar yang telah menyelesaikan masalah keluarganya. Jaafar hendak menawarkan kepadanya perbelanjaan pakej menunaikan haji untuk suami isteri ditanggung sepenuhnya iaitu RM15,000 setiap orang. Hati Iskandar gembira bukan kepalang kerana sudah lama dia mengidam untuk menunaikan haji. Lagipun duit simpanan dalam tabung hajinya baru RM3000. Iskandar tidak terus menerima hadiah tersebut sebaliknya dia memberi tempoh tiga hari untuk membuat keputusan. Iskandar melakukan Solat Istikharah tiga malam berturut-turut. Pada hari keempat dia berjumpa Jaafar mengatakan dia sangat berat untuk menerima hadiah tersebut. Dia mengatakan ingin pergi menunaikan haji dengan duit pendapatan sendiri. Jaafar agak kecewa, dipujuknya namun Iskandar tidak terima juga. Selang dua bulan selepas itu baru Iskandar mendapat tahu duit yang hendak diberikan kepadanya itu adalah dari duit riba iaitu interest bank konvensional akaun simpanan tetap Jaafar. Jaafar telah tersalah sangka. Disangkanya bahawa duit riba boleh dihadiahkan kepada orang lain tetapi tidak boleh digunakan sendiri.


Kisah-6

Cikgu Imran telah mendapat arahan pertukaran sekolah dari Sabak Bernam ke Sandakan. Bila menerima surat tersebut hatinya agak gembira kerana ingin memberi khidmat di kawasan pedalaman. Baginya tidak ada masalah sebab masih bujang, dan teringin sangat hendak ke Sabah. Dia solat Istikharah walaupun keputusan telah ditetapkan oleh kementerian kepadanya. Dia berdoa "Ya Allah kalau pemergian aku ke Sandakan ini baik untukku dan agamaku maka permudahkanlah jika tidak kau gantikanlah dengan yang lebih baik dan sempurna". Selang dua minggu Pengetua disekolahnya memberitahu kepadanya pertukaran dia ke Sabah di tarik balik disebabkan masalah teknikal. Dia rasa agak pelik namun tidak kecewa malah tetap gembira kerana telah melakukan solat istikharah. Dia yakin ini yang terbaik di pilih oleh Allah untuknya. Selang sebulan dia bertemu Jodoh dengan Ustazah (al-Hafizah) yang baru berpindah di taman tempat dia tinggal.


Semua kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran. Yang pastinya kita tidak akan rugi di dunia dan akhirat bila beramal dengan Solat Istikharah ini.


Dewasa ini ramai di kalangan kita hendak membeli rumah yang berharga lebih RM200,000. Bayaran balik mungkin mengambil masa selama 20 hingga 25 tahun. Dalam tempoh tersebut macam-macam perkara boleh terjadi. Jika sekiranya kita melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah tersebut, pasti Allah akan mendorongkan kita membuat pilihan yang tepat dan memudahkan segala urusan. Penulis ada bertemu dengan beberapa sahabat yang melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah, Alhamdulillah segala urusan menjadi mudah dan dapat membayar balik hutang rumah lebih awal daripada yang dijangkakan.

Seperkara lagi, supaya Allah SWT memakbulkan doa kita, jauhilah segala bentuk pinjaman yang ada unsur-unsur riba' seperti dari sistem konvensional. Pilihlah sistem perbankan Islam semoga Allah memberikan keberkatan dan menurunkan rahmatnya sepanjang tempoh pinjaman di buat. Walaupun ada pendapat mengatakan tiada sistem yang benar2 mengikut Islam di Malaysia, namun ikutlah sistem pilihan yang terbaik yang disediakan.. Yakin dan percayalah jika kita mengikut suruhan Allah, pasti Allah akan meredhai dan membantu kita di ketika senang dan susah. Jika Allah bantu kita tiada sesiapa yang boleh menghalangnya.


Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;

* Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.

* Niatnya "Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta'ala"

* Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

* Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

* Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu).


Terjemahan Doa' :

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (...sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (...sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada kita semua.

Wallah hu 'alam

23 February 2009

The 5 minutes Club...

Permainan Futsal oleh Komuniti anjung Kristal yang dijadualkan pada Jumaat malam Sabtu 20hb February 2009 telah tidak dapat dijalankan kerana gelanggang telah penuh. Untuk mengatasi masalah tersebut, pengelola iaitu Pokcik Busu telah menjadualkannya semula pada pagi Sabtu dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi, 21hb February 2009.



Maka pada pagi Sabtu tersebut, berkumpullah ahli Anjung yang telah memberikan komitmen untuk bermain di kawasan "meja batu" pada jam 9.30 pagi. Setelah berkumpul dan dikumpulkan maka mereka telah bertolak ke Sportplanet seksyen 16 untuk permainan yang dijadualkan.



Berdasarkan rekod, didapati seramai 22 orang telah menyertai permainan ini dan masing-masing telah menyumbangkan RM10.00 bagi menampung kos sewa gelanggang. Rakan-rakan pelajar sepatutnya tidak dikenakan bayaran tetapi oleh kerana mereka ni dah kaya agaknya, maka mereka juga turut menyumbang sebanyak RM5.00. Walau bagaimanapun, berdasarkan gambar di atas, jumlah sebenar yang bermain adalah seramai 24 orang. (Busuu...!! cuba check nama sapa yang tertinggal nih?)


Alhamdulillah, penyertaan adalah terdiri dari berbagai umur, dari 20an hinggalah 50an. Pada hari tersebut, ramailah yang menunjukkan skill masing-masing dan tak kurang juga yang terlupa nak bawa 'pam'. Walaupun mengalami kepancitan, namun dari riak muka masing-masing kelihatan rasa seronok dan gumbira dengan acara tersebut.

(Agak-agaknya dalam gambar kat atas ni, sapa yang lupa bawak pam?...)

Akibat keseronokan yang tak terhingga, makanya pada minggu depan permainan ini akan diteruskan sehingga mana yang mampu atau sehingga pemain beralih kepada permainan lain pula.


Selain dari para pemain, terdapat juga warga Anjung yang turut hadir untuk menyaksikan permainan tersebut. adalah diharapkan pada masa depan, akan lebih ramai lagi warga Anjung yang akan dapat meyertai acara-acara sukan yang dianjurkan.

Kepada semua yang terlibat, saya memohon maaf kerana gambar yang kurang berkualiti. Al-maklumlah, amatur.... kalau "Pro" lainla. Gambar-gambar lain akan diuploadkan ke ruangan sebelah.


p/s ; Lepas nih ada rancangan pula nak main "Paintball"....

22 February 2009

Salam Jumaat 20 Feb 09 / 24 Safar 1430H

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ
Salam kepada Penduduk Anjung Kristal, semoga dalam keadaan sihat dan diberkati olehNya sentiasa...
Untuk renungan minggu ini, maaf dipinta kerana lambat dimasukkan..
1. A story worth reading..
2. Saya solat lima waktu tapi....
3. Berkongsi maklumat mengenai info terkini dunia Islam... sila layari: http://muslimco.com/alaqsa.html
4. Gunakanlah produk ISLAM tempatan. (rujuk gambar - ubat gigi dari CHINA yg belum pasti halal-haramnya)
-----Original Message-----
From: noor aini raimi
To: TKC-MCE72@yahoogroups.com;

1. A Story Worth Reading .

Since last night my young son has been unwell. When I got back from Work this evening I decided to take him to hospital despite my exhaustion.

There were many waiting; perhaps we will be delayed by more than an hour. I took my number and sat down in the waiting room. There were
many faces, young and old, but all silent. Some brothers made
use of the many booklets available in the waiting room.

Some of those waiting had their eyes closed, while others were looking around. Most were bored. Once in a while the long silence was broken
by a nurse calling out a number. Happiness appears on the one whose turn it is, and he gets up quickly; then silence returns.

A young man grabbed my attention. He was reading a pocket-sized Qur`an continuously; not raising his head even once. At first I did not think

much about him. However, after one hour of waiting my casual glances turned into a deep reflection about his lifestyle and how he utilizes
his time. One hour of life wasted! Instead of making benefit of that hour, it was just a boring wait. Then the call for prayer was made. We
went to prayer in the hospital's Masjid. I tried to pray close to the man who was reading the Qur'an earlier in the waiting room.


After the prayer I walked with him. I informed him of how im
pressed I was of him and how he tries to benefit from his time. He told me that
most of our time is wasted without any benefit. These are days that go from our lives without being conscious of them or regretting their
waste. He said that he started carrying the pocket-sized Qur`an around when a friend encouraged him to make full use of his time. He told me
that in the time other people waste he gets to read much more of the Qur`an than he gets to read either at home or in the masjid. Moreover,

besides the reward of reading the Qur`an, this habit saves him from boredom and stress.

He added that he has now been waiting for one and a half hours. Then he asked, when will you find one and a half hours to read the Qur`an?
I reflected; How much time do we waste? How many moments of our lives pass by, and yet we do not account for how they passed by? Indeed, how
many months pass by and we do not read the Qur`an? I came to respect my companion, and I discovered that I am to stand for account and that

time is not in my hand; so what am I waiting for?

My thoughts were interrupted by the nurse calling out my number; I went to the doctor. But I want to achieve something now. After I left
the hospital I quickly went to the bookshop and bought a pocket-sized Qur`an. I decided to be mindful of how I spend the time.
If this information is beneficial to you, then please do forward it to your friends and relatives.
Our Prophet (SAW) said; 'Whoever guides or directs to good, then he gets the same amount of blessing (reward) as the one who does it'

The Prophet (SAW) also said.......... 'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'
-----Original Message-----
From: zahurin@um.edu.my [mailto:zahurin@um.edu.my]
Sent: Tuesday, February 17, 2009 10:21 PM
To: TKC-MCE72@yahoogroups.com; noor aini raimi
Cc: rif rif; Mustapha Kamil Shaharom; hatta@cybermed.edu.my; danlainlain@gmail.com; elma berkolli; azeminek@yahoo.com; Ahmad Shukri; tkc-mce72@yahoogroups.com; sakina h; baasho@gmail.com; mundzir; mud_91@hotmail.com; muna_mansor@yahoo.com
Subject: Re:Daily Quran and Hadith

Salam,


Noren, thank you for the story.

It is true --- how many hours have we wasted during our lifetime, just hanging around waiting. Let's see --- waiting at the waiting room to see the doctor can easily take an hour, waiting at airports for our flight can easily take two to three hours, and as an academic, one of the longest wait that we need to partake each year is during convocation while the 500 or so graduates line up to get their scroll. That's a lot of ayats that can be read from the Al-Qur'an during the waiting.

The only problem about carrying the Al-Qur'an in the hand bag is, one can't always maintain the wudhuk. One way out is to carry an Al-Qur'an which also contain its translation. I fin
d that the "The Noble Qur'an" is the best interpretation of the meaning of the Al-Qur'an, and it is written by two scholars from the Islamic University of Al-Madinah Al-Munawwarah. The best thing about "The Noble Qur'an" is that it comes in many sizes, and in either hard or soft-cover. I actually buy many copies of it to put in the glove compartment of each cars. If my husband Latif is driving during a jam or on long distance driving, and I'm the passenger, I'll make him hear an interpretation of some of the short surahs (he has no choice!). Furthermore, as we age and we now constantly get news of deaths, it is useful to have an Al-Qur'an within reach when we need to ziarah the family members of those who just passed, to sadaqah an ayat or two for the person who had just passed away.

We can also utilise technology maximally for ibadah during these waiting periods. My son downloads many, many useful islamic lectures from so many available sites on the internet. If you haven't been doing that, try googling for Abu Ammar Yasir Qadhi (or just Yasir Qadhi) -- masyaAllah, he has so much knowledge that we can learn from.


2. Renungkan sejenak....Saya solat 5 waktu.....

Saya solat lima waktu tapi....
Ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja tapi pada masa lainnya saya lupa padaNya
Jika Sholat saya 10 minit , maka cuma 10 minit itu saja ingat pada Nya
Mungkin dalam 10 minit itu pun saya masih ingat selain daripada Nya.
Sujud, rukuk, iktidal dalam solat saya masih kosong..
.

Saya solat lima waktu tapi....
Saya tidak bersyukur pada Nya, Padahal dulunya saya amat susah,

Allah yang memberi rezeki pada saya, Dengan rezeki itu saya dapat membeli rumah
Dengan rezeki itu saya dapat menampung keluarga, Dengan rezeki itu saya dapat membeli kendaraan dan sebagainya

Tapi.. hati saya masih belum puas, Saya masih tamak akan harta dunia dan masih menganggap serba kekurangan


Saya solat lima waktu tapi....
Saya masih menggunakan perkataan yang tidak sopan kepada teman teman, Saya sering menyakiti hati mereka, Saya sering menghina mereka
Saya sering menghina keturunan dan bangsa mereka seolah olah keturunan dan bangsa saya
saja yang paling baik
Pada hal saya sendiri tidak tahu persis tempat saya di mahsyar nan
ti

Saya solat lima waktu tapi....
Saya masih sombong dengan ilmu yang saya miliki, Saya masih sombong dengan amal perbuatan yang telah saya perbuat
Saya masih sombong dengan ibadah yang saya lakukan, Saya masih sombong dan menganggap sayalah yang paling pandai
Saya masih sombong dan merasa saya paling dekat dengan Allah SWT
Dengan berbagai macam cara dan berbagai argumen saya berdeb
at mereka yang tidak sehaluan dengan saya.
Padahal saya sendiri belum tahu, redhakah Allah SWT dengan apa yang telah saya perbuat itu?


Saya solat lima waktu tapi...
Saya masih menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan musuh-musuhku
Saya menggunakan wang bahkan harta serta pangkat dan kekuasaan untuk menjatuhkan manusia yang saya tidak suka


Saya solat lima waktu tapi....
Saya amat bakhil dan kikir mengeluarkan wang untuk zakat dan sedek
ah kepada fakir miskin atau kepada anak yatim piatu kerena saya takut hartaku habis dan jatuh miskin
Saya solat lima waktu tapi....
Saya masih menyimpan sifat dengki dan khianat kepada teman teman yang sukses dinaikkan pangkatnya atau dinaikan gajinya dan atau berhasil dalam usahanya, padahal mereka berusaha dan bekerja sungguh sungguh, tapi saya hanya bekerja seperti hidup segan mati tak mau!


Saya solat lima waktu tapi....
Saya mengabaikan anak isteri yang kelaparan dan menderita di rumah, kerena saya merasa sebagai raja di dalam rumahtangga dan boleh berbuat sesuka hati


Saya solat lima waktu tapi...

masih merungut dan mencaci maki bila saya ditimpa musibah, walaupun sebenarnya saya tahu sesuatu musibah itu datangnya dari Allah,
kerana perbuatan dan sikap saya sendiri seharusnya saya sedar kepada siapakah saya mencaci maki itu?


Saya solat lima waktu tapi....
Menuntut ilmu semata mata mempersiapkan diri untuk berdebat dengan orang lain atau untuk menduga keilmuan mereka dan sengaja mencari cari yang tidak sehaluan dengan saya, dan memaksa mereka me
ngikuti jejak langkah saya,
padahal seharusnya saya sedar tujuan kita menuntut ilmu adalah supaya kita dapat berbuat amal soleh dan beribadah dengan khusyuk dan tidak
melakukan syirik kepada Allah (mempersekutukan Allah SWT dengan yang lainnya)
Saya solat lima waktu tapi....
Saya enggan melaksanakan serta kurang bahkan tidak faham dengan firman Allah SWT dalam Al Quran QS: 29 : (Al-Ankabut) : 45 yang artinya
:-


Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat)adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Saya solat lima waktu tapi....
Saya tidak faham dan tidak tahu dan tidak menjalankan dengan benar firman Allah dalam QS 107. (Al Maa´uun) : yang artinya:-


1. Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama ?
2. Itulah orang yang mengherdik anak yatim
3. dan Tidak menganjurkan memberi makan orang miskin
4. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat

5. (yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya
6. orang-orang yang berbuat riya
7. dan enggan (menolong dengan) barang berguna
.

4. Gunakanlah produk ISLAM tempatan. (rujuk gambar - ubat gigi dari CHINA yg belum pasti halal-haramnya)



19 February 2009

Jom kita test stamina.....

Salam Sejahtera,

Kepada para penduduk Anjung Kristal, satu aktiviti futsal akan diadakan pada hari Jumaat malam Sabtu (20 Feb 2009) ini jam 8.30 malam hingga 10.00 malam bertempat di Sportplanet Seksyen 16 Shah Alam.


Aktiviti ini merupakan aktiviti sekali sekala dan tidak dijadualkan untuk setiap minggu seperti Tennis dan Aerobic. Oleh itu tuan-tuan dijemput untuk sama menyertainya. Permainan tidak dibuat secara formal dan setiap orang boleh bermain selama mana.....oooopppsss sesingkat mana pon masa. 10 minit,... 5 minit..., 3 minit..., atau 1 minit pon. Apa yang penting adalah bersama menyertainya disambil mengeratkan hubungan silaturrahim sesama jiran tetangga.

Oleh kerana Futsal ini dikatakan permainan yang amat meletihkan, maka tuan-tuan bolehlah datang dan membawa rakan atau sedara mara untuk turut meramaikannya. Bayaran bagi tempahan gelanggang adalah RM110 sejam dan bayaran setiap orang adalah bergantung kepada berapa ramai penyertaan. Lagi ramai lagi murah.....
Untuk makluman, sukan futsal ini dikelolakan oleh rakan student UiTM kita iaitu 'Pokcik Busu' (yang dalam gambar tu la). Sila hubungi Pokcik Busu di talian 013-4749056 untuk keterangan yang lebih lanjuttttttt.....


Anjung Kristal's Futsal Association......

18 February 2009

Fogging....


Salam to all penghuni Anjung Kristal.. Semoga dalam keadaan sihat dan semoga dirahmatiNya sentiasa..
Petang tadi perasan ada kenderaan fogging di depan rumah.. Ni mesti ada di kejiranan ini yang kene Denggi dan dimasukkan ke hospital sebab itu adalah prosedur kerja IK-inspektor kesihatan.
Saya rasa terpanggil untuk berkongsi ilmu mengenai Denggi.

Source: http://www.jknselangor.moh.gov.my

Jika Anda Disyaki Mengidap Demam Denggi...

Ambil Tindakan Segera untuk Mencegah Jangkitan Kepada Orang Lain!

Demam denggi disebabkan oleh virus denggi melalui gigitan nyamuk Aedes yang mengandungi virus denggi. Seseorang yang dijangkiti membawa virus dalam sistem darah untuk tempoh hingga 5 hari selepas demam bermula.
Virus dalam darah orang yang dijangkiti ini akan dibawa oleh nyamuk Aedes yang baru apabila ia menggigit orang tersebut. Untuk menghapuskan kitaran transmisi penyakit ini dan melindungi ahli keluarga serta komuniti anda daripada dijangkiti penyakit, ambillah tindakan segera sementara menunggu tindakan pihak berkuasa seperti berikut:

  1. Hapuskan nyamuk Aedes yang ada di rumah dengan racun serangga.
  2. Cari dan musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes di dalam dan sekitar rumah anda. Gunakan bahan pembunuh jentik-jentik seperti Abate di tempat-tempat yang menakung air
  3. Elakkan diri daripada gigitan nyamuk Aedes semasa anda sakit.
  4. Nasihatkan jiran dan rakan anda yang disyaki mengidap demam denggi untuk mengambil tindakan yang sama.

Kemalangan yang menimpa warga Anjung Kristal

Salam sejahtera kepada semua warga Anjung Kristal. Berita ini baru sahaja saya terima beserta gambar yang telah sempat dirakam oleh Brader Adely. Kemalangan ini berlaku pada waktu tengah hari tadi dan melibatkan salah seorang rakan jiran kita yang baru sahaja berpindah ke kawasan ini. Saya diberitahu bahawa beliau datang dari jalan besar dan akibat kemalangan tersebut, kereta telah tercampak sehingga ke Jalan Kristal 7/80B. Bagaimana kemalangan berlaku tidak dapat saya pastikan. Namun begitu, saya sertakan gambar tersebut untuk dikongsi bersama.

Untuk makluman semua, makcik yang terlibat di dalam kemalangan ini tinggal di rumah No. 23 Jalan Kristal 7/78. Kepada sesiapa yang berkelapangan, bolehlah menziarahi jiran kita ini, kerana pada hari ini, beliau yang menimpa musibbah ini dan esok kita tidak tahu lagi apa akan berlaku.













15 February 2009

Acara Selim-Melim di Anjung Kristal


Kawasan perumahan Anjung Kristal buat pertama kalinya pada 14 Februari 2009... semalam la tu, digegarkan dengan acara aerobic atau acara selim-melim. Sebelum ni acara poco-poco telah dilakukan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat. Namun mungkin kerana kesibukan, acara tersebut kurang mendapat sambutan tetapi InsyaAllah akan diteruskan juga nanti.

Acara ni sebagaimana acara Tennis adalah merupakan salah satu aktiviti penduduk dan senaman aerobic ini dianjurkan oleh penduduk sendiri di ketuai oleh Pn Zainatul dan Pn Nurul. Acara dimulakan dari jam 5.30 bertempat di gelanggang badminton bersebelahan taman permainan kanak2 Anjung Kristal. Senaman dirancangkan untuk diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Tenaga pengajar luar telah dipanggil dan bayaran dibuat secara berkongsi dengan semua peserta yang meyertainya. Bayaran adalah sangat murah. (Sila rujuk promo di dalam posting sebelum ini)

Penyertaan pertama ini telah dihadiri lebih dari 16 orang dan diharap ianya akan dapat diteruskan oleh kaum wanita Anjung Kristal.

Tidak seperti acara tennis, gambar yang dimasukkan adalah secara umum sahaja kerana tidak mendapat kebenaran dari mereka....hehehe.. Masa nak amik gambar pon, duduk dari jauh jer sebab taknak konsentrasi mereka terganggu.

Satuu.... Duaaaa.... Satu dua lagi ewahhh... Kepada sesiapa yang nak menyertainya tapi malu nak join terus, sila hubungi Pn Zainatul atau Pn Nurul di talian telefon 012-2017436




13 February 2009

Khas untuk kaum2 wanita..


Salam kepada semua penduduk anjung kristal..
Semoga sihat dan diberkati selalu hendaknya...
Sori ler buat banyak plak entri petang2 jumaat ni.. dah lama tak update(lepas gian)..hehe
Sekadar memanjangkann sms Pn. Zainatul..

Kepada semua ibu2, kakak2, adik2, makcik2..

Hari SABTU dan AHAD (esok dan lusa) pukul 5.30ptg..

Aktiviti BERIADAH..! nak tau ada aktiviti aper??? Jumpa di sanaaaa.......

ps: Harap2 tak ujan ler...

Peringatan Untuk Tahun Ini

Assalamualaikum wbr..
Esok 14 February, maka ramai lah umat islam akan turut mera'ikan Hari Memperingat Kekasih yang dianjurkan oleh kafir musyrikin... nauzubillah.. Untuk pengajaran kita semua... dan setiap tahun kena ingatkan kpd anak2 kita agar mereka faham HALAL dan HARAM..



Hukum Rai Valentine & Jual Bunga
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Soalan
Assalamualaikum ustaz,
Benarkah hukum menyambut hari Valentine adalah haram, bagaimana pula hukum menjual hadiah dan bunga kepada pasangan-pasangan bukan Islam?

JAWAPAN
Saya telah menyertakan jawab di ruangan artikel bahasa Inggeris, bagi membantu rakan-rakan yang kurang selesa memahami bahasa inggeris, disertakan jawapan ringkas saya berkenaan sambutan hari valentine.
Asal-usul Valentine
Tindakan mengaitkan pertengahan bulan Februari dengan cinta dan kesuburan sudah ada sejak dahulukala. Menurut tarikh kalender Athena kuno, periode antara pertengahan Januari dengan pertengahan Februari adalah bulan Gamelion, yang dipersembahkan kepada pernikahan suci Dewa Zeus dan Hera.
Di Roma kuno, 15 Februari adalah hari raya Lupercalia, sebuah perayaan Lupercus, dewa kesuburan, yang dilambangkan setengah telanjang dan berpakaian kulit kambing. Sebagai bagian dari ritual penyucian, para pendeta Lupercus meyembahkan korban kambing kepada sang dewa dan kemudian setelah minum anggur, mereka akan lari-lari di jejalanan kota Roma sembari membawa potongan-potongan kulit domba dan menyentuh siapa pun yang mereka jumpai. Terutama wanita-wanita muda akan maju secara sukarela karena percaya bahwa dengan itu mereka akan dikarunia kesuburan dan bisa melahirkan dengan mudah. (http://id.wikipedia.org/wiki/Hari_Valentine)
Justeru, secara ringkasan saya boleh simpulkan seperti berikut :-
1) Perayaan dalam Islam telah disebutkan oleh Nabi iaitu dari sabdaan Nabi SAW :

(إن لكل قوم عيدا وإن هذا عيدنا)

Ertinya : Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan masing-masing, dan ini (IdilFitri dan Idiladha) adalah perayaan kita" ( Riwayat AL-Bukhari, 952 ; Muslim, 1892)
Justeru, sebarang perayaan yang disambut oleh umat Islam mestilah terhad kepada dua perayaan ini sahaja.
Bagaimanapun, jika sesuatu majlis, keraian dan sambutan itu dianjurkan bukan atas asas atau nama agama serta tiada kaitan dengannya bahkan dibuat atas dasar adat semata-mata. Ianya boleh dan harus diraikan dengan syarat sambutannya tidak diserapi apa jua unsur maksiat dan syirik. Sebagai contoh sambutan kemerdekaan Negara, sambutan ulangtahun penubuhan sesebuah syarikat dan sebagainya. Cuma ia bukanlah disambut sebagai hari raya ketiga atau keempat, tetapi hanya sebagai majlis keraian setaraf dengan majlis perkahwinan dan sepertinya sahaja.
Ini bermakna, tujuan dan asal usul perayaan itu perlulah disemak. Maka jika disemak perayaan Valentine ini. Ternyata ia berasal dari cerita dongeng, karut dan syirik berakitan dewa dan sebagainya.
2) Tidak harus pula meniru orang Kafir dan ahli maksiat dalam meraikan majlis yang dianjurkan. Imam Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim telah menyebut bahawa telah Ijma' (sepakat keseluruhan Ulama) melarang penyerupaan dalam meraikan perayaan agama ( atas asas agama) selain Islam. ( Iqtidha, 1/454 ; Ahkam Ahli Zimmah, 2/722)
3) Islam tidak mengiktiraf hari kasih sayang. Kasih sayang dalam Islam bersifat universal, tidak dibatasi waktu dan tempat dan tidak dibatasi oleh objek dan motif. Hal ini sesuai dengan hadis :
"Cintailah saudara seislam seperti kamu mencintai dirimu sendiri." (Riwayat Bukhari).
Islam sangat melarang keras untuk saling membenci dan bermusuhan, namun sangat menjunjung tinggi akan arti kasih sayang terhadap umat manusia.
Rasulullah saw. bersabda : "Janganlah kamu saling membenci, berdengki-dengkian, saling berpalingan, dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Juga tidak dibolehkan seorang muslim meninggalkan (tidak bertegur sapa) terhadap saudaranya lebih dari tiga hari" (Muslim)
Kasih sayang dalam Islam diwujudkan dalam bentuk yang nyata seperti silaturahmi, menjenguk yang sakit, meringankan beban tetangga yang sedang ditimpa musibah, mendamaikan orang yang berselisih, mengajak kepada kebenaran (amar ma'ruf) dan mencegah dari perbuatan munkar
4) Sambutan hari Valentine hari ini menjadi semakin terkeji apabila ia menjurus kepada perlakuan maksiat, mengadaikan ‘dara' kepada kekasih yang bernafsu ‘syaitan' dan sepertinya.
5) Islam juga melarang umatnya dari terlibat, duduk serta bersekongkol dalam majlis yang mempersendakan Islam dan bercanggah dengannya. Ini dari firman Allah yang bererti :

وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا

"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam" ( An-Nisa : 140 )
Diriwayatkan dari Umar r.a. bahwa dia pernah mendengar Rasulullah s,a.w. bersabda:
"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah duduk pada suatu hidangan yang padanya diedarkan arak." (Riwayat Ahmad)
Maka majlis arak yang haram itu adalah sama hukumnya dengan majlis Valentine yang juga haram.
6) Hukum memberikan hadiah sempena hari Valentine juga adalah menjadi haram berdasarkan kaedah dari firman Allah : "Janganlah kamu bantu membantu dalam perkara dosa dan permusuhan"
Bagaimanapun hukum menjual bunga sahaja, ia tidak kurang dari kategori jualan yang syubhah, makruh atau haram khas di hari Valentine.
Diriwayatkan, ada seorang laki-laki yang memberi hadiah satu bekas arak kepada Nabi s.a.w., kemudian Nabi memberitahu bahwa arak telah diharamkan Allah. Orang laki-laki itu bertanya:
Lelaki: Bolehkah saya jual?
Nabi: Zat yang mengharamkan meminumnya, mengharamkannya juga menjualnya.
Lelaki: Bagaimana kalau saya hadiahkan raja kepada orang Yahudi?
Nabi: Sesungguhnya Allah yang telah mengharamkan arak, mengharamkan juga untuk dihadiahkan kepada orang Yahudi.
Lelaki: Habis, apa yang harus saya perbuat?
Nabi: Tuang saja di dalam parit air. (Al-Humaidi dalam musnadnya)
Justeru, kita dapat melihat bahawa benda yang haram, maka haram juga dijualnya mahupun dihadiahkan. Dalam hal menjual bunga, ia juga boleh menjadi syubhah di hari Valentine seperti ini, kerana diketahui ianya dibeli khas untuk mearikan Valentine yang haram. Seperti juga hokum menjual anggur kepada tukang buat arak yang telah diketahui. Ia tidak dibenarkan dalam Islam menurut pendapat yang terkuat.
7) Dilarang juga saling mengirim ucapan bersempena hari ini.

Sekian
Ust Zaharuddin
26 Muharram 1428 = 14 Feb 2007